Pages

Friday, February 5, 2010

. Ribuan orang sembuh dengan bacaan Quran di sebuah Klinik Chenchnya

Benarlah firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah "Syifa" atau ubat. Bukan hanya ubat bagi rohani yang kering tetapi juga mampu menjadi ubat bagi penyakit medis, dan hal ini sudah banyak dibuktikan termasuk di negara Chenchnya.

Ribuan pesakit telah berjaya diubati dan disembuhkan dengan pembacaan Al-Quran secara sendirian di sebuah klinik gratis di Chechnya, Grozny pada hari Rabu 3 Feb.

Sejak hari pertama ia dibuka, klinik gratis di Islamic Center di Chenchnya telah memiliki dan melayani lebih dari 60,000 pesakit. Kebanyakan mereka yang mengunjungi klinik gratis di Islamic Center adalah untuk memulihkan kesihatan mereka.

Klinik gratis ini membantu mereka untuk mendapatkan perubatan yang lebih baik dengan cara non-tradisional iaitu dengan membaca Al-quran.

Bahkan Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov turut serta dalam upacara pembukaan klinik gratis tersebut pada hari Selasa yang lalu untuk meraikan ulang tahun pertama Islamic center Chenchnya. Presiden Ramzan Kadyrov mendapatkan presentasi dari pimpinan Islamic Center Daud Selmurzayev dan Akhmad Kadyrov, pimpinan tertinggi muslim Republik Chechnya.

Islamic Center amat popular bukan hanya dikalangan penduduk republik Chenchnya, tetapi ia juga terkenal dikalangan umat Islam dari wilayah Rusia lainnya dan negara-negara CIS.

No comments:

Post a Comment