Pages

Saturday, February 20, 2010

Jibril membongkar kejahatan Yahudi

Golongan Yahudi mengabdikan diri dengan sifat-sifat memusuhi, menentang, menimbul kekacauan, dan mengarah kepada kesesatan yang berpanjangan. Mereka menentang para Nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita kejahatan dan keburukan mereka dan mendedahkan segala rahsia mereka kepada Rasulullah s.a.w.

Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabdikan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah ; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir.” (Al-Baqarah: 97-98)

Al-Qurthubi menyebutkan dalam tafsirnya bahawa ayat ini turun ketika orang-orang Yahudi berkata kepada Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seseorang itu tidak dianggap nabi sehingga ia didatangi oleh salah satu malaikat dari sisi Tuhannya dengan membawa risalah dan wahyu. Siapa malaikat yang menjadi temanmu, agar kami dapat mengikutimu?”

Nabi s.a.w menjawab, “Jibril.”

Mereka berkata, “Oh, itu yang turun dengan perintah berperang? Dia itu musuh kami! Sekiranya kamu berkata, ‘Mikail, yang menurunkan hujan dan rahmat, pasti kami mengikutimu.”

Ini merupakan hinaan dan celaan terhadap orang-orang yang memusuhi Jibril, sekali gus sebagai pengumuman bahawa siapa yang memusuhi malaikat Allah, maka Allah s.w.t pun memusuhi mereka.

Ath-Thabari pula mengatakan bahawa ulama tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan sebagai jawapan ke atas Yahudi (dari kalangan) Bani Israel yang menganggap bahawa Jibril adalah musuh mereka, sedangkan Mikail adalah pelindung (wali) mereka.

Bagaimanapun, para ulama ta’wil (segolongan ulama mutakhir), berbeza pendapat mengenai persoalan yang menyebabkani orang-orang Yahudi berkata demikian. Sebahagian daripada ulama tafsir mengatakan bahawa orang-orang Yahudi berkata demikian akibat adanya perdebatan soal kenabian yang berlangsung antara mereka dan Rasulullah s.a.w.

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata bahawa telah datang sekumpulan orang Yahudi kepada Rasulullah s.a.w, kemudian mereka berkata kepada Rasulullah, “Hai Abul Qasim, ceritakanlah kepada kami tentang berbagai-bagai hal (khilal) yang akan kami tanyakan kepadamu, yang semuanya itu tidak diketahui oleh sesiapa selain nabi.”

Rasulullah s.a.w menjawab, “Sila tanyakan apa yang kamu kehendaki, tetapi berjanjilah kamu kepadaku seperti yang pernah dilakukan oleh anak-anak Yaakub kepada Yaqub, bahawa jika aku telah sampaikan sesuatu kepada kamu dan kamu memahaminya, maka kamu harus mengikuti dengan memeluk Islam.”

Mereka menjawab, “Ya, itu adalah hakmu (yang kami akan penuhi).”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sila tanyakan apa yang kamu mahu!”

Mereka bertanya, “Beritahu kepadaku tentang empat perkara yang kami akan tanyakan. Beritahu kepadaku makanan apa yang diharamkan oleh Israil (Yaakub) atas dirinya sebelum diturunkan Taurat? Beritahu kepada kami bagaimana bentuk air (mani) lelaki dan perempuan, dan bagaimana jika kedua-duanya bertemu? Beritahu kepada kami, siapa yang dimaksudkan sebagai An-Nabi Al-Ummi (nabi yang buta huruf) seperti yang disebutkan dalam Taurat? Dan siapa dari kalangan malaikat yang menjadi (sebagai) walimu?”

Maka baginda menjawab, “Apakah kamu ingin berjanji dengan nama Allah s.w.t bahawa jika aku dapat menjawab pertanyaan kamu, maka kamu akan mengikutiku?”

Mereka pun menyetujui perjanjian tersebut.

Kemudian baginda bersabda, “Aku sampaikan kepada kamu semua, atas nama Allah s.w.t yang menurunkan Taurat kepada Musa, bahawa seperti yang kamu ketahui, Israil (Yaakub) pernah ditimpa sakit berat yang berpanjangan. Maka dia bernazar kepada Allah s.w.t bahawa jika Allah s.w.t menyembuhkannya daripada penyakit tersebut, dia tidak akan menjamah makanan dan minuman yang paling disukainya selama ini. Makanan yang paling disukai adalah daging unta, manakala minuman yang paling disukainya adalah susu unta.”

