Pages

Saturday, February 6, 2010

Islam bermula pada tahun 622

Islam bermula pada tahun 622 ketika wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir yaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sampai sekarang.




http://www.swaramuslim.net/streaming/nasyi...wi_hadad/01.htm






Pengenalan


Islam muncul di Jazirah Arab pada kurun ke-7 masehi ketika Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu dari Allah s.w.t. Setelah kematian Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Samudra Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.


Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, Kerajaan Ottoman, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi kerajaaan yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Emas Islam.


Pada kurun ke-18 dan ke-19 masehi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Kerajaan Ottoman yaitu kekaisaran Islam terakhir tumbang menyembah bumi.




Nabi Muhammad s.a.w.


Jazirah Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.


Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Beliau merupakan seorang anak yatim sesudah ayahnya Abdullah dan ibunya Aminah meninggal dunia. Beliau dibesarkan oleh pamannya yaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya kahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, beliau didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Sesudah beberapa waktu beliau mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.


Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.


Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam yang tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Jazirah Arab di bawah penguasaan orang Islam.


Didapatkan dari halaman web "http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"










MAULUDIL RASUL




FIRMAN Allah terhadap Muhammad s.a.w.: "Bukankah Allah dapati engkau yatim, lalu Ia pelihara? Bukankah Ia dapati engkau bingung, lalu Ia tunjuki? Dan bukankah Ia dapati engkau miskin, lalu Ia beri kecukupan?"


Bapanya, Abdullah bin Abdul Muttalib, sudah meninggal dunia dua bulan sebelum ia dilahirkan. Tetapi apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya di dalam keadaan yatim itu, adalah lebih dari ketiadaan yang disebabkan pemergian bapanya itu. Iaitu pemeliharaan ibunya, lalu neneknya dan akhirnya pamannya. Dengan pertumbuhan tubuh dan jiwa sangat wajar, ia menjadi seorang anak yang sangat indah. Mula-mula menjadi pengembala kambing, meningkat menjadi pedagang, menjadi terkenal di tengah orang banyak kerana tingkahlakunya yang indah menarik setiap insan yang mengenalinya, akhirnya kahwin mendapatkan seorang jodoh yang amat ideal, lalu berpengaruh dan berwibawa, menjadi penyantun anak yatim dan orang-orang miskin.


Keyatimannya telah diganti Allah dengan ilmu, pengalaman dan budipekerti. Allah telah mendidiknya dengan pendidikan yang amat baik, mempersiapkan dirinya menjadi pembawa tugas kenabian, kerasulan dan pengembang syariat, sebagai penutup dan semua Nabi dan Rasul. Bahkan ia dijadikan Allah menjadi makhluk terbaik di tengah-tengah makhluk Allah yang banyak.


Kemelaratan yang dideritanya semenjak kecil telah diganti Allah dengan kecukupan, Allah memberkatinya dalam perdagangannya, dalam kehidupannya di tengah ummat manusia dengan nama yang baik, kepercayaan manusia atas dirinya dan akhirnya dengan kesempurnaan agama yang diajarkannya.


Setelah dia mencapai usia enam tahun, dia dibawa ibunya dalam perjalanan jauh dari Makkah ke Madinah untuk mengunjungi keluarganya Bani Najjar, iaitu emak saudara dari sebelah bapanya, dengan maksud mengunjungi rumah tempat bapanya meninggal dunia sebelum ia lahir, juga menziarahi kubur bapanya itu. Muhammad dan ibunya menetap beberapa hari lamanya di tengah tengah keluarga bapanya itu dengan mendapat penghargaan yang sangat baik dari segenap tetangga.


Ketika dalam perjalanan kembali ke Makkah, ibunya sakit, lalu meninggal dunia dan di kuburkan di suatu tempat yang bernama Abwa. Setelah ibunya dikuburkan, semua orang sudah kembali ke rumah masing-masing, tinggallah Muhammad bersama pengasuhnya di dekat kubur itu, terdiam tidak keluar kata, di bawah terik panas matahari padang pasir. Sedang di saat itu ia masih anak kecil berumur enam tahun. Airmatanya mengalir membasahi kubur ibunya, meratapi yang juga sudah bertindak sebagai ganti bapanya. Dengan kematian ibunya ini, tinggallah dia tanpa bapa dan ibu, yatim piatu.


