Pages

Thursday, February 4, 2010

Pembohong No. 1



Suatu masa dulu iaitu sekitar jam 4.00 pagi aku menaiki teksi dari Stesyen Bas Butterworth ke Kepala Batas.Dalam perjalanan aku lihat banyak kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang TUDM (RMAF)Butterworth. Maklumat yang aku dapat dari pemandu teksi aku mendapat tahu bahawa itu adalah kapal terbang Amerika yang transit isi minyak untuk ke Teluk Parsi iaitu untuk menyerang negara Iraq.Terdapat juga kapal terbang jenis Stealt ( pemandu teksi panggil ikan pari). Menurut pemandu teksi ini ia adalah orang kampung  Pekan Darat iaitu bersebelahan dengan airport ( TUDM Butterworth), cucunya asyik menangis kerana tak dapat tidur disebabkan oleh bunyi bising kapal terbang yang turun naik itu.Banyak kapal terbang yang turun naik tak henti-henti sejak dari petang lagi mungkin beratus buah . Dalam perjalanan ke Kepala Batas aku melihat masih banyak lagi kapal terbang yang turun naik di TUDM Butterworth. Sungguh tak ku sangka Mahathir tergamak buat kerja macam ini, iaitu membantu Amerika menyerang negara Iraq. Orang islam membantu orang kafir menyerang negara orang islam. Sejak dari hari itu aku tak percaya lagi pada Mahathir.Di rumah aku di Kepala Batas, aku masih dapat mendengar bunyi kapal terbang itu sampai jam 8.00 pagi.Malamnya aku tengok TV berita jam 8.00 malam Mahathir berkata:" Kita tak akan membenarkan Amerika mengisi minyak di Malaysia untuk menyerang Iraq". Macamana dia boleh bercakap macam itu kalau orang tak tanya dia pasal tu. Tapi perkara itu sudah pun berlaku sebelum dia cakap lagi. Takkan lah orang-orang yang tinggal di Butterworth itu pekak badak semuanya . Takkan lah orang-orang yang tinggal di butterworth itu bodoh semuanya , tak boleh berfikir langsung. Terang- terang terjadi didepan mata pun Mahathir boleh cakap bohong. Bagiamana pula perkara-perkara yang berlaku dibelakang tabir yang tak diketahui rakyat?.Sahlah Mahathir ni pembohong nombor satu.Bersekongkol dengan yahudi dan Amerika menyerang Iraq.Lain dia cakap lain dia buat.

No comments:

Post a Comment