Mereka berkata, “Ya, benar!”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Ya Allah, saksikanlah kesaksian mereka!”

Kemudian baginda meneruskan ucapan, “Aku sampaikan kepada kamu semua, atas nama Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, bahawa seperti yang kamu ketahui, sesungguhnya air mani lelaki itu kental dan berwarna putih sedangkan air mani perempuan cair dan berwarna coklat. Siapa yang kedua-duanya yang unggul, maka jenis kelamin dan rupa anaknya, dengan izin Allah s.w.t, akan mengikuti yang unggul. Apabila air mani lelaki mengungguli air mani perempuan, maka anaknya adalah lelaki, dengan izin Allah s.w.t. Tetapi jika air mani perempuan mengungguli air mani lelaki, maka anaknya perempuan, dengan izin Allah Azza wa Jalla.”

Mereka berkata, ”Ya,benar!”

Baginda bersabda, ”Ya Allah, saksikanlah.”

Baginda kemudian meneruskan ucapan, “Bahawa seperti yang kamu ketahui pula, nabi yang ummi (buta huruf) ini, kedua-dua matanya tidur tetapi hatinya tidak pernah tidur.”

Mereka berkata,” Ya,benar.”

Rasulullah s.a.w bersabda, ”Ya Allah, saksikanlah.”

Nabi s.a.w meneruskan jawapan dengan berkata, ”Yang menjadi waliku adalah Jibril dan Allah tidak pernah mengutus seorang nabi melainkan Jibrillah yang menjadi walinya.”

Mereka menjawab, ”Kerana yang menjadi walimu adalah Jibril, maka kami memutuskan untuk bepisah denganmu. Sekiranya yang menjadi walimu itu adalah malaikat selainnya, maka kami pasti mengikutimu dan menpercayaimu.”

Lalu Nabi s.a.w bertanya, ”Apa yang membuat kamu tidak percaya?”

Mereka menjawab, ”Dia (Jibril) adalah musuh kami. Dia itu adalah malaikat yang hanya datang dengan kekerasan dan pertumpahan darah.”

Demikianlah sikap orang-orang Yahudi yang melahirkan rasa kebenciannya kepada jibril a.s. Sebenarnya, kebencian mereka ini disebabkan kerana penolakan mereka terhadap Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul serta pengembang risalah Islam.

Mereka tidak berubah daripada kebiasaan mereka yang menginginkan nabi khusus yang sesuai dengan kehendak dan syarat-syarat mereka. Di mana nabi-nabi yang tidak mereka kagumi, mereka menbunuhnya. nilah sejahat-jahat manusia di muka bumi ini. Justeru sikap Yahudi yang sombong, suka membangkang, dan menimbulkan kekacauan itu, mereka sekali-kali tidak akan menerima apa pun jua jika pembawa wahyu itu bukan Jibril walhal mereka tahu bahawa setiap malaikat juga makhluk ciptaan Allah s.w.t yang harus ditaati perintahnya.

Dengan kesombongan itu telah membuat mereka kufur kepada Allah s.w.t, nabi, malaikat dan para Rasul-Nya. Oleh kerana itu, jawapan Allah s.w.t terhadap mereka adalah bahawa sesiapa yang memusuhi Jibril atau salah satu malaikat-Nya, maka ia menjadi musuh Allah s.w.t. Ini kerana Jibril turun bukan dia tas kemahuannya sendiri tetapi atas perintah Allah s.w.t.

Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud): ”Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (Jibril), maka sesungguh dia itu mengisytiharkan perang terhadap-Ku.”

Justeru, dan siapa yang menjadi musuh Allah s.w.t, maka ia akan binasa, dengan izin Allah s.w.t. Demikian itulah ‘pengakhiran` yang harus dialami oleh orang-orang Yahudi di setiap zaman, termasuk kebinasaan yang akan dirasakan oleh orang-orang Yahudi yang sedang ‘meratah’ umat Islam di bumi Palestin.

No comments:

Post a Comment