Pages

Wednesday, February 3, 2010

Gambar molekul air zam-zam

Entri kali ini adalah dari emel terbaru yang saya terima dari kawan saya. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dan artikelnya agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama dan di sertakan dengan pendapat saya…
Pada 10/10/2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau… Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik… maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah… daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. Wassalam.
Air dan khasiatnya pada manusia

Saya pernah mengatakan yang perkara yang paling penting dalam hidup adalah perkara yang paling mudah. Kalau anda sakit, senang jer… cubalah terapi air iaitu dengan minum air yang ditapis atau air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas. Jangan lupa pulak baca bismillah. Saya yakin 90% penyakit boleh di sembuhkan dengan terapi air.
Kebanyakkan dari penyakit juga berpunca dari manusia yang kurang minum air. Maksud saya di sini air, bukannya air kopi, nescafe atau coke. Ramai yang tidak sedar kekurangan air dalam badan boleh memudaratkan kesihatan anda. Minumlah air bersih sekurang-kurang 3-4 gelas sehari pun ok.
Air juga boleh di programkan untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Orang cakap air ni ada “roh” tak tahu betul ker tidak. Kalau ada kenal pengamal reiki atau tenaga dalam, bawa sebotol air mineral, minta tolong salurkan energi reiki. Kalau jumpa ustaz ke, orang yang alim pun boleh minta tolong mereka bacakan ayat-ayat tertentu. Memang banyak khasiatnya…
Saya sudahi entri kali ini dengan video yang menunjukkan kesan minum air bersih dari pergunungan Tibet ke atas aura manusia…

No comments:

Post a Comment