Setelah lama berdiam, dia menoleh keliling, kiranya tidak seorang juga lagi manusia yang berada di tempat itu, selain Ummu Aiman pembantunya.


Ummu Aiman lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi Muhammad, sambil berkata menghiburkan dan menenangkan kalbunya, membangkitkan keberanian hatinya menghadapi kesedihan dan kehidupan. Muhammad berkata kepada Ummu Aiman: "Hai, Ummu Aiman, saya sudah kehilangan ibu dan bapa, kehilangan dua naungan yang menaungi kepalaku, sedangkan saya masih dalam perjalanan antara dua negeri, maka ke manakah seharusnya saya menuju sekarang ini, hai Ummu Aiman? Apakah meneruskan perjalanan ke Makkah atau kembali ke Madinah?"


Mendengar pertanyaan ini, meletuslah tangis Ummu Aiman yang selama itu ditahannya. Airmatanya menghujan jatuh membasahi tanah yang tandus itu. Peluh dinginnya mengalir di sekujur badannya, suaranya menjadi serak (parau) ketika dia mencuba menjawab pertanyaan Muhammad dengan pertanyaan pula:


"Ya, ke manakah engkau ingin tuju, hai Muhammad? Apakah kepada bapamu Abdul Muttalib, penghulu (ikutan) bangsa Quraisy, agar engkau bertempat tinggal bersama dia di bawah naungannya?"


Muhammad segera bertanya: "Mengapa engkau katakan bapaku Abdul Muttalib? Bapaku? Jangan dikatakan bapaku, tetapi katakanlah nenekku, sebab bapaku sudah meninggal dan hari ini sudah meninggal pula pengganti bapaku, iaitu ibuku. Ya, Abdul Muttalib adalah nenekku, bapa dan bapaku. Antara saya dan nenekku ada antara, di antara itulah ada paman-pamanku, anak-anak dan paman-pamanku itu, dan saya adalah salah seorang dan mereka yang banyak itu."


Dengan perkataan itu Muhammad membayangkan akan kedudukannya di bawah neneknya, kerana dia adalah satu di antara yang banyak. Jadi tentu lain dengan di bawah ibu atau bapanya sendiri.


Begitulah Muhammad dengan pembantunya, Ummu Aiman, meneruskan perjalanan ke Makkah, lalu Muhammad diserahkan oleh Ummu Aiman kepada datuknya Abdul Muttalib. Abdul Muttalib sangat sedih hatinya ketika menerima cucunya yang amat dicintainya itu.


Kecintaan Abdul Muttalib terhadap Muhammad dan kecintaan Muhammad terhadap Abdul Muttalib sama setara. Demikianlah secara pendek bayangan kehidupan kedua makhluk itu. Tetapi dua tahun kemudian, datuknya yang tercinta ini pun meninggal dunia pula. Tidak kurang kesedihan Muhammad dengan kematian datuknya ini dengan kematian ibunya, malah menurut Muhammad sendiri, adalah lebih sedih.


Ketika orang ramai sudah pulang ke rumahnya masing masing setelah selesai menguburkan datuknya, Muhammad tetap berada di dekat kubur itu menangis dan meratap dengan airmata yang tak putus-putusnya menitis ke bumi yang kering. Berkata ia: "Engkaulah bapaku sesudah bapaku, engkaulah yang telah dapat meringankan penderitaan hidupku, yang selalu mengusapkan tangan membelai kepalaku untuk mengurangkan kesedihan hati dan penderitaanku sepeninggalan ibuku. Apakah sepeninggalanmu, hai datuk, aku akan kembali menderita?"


Muhammad lalu memalingkan mukanya kepada Ummu Aiman yang berada di belakangnya, lalu berkata: "Sekarang ke mana aku harus pergi, ya Ummu Aiman?"


Mendengar kata-kata sedih berkabung dan pertanyaan Muhammad itu, Ummu Aiman tidak dapat menahan airmata sedihnya. Ia menangis sambil meletakkan tangannya di bahu Muhammad, lalu berkata: "Engkau bertanya ke mana, bukankah masih ada bapamu, iaitu Abu Talib, ya Muhammad." Muhammad terdiam sejenak, Ialu berkata: "Bapaku Abu Talib, hai Ummu Aiman? Bukankah bapaku sudah meninggal, begitu juga bapa dan bapaku? Bukankah Abu Talib itu bapa saudaraku, saudara bapaku? Katakanlah ia adalah bapa saudaraku, hai Ummu Aiman. Beliau adalah seorang mulia, terkemuka, mempunyai kehebatan dan kemuliaan, terpandang dalam masyarakatnya. Tetapi bukankah beliau seorang melarat, yang banyak anak, hai Ummu Aiman? Kalau aku engkau serahkan kepada beliau, tentu saja beban beliau akan bertambah berat. Aku tak suka menambah beratnya beban seseorang."


Abu Talib ini adalah seorang yang sangat cinta terhadap Muhammad, tidak kurang dari kecintaan datuknya dan ibunya. Ummu Aiman menyerahkan Muhammad kepada bapa saudaranya, Abu Talib.


Kerana keadaan kehidupan Abu Talib yang melarat itu, maka Muhammad terpaksa berusaha bagaimana dapat meringankan beban pamannya itu. Sekalipun masih kanak-kanak, ia berusaha mendapatkan penghasilan sekalipun bagaimana juga kecilnya. Ia menerima upah menggembalakan kambing orang. Kemudian berdagang-dagang kecil. Pada suatu kali, Muhammad turut berdagang bersama pamannya, Abu Talib, ke Syam. Muhammad mulai mengenal pasar-pasar, berjalan bahu-membahu dengan pedagang-pedagang lainnya.


Di suatu dataran tinggi di Syam, tinggallah seorang pendita bernama Buhaira. Ia memerhatikan setiap orang yang lalu dan pergi ke daerahnya itu. Ia seorang yang amat tekun beribadat menyembah Tuhan, membaca kitab-kitab lama. Di antaranya ia membaca Injil Barnaba, dimana tertulis bahawa Isa al-Masih pernah berkata, bahawa akan datang seorang Rasul sesudahku namanya Ahmad, dan bila Rasul Ahmad ini berjalan akan dilindungi oleh awan.


Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya, dipersilakannya mampir di rumah kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh Abu Talib, dimana Muhammad turut serta di dalamnya.


Pendita Buhaira memperhatikan gerak-gerik anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. memberi nasihat kepada Abu Talib agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.


Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat.


Begitulah Muhammad hidup di tengah-tengah kaumnya semakin menjadi dewasa, dengan sifat dan akhlak yang indah, sehingga menjadi satu teladan dan buahbibir setiap orang. Tersiarlah bahawa ia seorang pemuda yang boleh dipercayai, yang hidup dari perdagangannya penuh dengan berkat, sehingga banyak pedagang-pedagang besar yang ingin menjadikan Muhammad sebagai pelaksana atau pembantunya.


Yang pertama melamar Muhammad untuk jawatan ini ialah seorang pedagang wanita yang kayaraya bernama Khadijah binti Khuailid, seorang janda muda yang ayu pula. Muhammad diberinya seorang pembantunya. Dalam perdagangan ini Muhammad mendapatkan keuntungan dan simpati yang luarbiasa ke mana saja dia pergi berdagang. Khadijah yang pada mulanya hanya sekadar percaya terhadap Muhammad, lama-lama berubah menjadi hormat dan kagum, akhirnya jatuh cinta kepadanya, sekalipun umurnya lebih tua dari Muhammad.


Akhirnya terjadilah perkahwinan antara keduanya, satu perkahwinan yang amat indah dan ideal sekali, penuh dengan rasa saling mencintai, hormat-menghormati dan percaya-mempercayai.


Khadijahlah isteri yang paling dicintai Rasulullah. Rasulullah tidak pernah kahwin lain semasa Khadijah hidup. Dialah orang yang pertama masuk Islam, ibu untuk semua anak anak Rasulullah selain Ibrahim, ialah wanita pertama yang masuk Syurga, yang membela Rasulullah dengan jiwa, harta dan cintakasihnya di saat Rasulullah mendapat tentangan dari kaumnya. Ketika Khadijah meninggal, Rasulullah sedih sesedih-sedihnya sehingga tahun kematian Khadijah ini dinamai Rasulullah tahun sedih.


Umur empatpuluh tahun Muhammad diangkat Allah menjadi Nabi dan RasulNya, lalu menyebarkan segala wahyu yang diturunkan Allah kepadanya dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. Tiga tahun lamanya ajaran atau wahyu yang diterimanya ini disiarkan dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi sehingga yang beriman hanyalah orang-orang yang dekat kepada Rasulullah saja iaitu Khadijah, Abu Bakar, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Haritsah (budak yang dijadikan anak angkat kesayangan Rasulullah), iaitu bapa Usamah.


Keempat manusia pertama yang masuk Islam ini menjadi lambang Agama Islam sampai hari kiamat. Khadijah adalah seorang wanita, iaitu wanita yang pertama masuk Islam. Abu Bakar adalah seorang tua yang dalam akal dan pemikirannya lambang seorang cendekiawan atau intelek. Ali bin Abu Talib adalah seorang anak atau pemuda, sedang Zaid bin Haritsah adalah seorang budak. Jadi Agama Islam itu dapat diterima oleh wanita, cerdikpandai, anak muda dan golongan budak.


Setelah tiga tahun berdakwah secara sembunyi-sembunyi (diam-diam), dan mendapat beberapa orang pengikut yang masih sedikit jumlahnya, lalu Allah memerintahkan agar berdakwah secara terbuka atau terang-terangan. Maka di saat itu timbullah tentangan-tentangan. Rasulullah memerintahkan manusia untuk menyembah Allah saja, harus meninggalkan tuhan-tuhan mereka yang berupakan berhala-berhala dan lain-lain sembahan. Rasulullah memerintahkan mereka agar meninggalkan segala kejahatan dan mengerjakan kebaikan. Rasulullah mereka tentang, mereka musuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan maki-makian, penghinaan, ancaman-ancaman, dan pembunuhan-pembunuhan. Dua belas tahun lamanya Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau yang masih sedikit jumlahnya itu bekerja, berdakwah dan menyeru mereka di tengah-tengah segala penghinaan, dan penganiayaan itu.


Kerana jumlah mereka masih amat sedikit, mereka tidak mempunyai kekuatan, sedangkan musuh-musuh mereka amat banyak dan kuat, maka Allah perintahkan kepada RasulNya dan para pengikutnya agar bersabar dan tabah menahankan ancaman dan penganiayaan ini. Bagaimana kesabaran dan ketabahan Rasulullah dan para sahabat beliau, sudah sama kita ketahui dengan membaca sejarah beliau dan para sahabat yang lengkap.


Akhirnya Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau diizinkan Allah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan Rasulullah pindah ka Habasyah (Ethiopia) dan sebahagian lainnya ke Madinah. Rasulullah bersama Abu Bakar as-Siddiq pun diperintahkan Allah meninggalkan kota Makkah, kerana sudah berdiri gerombolan pemuda-pemuda Quraisy yang akan membunuh beliau di mana saja beliau diketemukan.


Di Madinah Rasulullah mendapatkan pengikut yang makin lama makin ramai jumlahnya. Di antaranya pemuda-pemuda yang ahli bertempur atau ahli-ahli perang, iaitu kaum Ansar. Kerana mendapatkan pengikut, maka musuh-musuh golongan Quraisy menjadi semakin marah. Mereka menyusun suatu kekuatan pasukan yang akan menyerang Muhammad s.a.w. dan para pengikut beliau ke kota Madinah.


Barulah di saat itu Allah memerintahkan Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau kaum Muslimin supaya bersiap-siap untuk melawan atau bertempur, bila diserang oleh musuh-musuh mereka. Sekalipun dengan jumlah yang amat kecil dan musuh dengan jumlah yang amat besar, mereka akan menentang musuh-musuh yang datang menyerang. Terjadilah perang pertama iaitu perang Badar yang amat masyhur itu. Rasulullah dan kaum Muslimin menang, kemenangan yang pertama.


Dalam keadaan bahaya yang amat berat itu, tiba-tiba di Madinah berdiri pula satu golongan manusia yang terdiri dan orang-orang Yahudi, yang juga menyusun kekuatan untuk menghancurkan Rasulullah dan kaum Muslimin. Mula-mula Rasulullah mengajak mereka bekerjasama, tidak serang-menyerang, bebas dengan agama dan penghidupan masing-masing. Bahkan sampai diadakan perjanjian perdamaian dan persahabatan. Tetapi orang orang Yahudi hanya menghormati akan janji itu kalau mereka lemah dan musuh kuat. Setelah Rasulullah berulangkali diserang oleh kaum Musyrikin Makkah, sedang Rasulullah dan pengikutnya amat sedikit jumlahnya, maka orang-orang Yahudi berpendapat, tentu akhirnya Rasulullah dan pengikut-pengikutnya itu akan kalah dan hancur. Maka mereka berusahalah turut menghancurkan dan menyerang kaum Muslimin yang sedikit itu. Keadaan Rasulullah dan kaum Muslimin di Madinah akhirnya menghadapi bahaya amat besar. Dengan tegas Allah memerintahkan Rasulullah dan kaum Muslimin untuk melawan, sekalipun sepuluh menghadapi seratus musuh, atau seratus menghadapi seribu musuh, harus melawan. Bahkan ditegaskan oleh Allah bahawa Allah akan menolong dan akan mengirimkan bantuan-bantuan dari langit.


Begitulah pertempuran demi pertempuran, perang demi perang terjadi antara Rasulullah beserta pengikut-pengikut beliau dengan musuh-musuh mereka yang terdiri dari berbagai-bagai golongan Musyrikin Quraisy, golongan Yahudi dan golongan Munafikin. Dalam pada itu penyebaran Agama Islam diteruskan dengan giatnya. Setiap orang Islam lelaki atau perempuan, anak-anak sekalipun diwajibkan menyebarkan ajaran yang dibawa Rasulullab ini di mana saja mereka berada, di pasar, di medan perang dan lain-lain.


Akhirnya Semenanjung Arab yang luas itu seluruhnya dapat dikuasai oleh Rasulullah, sehingga penyebaran agama semakin meluas, dan sebelum Rasulullah meninggal dunia dalam umur enam puluh tiga tahun, hampir seluruh bangsa Arab sudah memeluk Agama Islam, selain beberapa orang dan golongan saja yang tetap beragama Yahudi atau Nasrani. Lebih-lebih lagi sesudah kota Makkah dapat direbut kembali pada tahun 6 H., musuh-musuh besar Rasulullah berubah menjadi sahabat-sahabat kental dan pejuang-pejuang Islam yang terkenal sampai hari ini.


Setelah bangsa Arab yang bodoh, jahat dan kejam itu masuk Agama Islam, berubahlah segala keadaan mereka. Berubah kepercayaan, berubah akhlak dan budipekerti mereka, menjadi satu bangsa sekalipun kecil tetapi bersatu, sehingga mereka dapat mengalahkan bangsa-bangsa besar sekalipun. Agama Islam tersebar ke timur dan ke barat, adalah sebagai akibat dan ketinggian akhlak dan budipekerti dan tentera-tentera Islam yang menduduki berbagai-bagai daerah. Rahsia dan kemenangan demi kemenangan yang mereka capai itu adalah terletak pada akhlak mereka, dan juga terletak pada kerusakan akhlak dan tentera yang menjadi musuh mereka. Rakyat banyak, laki-laki perempuan menjadi lebih senang dan terjamin keamanan mereka di bawah tentera Islam daripada di bawah pemerintahan atau tentera Rumawi atau Persia, yang memang tentera-tentera yang amat kejam tidak punya perikemanusiaan.


Bangsa-bangsa yang sudah masuk Agama Islam itu mempelajari Kitab Suci al-Quran, membaca dan menghafalkannya, sehingga dalam masa hanya satu abad saja, semua bangsa-bangsa itu menjadi bangsa-bangsa yang berbahasa Arab, bahasa al-Quran. Sungguh al-Quran ini selain Kitab Suci yang menjadi sumber kepercayaan dan hukum ummat Islam, juga merupakan mukjizat terbesar sampai hari ini dan sampai hari kiamat nanti. Ada kemungkinan al-Quran ini akan dipelajari dan dibaca oleh manusia di seluruh dunia, kerana indahnya, hebat isinya dan satu Kitab Suci yang tidak ada keraguan padanya.


Bangsa-bangsa Barat yang sejak abad pertengahan berhasil menjajah bangsa-bangsa Timur yang beragama Islam, mencuba menghancurkan Agama Islam dengan politik kolonialisme dan kristenisasi dalam masa berabad-abad lamanya, tidak berhasil inengkristiankan ummat Islam. Sangat nyata keunggulan Agama Islam ini Akhirnya sesudah perang dunia kedua, ummat Islam terjajah berhasil mencapai kemerdekaan. Bangsa-bangsa Barat mulai sedar, mulai tertarik kepada Islam, mereka pelajari, lalu banyak diantara mereka masuk menjadi pemeluk Agama Islam.






VARGTYRADAM666
Apr 11 2006, 04:02 AM
wink.gif
sofiahdewi
Apr 11 2006, 01:06 PM
Dalam quran menceritakan peristiwa hari qiamat, tetapi kita semua( islam) sedia maklum bahwa al mahdi akan bangkit sebelum kiamat, sekiranya dalam quran kita kata tiada cite al-mahdi maka kita sendiri yang tidak mempercayai quran itu sendiri walhal quran itu tiada keraguan padanya dan petunjuk sepanjang zaman.


Seorang tua pernah bercerita Kitab Taurat menceritakan kedatangan Nabi Allah Isa, kitab injil pula menceritakan kedatangan Nabi Muhammad saw dan kitab Al Quran menceritakan kedatangan siapa??
Maka dijawab oleh org tua itu adalah kisah "AL-Mahdi" .


Tanda2 kemunculan Al-Mahdi sudah ada cuma kita umat islam masih dalam masa demi masa dalam kerugian(al-ashr).


Kisah WTC di langgar burung Ababil telah diceritakan dalam surah Al-Fil,Sebelum nabi muhammad saw dilahirkan Tentera bergajah diserang oleh Ababil, Perhatikan lambang republican, bukankah sejarah berulang tetapi dalam fenomena yg berbeza.


Yang mengetahui Nabi Muhammad seorang rasul adalah bapa saudara Khadijah , waraqah naufal -pendeta kristian- Kisah ini pun telah berlaku (Pope 2-vatican)


Nabi Muhammad saw digelar baginda(Raja) maka apa yg diberitahu Al-Mahdi juga seorang raja.Maka disuruh cari "Raja" itu dan tempatnya sama semasa Nabi Allah Adam as bertemu Nabi Allah Khaidir as. Negara manakah yang berkemungkinan akan kembali sistem Beraja. Sama-sama la mencari atau menunggu.


Umat islam ditindas begitu teruk sekali sehingga Isu baitulmaqdis, Nabi Muhammad Saw dikatakan pengganas tiada belaan daripada umat islam sendiri. Mungkin satu hari nanti Kaabah pulak yang akan jadi sasarannya...




Makna burung ababil, tentera bergajah dalam al-Quran




Cerita kebenaran serta hikmah yang tersembunyi mengenai terjemahan yang kurang faham dengan apa yang dibaca.




Adakah sama di antara bahasa Arab Al-Quran yang tinggi ilmunya dengan bahasa Arab biasa dan apakah dengan hanya membaca kitab suci itu, boleh terjadi sesuatu tanpa kita menggunakan akal, fikiran, doa, usaha, ikhtiar, kefahaman makna al-Quran, bertawakal, kemahiran dan kepintaran sedangkan kita hanyalah manusia biasa?


Jika boleh, silakan baca sepotong ayat al-Quran dan cubalah berjalan di atas air sebagaimana ulama silam yang betul-betul faham maknanya.


Soalan lain ialah untuk apakah al-Quran diturunkan bagi umat manusia dan mengapakah jin sendiri mengakui al-Quran ini ajaib serta mengapakah 6,666 sistem urat saraf manusia sama jumlahnya dengan 6,666 ayat suci al-Quran?


Selain itu, mengapakah wujudnya pelbagai ilmu yang terkandung di dalam al-Quran seperti sains, biologi, kimia, fizik, kesihatan, geografi, sejarah, kejadian manusia, astronomi, geologi, psikologi, tauhid, tasawuf dan kejadian langit serta bumi.


Jika kita renung baik-baik makna ayat al-Quran daripada surah tentera bergajah, akan terbit di hati nurani bahawa Allah mengajar manusia mengenai pentingnya sistem pertahanan sesebuah negara, kerana ayat itu adalah ayat peperangan iaitu berkenaan tentera gajah yang hendak menyerang kota Makkah al-Mukarramah.


Persoalannya, adakah pada zaman sekarang jika hendak berhadapan dengan musuh Islam perlu kita menggunakan gajah dan baca ayat dalam surah itu saja?


Sebenarnya, pada zaman sekarang makna tentera bergajah ialah unit kereta kebal tentera darat di mana secara tidak langsung boleh diterjermahkan bahawa unit kereta kebal diperlukan bagi memperkasakan dan pemodenan teknologi sistem pertahanan negara.


Hikmah kedua yang boleh diambil daripada surah tentera bergajah ialah kisah burung ababil iaitu Allah mengajar manusia mengenai betapa perlunya mencipta dan membina sistem pertahanan udara yang canggih.


Adalah mustahil jika kita hendak berhadapan dengan musuh Islam hanya menggunakan burung helang atau tiong.


Ini bermakna burung ababil adalah seumpama jet pejuang, penyerang, pengebom jenis MIG-29 dibina Russia, jet pejuang Amerika jenis Tomcat dan jet pejuang yang tercanggih lain.




Bukankah cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman dan sistem pertahanan udara dan darat adalah sistem pertahanan negara. Tanpa memahami maknanya pembaca al-Quran itu akan menjadi seperti daun yang dimakan ulat. Maknanya hancur lebur atau dalam bahasa Melayu bakal menjadi ibarat padang jarak padang terkukur.


Dalam melaksanakan projek pembangunan dan pemindahan teknologi, kita kata itu adalah ilmu yang sekular dan tidak Islam, tetapi bila sudah menjadi seperti Afghanistan, Palestin dan Iraq, barulah kita tahu perlu atau tidak jet pejuang dan kereta kebal.


Bagaimana orang Islam hendak menentang dan memerangi musuh Islam dan Yahudi di atas angin sedangkan kita hanyalah manusia biasa.


Apakah dengan membaca ayat saja boleh terbang di atas angin. Walaupun ayat daripada surah tentera bergajah sudah lebih 1,400 tahun diwahyukan, kenapa masih ada kisah tentera bergajah dan burung ababil iaitu kereta kebal dan jet pejuang dimiliki negara Islam, tetapi adalah buatan Yahudi dan Kristian?




Hakikatnya, jika kita tidak faham maknanya bagaimana boleh memahami apa yang benar-benar mengikut ajaran Al-Quran dan cara membezakan di antara yang hak dan batil serta bagaimana Islam hendak maju.


Kalau kita mahu mengembalikan zaman keagungan Islam, kita kenalah faham makna Al-Quran dan perlu berfikiran maju lebih daripada bangsa Yahudi dan bukan Islam.

No comments:

Post a Comment