Pages

Wednesday, February 3, 2010

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

From: AZILAH  
Sent: Friday, August 06, 2004 12:29 PM   >Subject: FW: kisah benar
  
Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.  Sebarkan  lah, untuk  
pengetahuan muslimin dan muslimah.....  

   Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian   ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.   Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu   kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang   paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha  kami   mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.  
  
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya  program   khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai   sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu  orang   kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan  bantu   mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit  secara   spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku  sekolah dsn.  
  
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa  kali   kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling  berbaloi   kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan  intelek.   Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang  dimurtadkan.   Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.  
  
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran  Agama   Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya  m/pelajaran ini   setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4  saya   belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama  Islam.  
  
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya  menyebarkan   agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira  tidak   mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu  tingkatan   Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya  panggil   cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak  sesuai   dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."  
  
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah  ustaz itu.   Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas  nama   Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya   kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-  
Mengapa orang Islam sembah kaabah   Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian  dan Islam  
adalah agama langit.   Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi   membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.   Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka  peperangan.   Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu  mana yang asalnya.  
  
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan  
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.  
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya  menjawab   secara tepat.    Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.    Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3    konsep ketuhanan Jesus.  
  
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,  
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz  itu   kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata  bapa   saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz  itu.   Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa  'orang   malaya' datang kerumah.  
  
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping  
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan   kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.  
  
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang  berjubah   hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera  bertulisan   jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat  pilihan. Yang   berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti  mereka.   Saya meronta-ronta.  
  
Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam  dan yang   berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya  terjaga.   Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan   berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."  
  
  
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan  
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan  dengan  
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh  Ustaz  
itu.  
  
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,  saya   lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah  tahu.  
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan  
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru  
senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai  
sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya  
bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz  pulang ke   semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.  
  
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan  rakan   saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi  mengikuti   kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan  adalah   saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di  Sabah   dulu..  
  
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.  Alhamdulillah   saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja  dengan   Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri  Sembilan,   Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya  sedih   kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over  time.   Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.  Saya ingin   membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya  mahu   berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan  kuatiti   saja.  
  
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan  belajar di   PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya  katakan   jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya  sayang   adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan  akhirat.  
  
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan  buku-buku yang   sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun  saya   hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan  ayah,emak dan   adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan   halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama  Islam.  
  
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan  
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya  menjadi  
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya  
bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami  menangis   bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....  
  
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai  oleh ayah   saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.  
  
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini  
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah  Rasul.   Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil  contah   pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak  menentang   pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat  dilaksanakan.   Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa  orang   pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh  sergah   saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."  
  
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap  pendakwah saya   tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa  itu   Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.  
  
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya  berdialog   tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk   bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya  juga   diancam oleh umat Islam.  
  
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,  sapa   benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak   Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam   sendiri menyulitkan saya.  
  
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara  ialah di   IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar  
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura  masuk  
Islam....dan dimurtadkan.  
  
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti  Putra   Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja  ini   antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.  
  
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'.  
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi  termasuk  
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau  terminum,  
cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul  1x,  
dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat  mandi.  
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.  
  
tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang  
tercinta...insyaallah...  
Pak Syeikh- Moga  Allah beri taufik wal hidayah pada umat Islam semua agar saling berganding bahu membendung ramai melayu Islam menjadi murtad. kalau di barat Pendakwah Islam disana berjaya menarik Cat Steven memeluk Islam, apakah usaha umat Islam di Malaysia.Biar banyak Gereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islam lambat laun gereja tersebut akan kosong jugak macam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2 ramai yang masuk Islam dan gereja tersebut bertukar menjadi masjid
  



No comments:

Post a Comment