Pages

Wednesday, March 24, 2010

Bullock akan tinggalkan suami




GAMBAR fail menunjukkan Bullock bersama suaminya.


LOS ANGELES - Mekanik motosikal, Jesse James dianggap sudah 'mati' oleh isterinya, pelakon Sandra Bullock, kata seorang rakan aktres berkenaan kelmarin.
Menurut rakan Bullock, situasi itu berlaku selepas kecurangan suaminya bersama seorang model yang merupakan penari bogel dibongkar media baru-baru ini.
"Saya menganggap amat tipis bagi Bullock menerima James kembali," katanya kepada saluran berita Fox News.
"Sukar baginya untuk pulih akibat kecurangan lelaki itu," tambah sumber berkenaan.
Menurut sumber, Bullock, 45, berada di Austin sejak penari bogel itu, Michelle "Bombshell" McGee membuat pendedahan terbuka tentang skandal seksnya selama 11 bulan dengan suami aktres tersebut pada minggu lalu.
Pendedahan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap Bullock yang baru memenangi anugerah Aktres Terbaik pada Anugerah Academy kerana lakonannya dalam filem The Blind Side, lima tahun selepas berkahwin dengan James.
Laman hiburan Hollywood Radar Online melaporkan baru-baru ini, penari bogel itu merakamkan satu klip video lucah yang menampilkan dirinya, seorang rakan wanitanya yang membawa watak Bullock manakala watak James dilakonkan oleh seorang lelaki mirip mekanik itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment