Pages

Saturday, February 6, 2010

Dajjal -adalah pada masa kini.

Postby GOOKU on Thu Jan 13, 2005 4:57 pm
Adopsi daripada
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/vie ... php?t=6258

Sahaja memecahkan permasalahannya.... :D
---------------------------------------------------------------------

Terdapat taburan hadis mengenai Dajjal:
1. Dr Aisyah r.a bhw Rasulullah bersabda:
"Ya Allah, aku berlindung dgn engkau dr azab didalam kubur dan aku berlindung dgn engkau dr fitnah Al Masihi Dajjal"
[HR Bukhari]
2. Dr Abu Huraihah r.a bhw Rasulullah bersabda:
"Tidak akan tiba hari Akhirat hingga ada 2 golongan besar berperang padahal cita-cita adalah sama, hingga muncul Dajjal pendusta yg jumlahnya 30 org kesemuanya dan mendakwa merekalah Rasulullah"
[HR Bukhari]
3. Dr Abu Darda' bhw Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dr permulaan surah Al Kahfi, ia dilindungi dr Dajjal"
[HR Imam Ahmad]
4. Dr Abdullah bin Umar bhw Rasulullah bersabda:
"Dajjal itu muncul di tengah umatku, dan ia akan melakukan kemungkarannya selama 40 hari"
[HR Ibnu Mas'ud]
5. "Kamu akan berjuang menentang mereka (arab -musyirikin) dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu , kemudian kamu akan memerangi Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu"
[HR Muslim]
6. "Barangsiapa yg menghafalkan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal" [HR Imam Ahmad]
7. 'Barangsiapa yg membaca surah Al Kahfi pd hari jumaat, terlindunglah ia dr segala fitnah selama 8 hari termasuklah fitnahnya Dajjal bila keluar"
[HR Adhia al Maqdasi]

8. Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah saw berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu."

Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan Iraq."

Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

9. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saw bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Sementara itu, ada pula beberapa riwayat lain mengenai dajjal dan ciri-cirinya yang dapat dirumuskan oleh beberapa penulis yg terdiri drp org pentafsir dan ulama terdahulu, seperti berikut:
1. Dajjal itu tinggal di sebuah pulau. Mereka amat gagah dan besar hingga dikatakan lautan yg paling dalam hanya setakat buku lali mereka sahaja.
2. Kaki dan tanganya dibelenggu dengan rantai dan tiba waktunya mereka dibebaskan dari belenggu itu.
3. Setengah ulama mengandaikan Dajjal itu dr keturunan Yahudi ataupun Bani Isreal.
4. Islam akan ditinggalkan oleh penganutnya dan Al Quran serta Assunnah tidak berperanan lagi, sementara suku kaum dari Arab akan berperang sesama sendiri, hingga Allah menurunkan Dajjal supaya Allah dpt menguji siapa yg benar-benar beriman dan siapa yg kufur.
5. Dajjal itu akan muncul dari sebelah timur.
6. Allah akan memberi kuasa kpd Dajjal dan apa jua yg diperlukannya. Dia berkuasa melakukan segalanya hingga dia boleh menghidupkan orang mati.
7. Dajjal muncul dgn menunggung binatang yg boleh bergerak sepantasnya. Pada dahi Dajjal itu ada tanda kekafirannya dan setiap org Islam akan dpt membacanya biarpun org itu buta huruf.
8. Mata sebelah kanan Dajjal itu buta, Mata sebelah kirinya bersinar seperti bintang.
9. Allah akan memberi Dajjjal segala macam kekuasaan hingga dia boleh memikul syurga dan neraka di atas bahunya.
10. Di antara para pengikut Dajjal dan pembantunya paling ramai ialah wanita cantik dan anak zina, termasuk juga tenteranya dari org Yahudi.
11. Dajjal menggunakan alat muzik dan nyayian sebagai senjatanya. Siapa jua yg mendengar muziknya akan terpesong dan terus mengikutnya, baik yg muda atau tua.
12. Dajjal akan berkuasa meneroka seluruh bumi dan berkuasa memerintah bumi spy menyerahkan kepadanya segala kekayaan isi galiannya. Perintah Dajjal itu dipatuhi oleh bumi dgn senang hati.
13. Dia akan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Siapa yg lemah imannya dan mematuhi Dajjal, mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya (padahal di sisi Allah, itulah neraka). Dan siapa yg kuat imannya dan menolak ajakannya, akan dimasukkan nerakanya (padahal di sisi Allah, itulah syurga).
14. Bila Dajjal berckp, suaranya begitu nyaring hingga penduduk seluruh dunia mendengarnya.
15. Dengan kekuatan dan tenaganya yg luar biasa itu, Dajjal menguasai dunia, dari sekecil-kecil pulau hinggalah sebesar-besar negara. Penguasaannya itu akan berlanjutan selama 40 hari.
16. Ada daerah shj di dunia ini yg tidak dpt dikuasai atau dimusnahkan oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.
17. Kemudian Allah akan mengutuskan Nabi Isa a.s , kaum muslimin akan membantu Nabi Isa memerangi Dajjal. Dajjal ditewaskan. (*Terdapat riwayat menyatakan Imam Mahdi membantu Nabi Isa)



-------------
Dr sini, terdapat banyak lagi taburan hadis mengenai dajjal...pd masa depan. Setiap satunya kita kategorikan sebagai hadis Ahad.. Kembali kita dgn satu persoalannya: Apakah dalil mengenai Dajjal ini boleh menjadi Dalil Aqidah ataupun ia lebih dikenali sebagai Dalil Naqli....Maka di sini kita perlu meneliti indikasinya dan memahami, apa yg boleh atau yg tidak boleh dlm memahami sesuatu dalil naqli.

Seperti kita memahami, dalil-dalil yg memenuhi 2 kategori dibawah ini boleh dimasukkan dlm dalil Aqidah @dalil Naqli, iaitu:
1. Qadhi Tsubut. (pasti akan sumber asalnya)
2. Qadhi Dilalah.(pasti akan maknanya dan jelas, tanpa ada membawa byk maksud)


Memandangkan taburan Hadis Rasulullah diatas yg begitu byk sekali (melebihi 7 buah hadis) dan masing-masing dlm kategori hadis Ahad dan dari pelbagai perawi dan periawayatnya TETAPI ianya membawa satu perkara yg sama (iaitu Dajjal). Maka dr Ilmu Hadis, Himpunan/kumpulan hadis-hadis ini kita panggilkan Hadis Mutawatir Bil al Maa'na.

Sebagai contohnya, Hadis Mutawatir Bil al Maa'na ini digunakan pd hadis "Keberadaan Khalifah pd masa Depan". Setakat ini...kedua-dua perkara (dajjal dan Khalifah) dapat memenuhi Kategori Qadhi Tsubut..iaitu pasti akan sumber asalnya.

NAMUN BEGITU,

Dalil mengenai Dajjal, dari segi Qadhi Dilalahnya, tidak dapat memenuhi kategori tersebut. Dari banyak hadis tersebut(di atas), sukar digambarkan dan bayangkan serta memahami keadaan Dajjal dimaksudkan itu. Samada Dajjal itu dlm keadaan:-
1. Satu makluk Gergasi yg kuat dan mempunyai kuasa luar biasa.
2. Satu individu manusia, yg cacat matanya.
3. Sekumpul manusia yg ganas.
4. Satu negara yg berkuasa dimuka bumi ini.
5. Satu Sistem yg menyeru kpd kemungkaran.
6. Dan Sebagainya.


Dari sini, dalil mengenai dajjal tidak dapat memenuhi kehendak atau piawai kategori Qadhi Dilalah, kerana ia dlm keadaan yg mempunyai makna yang tersirat, mengandungi banyak makna dan tanpa ada keinciannya.

Kalau kita bandingkan, dalil menunjukkan Khalifah akan wujud pd masa depan, memang tergambar sepertimana zaman khalifah terdahulu (terutamanya zaman khalifah Abu Bakar, Umar). Maka ini membawa satu makna dan dalil mengenai khalifah memenuhi kategori Qadhi Dilalah. Maka ini boleh dijadikan dalil Aqidah ataupun Dalil Naqli.

Secara rumusannya, dalil mengenai Dajjal adalah bersifat ZANNI. Tidak sampai keyakinan 100% dan tidak boleh menjadi dalil Aqidah ataupun dalil Naqli. Dalil mengenai Dajjal hanyalah satu bentuk Perkhabaran sahaja. Dalil aqidah adanya Dajal adalah secara pasti/qathi' (satu bentuk perkhabaran) tapi bentuk dajjal adalah tak pasti ataupun zanni..

Kesan Akibat jika dia menjadi dalil Aqidah.

Jika seseorang (A) mengatakan Dajjal itu berbentuk gergasi bermata satu, yg menjadi keyakinan 100% mengenainya...Tiba-tiba datangnya seseorang lagi (B) mengatakan dan membantah kenyataan si A dgn mengatakan dajjal itu adalah individu yg mengetuai negara Yahudi/kufur...yg mempunyai keyakinan 100% mengenainya. Mereka pun membantah antara satu sama lain. Silap-silap mereka kafir mengafir diantaranya. Ini kerana, dalil mengenai Dajjal menjadi Dalil Aqidah. Sedangkan kenyataan mereka berdua itu masih berbentuk Zanni..samada benar atau salah...itu tidak menjadi masalah dlm aqidah mereka. Inilah problemnya. Dalam btk perkhabaran yg tak pasti ini...tentu saja ada bergantung kpd teka-tekaan/ dugaan belaka.

Sekian, untuk kebaikan semua :)
Last edited by GOOKU on Thu Aug 04, 2005 5:46 pm, edited 1 time in total.
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus Ahli Emeritus
 
Posts: 2189
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Postby Jamaah on Tue Jan 18, 2005 5:30 pm
Salah satu daripada 10 bid'ahtudholalah ialah turunnya dajjal. Sejahat-jahat sifat manusia, keluar dari mulut perkara fitnah, penipuan, pembohongan.......kena pada umat Rasulullah. Cara nak buang fitnah ini ialah dengan....Kenal pasti fitnah, tolak....."fubibaiah illaawal fuhuwaawal" "bersegera dengan baiah, cepat itu, nak cepat lagi" aow qamal qal. .
alQuran satu, Rasul satu, Imam (khalifah) satu suk-suk nah sampai kepuncak asal wasilatul qubra Nabi Muhammad solamhu.
Jamaah
Ahli Setia Ahli Setia
 
Posts: 404
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

Dajal - Kemunculannya Yang Tidak Disedari...

Postby Dreamkiller on Sat Jun 11, 2005 5:29 pm
Umat Hari ini pada Era Dajal?

Dajal adalah makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat pada akhir zaman. Kita memfokuskan mengenai Dajal kerana Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diniwayatkan oleh Muslim; “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajal.”

Kalimat Dajal berasal danipada kalimat dajala yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Lisanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi dan Nabi SAW menceritakan semua ini melalui hadis-hadis baginda. Berikut adalah sebuah analisa dan kajian bekaitan dajal sepertimana yang termaktub di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w.

1- Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad; “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” Berhubung dengan mata Dajal, memandangkan Nabi SAW sering mengaitkan bahagian kanan dengan kebaikan, keadaan mata Dajal yang buta di sebelah kanan menunjukkan dia tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali. Segala tindakannya adalah untuk kepentingan duniawi.

2- Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abmad; “Di dahi Dajal akan tertulis kalimat kafir Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang buta huruf ataupun tidak.” Kalimat kafir ini bukanlah dalam bentuk tulisan sebaliknya cara hidup. Pada hari ini golongan kafir di Barat cuba menyesatkan manusia dengan agama dan falsafah hidup mereka yang kafir. Sebahagian manusia akan tertipu dengan mereka tetapi umat Islam yang benar-benar beriman akan mengenali kesesatan mereka berdasarkan kebenaran al-Quran walaupun mereka daripada kalangan orang yang buta huruf. Hanya ilmu dan keimanan (kepada Allah) yang tinggi sahaja akan dapat mengelakkan kita daripada kejahatan dan tipu daya dajal. Dengan keimanan dan ilmu sahajalah kita dapat mengenal yang mana baik dan yang mana buruk serta kekafiran. Kerana itulah, mereka yang buta pun akan dapat melihat jika mempunyai ilmu dan iman yang tinggi.

3- Nabi SAW bersabda; “Dan Dajal akan menyembuhkan orang buta, pesakit kusta dan menghidupkan orang yang mati” (Dalam Kanzul Ummal, jil. 7, hal. 2080). Teknologi perubatan Dajal dan fenomena hari ini telah dan akan menjadi begitu canggih sehingga mampu menyembuhkan penyakit yang selama ini tidak dapat disembuhkan. Lebih daripada itu pemindahan organ termasuk jantung juga berjaya dilakukan sehingga manusia yang sudah tidak ada harapan untuk hidup dapat terus hidup. Pada hari ini terdapat sebahagian pesakit yang mengalami koma dan boleh dianggap sudah mati tetapi dengan menggunakan alat sokongan hayat, mereka berjaya ‘dihidupkan’. Teknologi seperti ini telah diledakkan oleh Barat.

4- Nabi SAW bersabda; “(Kelajuan perjalanan Dajal) adalah seperti awan yang dipukul angin.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Dalam riwayat yang lain baginda bersabda; “Dajal akan mengenderaani keldai. Jarak antara kedua telinganya adalah tujuh puluh ela.” (Riwayat Baihaqi). Baginda juga bersabda; “Dajal akan melompat antara langit dan bumi.” (Riwayat Abu Daud). Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini dengan kapal terbang dan jetnya menepati sabda-sabda baginda yang terdapat dalam hadis ini. Jet-jet pejuang Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain. Teknologi dalam bidang ini dikuasai oleh Barat.

5- Nabi SAW bersabda; “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Teknologi yang wujud pada hari ini mampu ‘mencipta’ hujan. Daily Telegraph, London, bertanikh 20 Ogos 1969 melaporkan, kristal silver iodine digunakan di padang pasir supaya menurunkan hujan. Kristal yang sama juga pernah digunakan bagi meredakan kekuatan ribut taufan seperti yang dilakukan ke atas taufan Hurricane Debris dan Hurricane Esther. Selain itu, hujan dan tumbuh-tumbuhan juga dikaitkan dengan sumber kehidupan atau lebih tepat lagi makanan. Pada masa ini, mereka (Negara) berkuasa besar dengan sewenang-wenangnya dan mudah boleh saja pada bila-bila masa menyekat kemasukan bekalan makan kepada pihak-pihak atau Negara tertentu. Mereka juga boleh memberikan kekayaan kepada pihak-pihak tertentu. Contohnya seperti Iraq dan Afghanistan. Selain itu, bantuan kepada Israel memerangi Palestine juga adalah satu lagi petunjuk.

6- Nabi SAW bersabda; “Dajal akan datang dan sebelah Timur. Tujuannya adalah menghancurkan Madinah....” (Riwayat Bukhani dan Muslim). Kawasan yang banyak menerima padah kesan daripada tindakan ganas golongan Barat adalah Negara-negara Timur, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, penjajahan yang berlaku selepas selesai perang dunia kedua kebanyakannya melibatkan negara-negana Timur. Negara-negara Arab di Timur Tengah terus diancam oleh anak emas Amerika, iaitu Israel. Rakyat Palestin, hidup dalam penderitaan yang berterusan selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Israel tertegak dengan bantuan Britain dan sekutu-sekutunya di Barat. Afghanistan diserang oleh Amerika demikian juga Iraq. Negara-negara teluk yang kaya dengan minyak menjadi daya tarikan kepada kuasa-kuasa besar Barat. Akhirnya agama Islam menjadi sasaran serangan mereka.

7. Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim: “Tujuh puluh ribu golongan Yahudi dan Isfahan akan mengikut Dajal...” Golongan Yahudi akan menjadi tentera Dajal yang amat penting pada akhir zaman dan hal ini menjadi kenyataan pada hari ini. Golongan Yahudi berada di banyak tempat strategik di dunia di samping menjadi anak emas kepada Amerika. Perkembangan semasa menunjukkan kuasa besar Amerika berada di bawah telunjuk Israel. Bekas senator Amerika, J. William Fuibright pada tahun 1973 telah menegaskan, kongres Amerika sebenarnya dikawal oleh Israel. Presiden George Prescott Bush mengakui pada tahun 1991 bahawa atas desakan Israel, beliau terpaksa memberi bantuan bernilai $10 bilion kepada negara itu. Fakta-fakta ini didedahkan oleh Andrew Hurley dalam bukunya yang bertajuk One Nation Under Israel.

8. Nabi SAW bersabda; “Dajal akan melalui segolongan manusia dan menyeru mereka (supaya mengikutnya) tetapi mereka menolak seruannya. Selepas Dajal meninggalkan mereka, pada keesokan paginya, mereka mendapati segala harta benda yang mereka miliki luput daripada mereka...” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Dajal menuntut ketaatan mutlak kepadanya tanpa berbelah bagi. Dalam akhbar Philadelphia Inquirer bertanikh 13 September 2002, David Perimutter dalam artikelnya Give War A Chance memberi amaran, mereka yang tidak mahu mengikut rentak Washington ‘perlu bersedia menerima padahnya dalam bentuk kemusnahan industri minyak, markas ketenteraan, serta pejabat-pejabat kerajaan.. Akan berlaku kehancuran ke atas kerajaan dan sistem ekonomi negara itu selama satu generasi.’ Salah satu strategi utama Dajal bagi menekan musuh-musuhnya adalah dengan mengenakan sekatan ekonomi. Contoh yang paling baik adalah Iraq. Bekas Penolong SetiausahaAgung Bangsa Bangsa Bersatu, Denis Halliday berkata, sekatan ekonomi ke atas Iraq yang bermula pada tahun 1990 menyebabkan 5-6 ribu kanak-kanak di bawah umur lima tahun mati setiap bulan. Pada bulan April 1998, Unicef pula melaporkan lebih kurang 90,000 kanak-kanak di Iraq meninggal dunia setiap tahun sejak sekatan ekonomi dikenakan.

9- Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi; “Dajal akan melalui suatu kawasan dan berkata; “Keluarkan segala perbendaharaanmu dan segala perbendaharaan itu akan mengikut Dajal sebagaimana lebah mengikut ketuanya.” Sejarah menunjukkan selepas tamat perang dunia kedua, pihak penjajah telah mengambil banyak hasil bumi negara yang dijajah oleh mereka. Sebagai contoh, mengikut Enver Masud, penulis buku ‘War on Islam’, antara tahun 1891 hingga 1991, Eropah telah mengeksploitasi getah asli serta gading yang terdapat di negara Congo dan proses itu menyebabkan lebih kurang 10 juta orang Afrika terkorban. Keghairahan Barat menguasai hasil bumi negara lain masih berterusan hinggalah pada zaman pasca kolonialisme ini. Antara perbendaharaan bumi yang amat berharga pada abad ke-20 adalah minyak. Justeru ia menjadi bahan buruan kuasa-kuasa besar Barat. Sebágai contoh, berhubung dengan serangan Amerika ke atas Afghanistan pada tahun 2002, Pepe Escobar dalam artikelnya yang bertajuk Pipelineistan, Part 1: The Rules Of The Game yang dimuatkan dalam Asia Times berkata; “Serangan melawan keganasan? Mungkin tidak. Sebenarnya tujuan utamanya adalah minyak.” Pada penghujung tahun 2002, Amerika bersiap sedia menyerang Iraq. Akhbar The Sydney Morning Herald bertarikh 31 Oktober 2002 melaporkan; “Ketua Eksekutif British Petroleum, Lord Browne telah memberi amaran kepada Washington supaya tidak memonopoli minyak yang bakal dikuasainya selepas perang.... Kenyataan Lord Browne mi menunjukkan isu yang paling penting bagi Amerika adalah menguasai minyak Iraq supaya diserahkan kepada syarikat ExxxonMobil...” Dalam The Dubya Report bertarikh 29 Oktober 2001, di bawah tajuk You’ve Got to Go Where the Oil Is, Dick Cheney sebagai pengerusi syarikat minyak Halliburton dilaporkan berkata pada tahun 1998; “Anda perlu pergi menguasai tempat yang ada minyak.” Pada hari ini Dick Cheney adalah Timbalan Presiden Amerika.

10- Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya Dajal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya ia adalah api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api sebenarnya itu adalah air yang sejuk lagi lazat.... (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dajal sebagai pendusta akan memalsukan hakikat dan kebenaran sesuatu perkara bertujuan mengelirukan
masyarakat di dunia. Pada akhir zaman, media massa dalam bentuk TV, akhbar, majalah, video, cakera padat dan sekarang internet akan menjadi alat penting demi mencapai tujuan ini
sehingga, secara simbolik, api yang panas lagi berbahaya akan kelihatan seperti air yang sejuk dan begitulah sebaliknya. Sebagai contoh, apabila berlaku tragedi 11 September 2001, media massa
di Barat menonjolkan Islam sebagai agama keganasan walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menyokong pandangan itu. Golongan Yahudi memanfaatkan suasana itu, justeru rakyat. Palestin yang selama ini ditindas dan dizalimi berjaya ditonjolkan sebagai pengganas dan sebaliknya pengganas rejim Yahudi ditonjolkan. sebagai mangsa keganasan. Berhubung dengan isu ini wartawan akhbar Independent, London yang terkenal, Robert Fisk ketika menyampaikan ucapannya di Universiti Concordia pada 17 November 2002 berkata; “Ucapan saya pada malam mi tidak berkaitan dengan bahaya kewartawanan sebaliknya saya ingin bercakap berkenaan bahaya yang diwujudkan oleh kewartawanan. (Bahaya ini lahir) hasil tindakan melaporkan kenyataan-kenyataan rasmi pihak kerajaan yang mengelirukan tanpa tapisan di samping menerima tanpa persoalan kehendak golongan atasan... Sejak dan awal lagi melalui tulisan-tulisan saya dalam akhbar Independent, saya mengatakan peperangan yang berlaku sekarang bukan bertujuan menghapuskan keganasan sebaliknya menghancurkan musuh-musuh Amerika dan mungkin juga musuh-musuh Israel.”

11- Nabi SAW bersabda; “Dajal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajal adalah neraka dan aku mengingatkan mengenainya sebagaimana nabi Noh mengingatkan kaumnya mengenainya” (Riwayat Bukhani dan Muslim). Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda; “Demi Allah, seorang lelaki akan mendatangi Dajal dengan sangkaan bahawa dia (Dajal) seorang yang beriman. Kemudian lelaki itu akan mengikut Dajal kesan daripada keraguan yang ditimbulkan oleh Dajal” (Riwayat Abu Daud). Perkataan syurga dan neraka biasanya dikaitkan dengan agama Islam, Kristian dan Yahudi ketika memperkatakan mengenai hari pembalasan. Hadis mi menunjukkan Dajal akan menggunakan isu syurga, neraka serta agama bagi mengembangkan pengaruh sesatnya. Dengan berkembangnya pengaruh kristianisasi pada hari ini, hadis mi menjadi kenyataan. Golongan Kristian pada hari ini sedang menumpukan dakwah mereka di negara-negara yang berada di kawasan yang mereka istilahkan sebagai Tingkap 10/40. Tingkap 10/40 adalah negara-negara yang terletak antara 10 ke 40 darjah di sebelah utara khatulistiwa dan ia merangkumi negara-negara Afrika Utara, Timur Tengah, India, China dan Asia Tenggara. Penggerak-penggerak projek mi berpendapat, daripada enam bilion manusia yang terdapat di dunia pada hari ini, dua bilion sudah menganut agama Kristian, dua bilion yang lain berada di kawasan yang mudah didekati dan yang baki dua bilion berada di kawasan yang terpencil. 90% daripada golongan yang terpencil ini berada di kawasan Tingkap 10/40, justeru mereka menjadikan kawasan ini sebagai sasaran mereka. Antara pendekatan yang mereka gunakan adalah menimbulkan kekeliruan mengenai kebenaran agama Islam sedangkan agama mereka sendiri dipenuhi dengan seribu satu kekeliruan. Kesungguhan golongan Kristian menghancurkan Islam menjadi semakin jelas dengan pelancaran satu lagi projek yang dikenali sebagai The Stealth Crusade. Projek ini dilancarkan dengan tujuan menarik masyarakat Islam kepada Kristian dan sekali gus menghancurkan agama Islam. Perkara ini disebutkan dalam laporan yang dimuatkan dalam MotherJones.com bagi bulan Mei/Jun 2002; “di bawah projek Stealth Crusade, pendakwah-pendakwah Kristian dilatih cara bergerak dalam dunia Islam untuk mengkristiankan golongan Islam. Matlamat mereka: Memusnahkan Islam.”

12- Nabi SAW bersabda; “Ujian Dajal yang paling hebat adalah apabila dia mendatangi seorang Arab dan berkata; “Jika aku dapat hidupkan untamu adakah kamu akan mempercayai aku tuhanmu?” Lelaki itu menjawab; “Ya” Seorang lelaki yang kematian abang dan bapa akan ditemui Dajal dan dia akan berkata; “Jika aku dapat hidupkan bapa dan abangmu adakahkamu akan mempercayai aku tuhanmu?” Lelaki itu menjawab; “Ya”. Maka syaitan akan mencipta sesuatu yang menyerupai bapa dan abangnya” (Dalam himpunan hadis MisykatulMasabih jil. 4 hal. 70). Sains akan mempengaruhi cara fikir dan cara bertindak manusia pada akhir zaman. Malah bagi sesetengah golongan, sains adalah agama. Perkembangan sains akan menjadi begitu pesat sehingga binatang dan manusia akan dapat diklon dan umat manusia sedang berada di era itu sekarang. Pada tahun 1997, dunia digemparkan dengan kelahiran kambing biri biri klon yang bernama Dolly. Bagaimana pula dengan klon manusia? Profesor Lee M. Silver, seorang pakar dalam bidang Biologi Molekular di Princeton menulis sebuah buku yang bertajuk Remaking Eden: How Genetic Engineering and Cloning Will Transform the American pada tahun 1997. Beliau berpendapat berkemungkinan pada tahun 2050 manusia akan dapat melahirkan klonnya sendiri. Pandangan seperti ini ada penyokong-penyokongnya. Akhbar The San Diego Union-Tribune bertarikh 29 November 2001 melaporkan, sebuah syarikat bio-teknologi di Massachusetts berjaya melahirkan klon embrio manusia dan kejayaan ini mengejutkan pakar-pakar sains di seluruh dunia kerana ia membawa pertanda dunia mi sedang berada di ambang huru-hara yang lebih dahsyat.

Akhbar Sunday Star bertarikh 29 Disember 2002 di halaman 54, memuatkan sebuah artikel yang bertajuk ‘Human Clone Race Stirs Fear’ Artikel ini memuatkan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Brigitte Boisselier, pengarah syarikat Clonaid, yang mendakwa berjaya mengklon seorang bayi perempuan hasil daripada DNA yang diambil daripada seorang wanita Amerika yang berumur 31 tahun.

Akhbar yang sama melaporkan, sebulan yang lepas seorang pakar dalam bidang kesuburan manusia yang berasal dan Itali, Severino Antinori memaklumkan, seorang wanita yang dirahsiakan identitinya sedang mengandung seorang bayi klon dijangka bersalin pada bulan Januari, 2003.

13- Nabi SAW bertanya kepada al-Mughirah bin Syukbah; “Apa yang membimbangkan kamu?” Berkata al-Mughirah; “Aku diberitahu bahawa Dajal akan membawa segunung roti dan sungai yang dipenuhi air.” (Riwayat Bukhani dan Muslim). Roti dan air melambangkan kekayaan dan kemewahan dan kedua-dua ini dimiliki oleh Dajal pada akhir zaman. Mengikut Human Development Rebort 1998, rakyat Eropah membelanjakan $11 bilion dolar Amerika untuk membeli aisknim, $17 bilion untuk membeli makanan binatang peliharaan seperti anjing, $50 bilion untuk rokok dan $105 bilion untuk arak. Rakyat Amerika pula membelanjakan $8 bilion untuk membeli alat-alat kosmetik. Bagi membantu negara-negara miskin, Barat mewujudkan beberapa institusi pada peringkat antarabangsa sebagai contoh. International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun bantuan yang mereka hulurkan sebenarnya bersyarat dan mempunyai agendanya yang tersendiri. Mengikut Michael Albert, dalam artikelnya yang bertajuk A Q&A On The WTO, IME World Bank, And Activism, “Institusi-institusi ini diwujudkan oleh golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan. Demi mengembangkan agenda mereka, WTO (World Trade Organisation), IMF dan Bank Dunia pun ditubuhkan. Melalui institusi-institusi ini mereka dapat:

• Memonopoli ekonomi dunia tanpa halangan
• Meningkatkan keuntungan antarabangsa tanpa halangan.

14- Nabi SAW bersabda; “Golongan terakhir yang akan mengikut Dajal adalah kaum wanita dan anak-anak luar nikah” (Dalam Kanzul Ummal jil. 7, hal. 2116, 2998). Pada akhir zaman wanita akan menjadi bebas dan pergaulan bebas akan menjadi-jadi dan hasilnya kelahiran ramai anak-anak luar nikah. Dalam majalah Women’s Own yang diterbitkan di London pada 15 Disember 1962 di halaman 18 disebutkan; “(Pengharaman zina oleh Bible) sebenarnya tidak dipedulikan oleh masyarakat pada hari ini dan langit tidak runtuh kerananya. Mereka yang mendapat tahu atau diberitahu mengenai suatu perlakuan zina biasanya tidak terkejut dengannya. Pendekatan yang dipegang pada zaman moden ini adalah, tidak wajar bagi manusia mempunyai seorang sahaja pasangan hidup untuk selama-lamanya.” Budaya seks bebas merosakkan sistem sosial masyarakat. Mengikut The Times London, bertarikh 29 Disember 1962, bagi setiap lapan orang bayi yang dilahirkan, seorang adalah anak luar nikah. Mengikut laporan Biro Bancian Amerika 1994 (US Census Bureau), bagi setiap lima orang wanita yang belum berkahwin, seorang akan melahirkan anak luar nikah. Ini bermakna 7% daripada remaja dan 40% daripada golongan wanita di tahap umur 30-an melahirkan anak luar nikah di Amerika. Kes-kes jenayah yang dilakukan oleh kaum wanita juga semakin meningkat. Mengikut Daily Telegraph London, bertarikh 16 September 1971, peningkatan kes jenayah ini ada perkaitannya dengan penyalahgunaan dadah dan perubahan peranan kaum wanita pada hari. Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada wabak sosial ini. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Kementerian Belia dan Sukan, melibatkan 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun mendapati, 28% daripada mereka terlibat dengan seks bebas dan 40% sering melihat video lucah. Berpandukan hadis-hadis ini, manifestasi Dajal tertonjol dalam tiga bentuk: sistem, kelompok manusia dan individu. Sistem Dajal yang wujud sekarang adalah berasaskan nilai yang salah. Nilai yang selama ini terpisah daripada petunjuk agama melahirkan sistem sekularisme dan liberalisme di sudut cara hidup, sistem kapitalisme berasaskan monopoli di sudut ekonomi dan sistem demokrasi putar belit di sudut politik.

Berhubung dengan kelompok manusia, Dajal adalah suatu golongan manusia yang amat maju di sudut teknologi dan kemajuan, ini menjadikan mereka kuasa besar yang ditakuti. Seperkara yang begitu signifikan ialah, Nabi SAW sering menggunakan kalimat al-Masih ad-Dajal ketika menceritakan mengenai Dajal. Gelaran al-Masih sebenannya pernah digunakan bagi insan selain danipada Dajal iaitu, nabi Isa. Justeru dapat dinumuskan, Dajal al-Masih pada akhir zaman ada perkaitannya dengan pengikut-pengikut nabi Isa al-Masih yang telah menukar ajaran baginda kepada konsep tnitunggal dan kesesatan lain yang tidak pernah diajar oleh baginda. Golongan Kristian secara umumnya berada di Barat dan dikenali sebagai ‘orang putih’. Pada hari ini negara-negara ‘orang putih’ adalah negara maju yang menguasai teknologi tinggi yang tidak ada tandingannya. Semua ini selari dengan sabda-sabda Nabi SAW berhubung dengan Dajal. Lebih daripada itu, Nabi SAW menyuruh umat Islam membaca sepuluh ayat yang pertama daripada surah al-Kahfi ketika berada pada era Dajal dan ayat keempat daripada surah itu menyentuh mengenai golongan Kristian. Allah berfirman; “(Dan al-Quran diturunkan) bagi mengingatkan mereka yang berkata; “Allah mengambil seoranganak.”

Walau bagaimanapun, tidak semua ‘orang putih’ yang beragama Kristian bersikap zalim dan kejam ke atas orang lain. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlaknya malah kadangkala mereka sanggup menegur perbuatan dan tindak tanduk rakan-rakan mereka yang zalim. Namun mereka tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sedangkan rakan-rakan mereka yang zalim mempunyai kuasa dan pengaruh. Melalui kuasa dan pengaruh inilah kerosakan mereka lakukan.
Dreamkiller
Ahli Berdaftar Ahli Berdaftar
 
Posts: 56
Joined: Mon Jun 14, 2004 9:44 pm
Location: Parit Raja, BP, Johor.

dajjal musuh umat islam akhir zaman

Postby saifullahal-maslul on Tue Aug 02, 2005 11:09 am
turunnye dajjal maka masa berlakunye kiamat amat hampir sekali...........
wahai umat2 islam bangun dr tidur mu yang lena..........
tidakkah anda takut akan bencana allah yang bakal menimpa umat akhir zaman dan merodak iman mereka sehingga mereka tidak lagi mengenal maha pencipta-NYA.

"HIDUP INI TIDAK BUKAN ADALAH UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH" :)
saifullahal-maslul
Ahli Ahli
 
Posts: 5
Joined: Fri Jul 29, 2005 11:00 am
Location: malaysia

Postby Tok Ledang on Tue Aug 02, 2005 6:25 pm
dikatakan nabi muhammad (s.a.w) pernah bersabda bahawa tidak ada seorang nabi pun sebelum aku yang tidak menceritakan perihal dajjal melainkan berpesan kepada umatnya
(lebih kurang macam tu lah petikannya)

ia bermaksud bahawa semua nabi-nabi yang terdahulu telah berpesan kepada umat-umatnya bahawa dajjal itu akan muncul (kalau benar dan saheh ler hadis tu) dan setiap orang yang beriman mesti mengenali dengan pasti ciri-ciri dajjal ini. demikian juga nabi muhammad tidak ketinggalan berpesan juga kepada umat-umatnya.

dikataka, fitnah dajjal yang paling mencabar sekali ialah menguji tahap iman seseorang itu dengan pilihan hidup atau mati. dajjal dikatakan akan mengaku dan mendakwa bahawa dia adalah Tuhan yang sebenar. (ingat, Tuhan sebenar tidak dapat dilihat dan Tuhan sebenar tidak buta mata sebelahnya dan didahinya atau diantara kedua matanya tertulis dengan jelas perkataan "kafir")

dajjal mempunyi syurga dan neraka ciptaannya sendiri
seperti mana syurga dan neraka ciptaan Allah.
barang siapa yang taat kepada dajjal, akan dimasukkan didalam syurganya
yang engkar akan disumbatkan kedalam nerakanya (neraka dajjal)

demikianlah allah hendak menguji keteguhan iman kita
diciptakan dajjal sebagai landasan ujian

sesungguhnya penghuni syurga dajjal adalah tetamu neraka allah
dan yang memilih neraka dajjal adalah penghuni syurga allah

wallahualam
Image
User avatar
Tok Ledang
Ahli Setia Ahli Setia
 
Posts: 932
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: JB mali...

Postby awang bin ali on Thu Aug 04, 2005 3:55 pm
Dia mengajak pada selain dari Allah swt...

Org2 yg briman akan dengar perkataan2 yg ada dalil2 AlQuran dan Hadis, dan dia juga faseh ngan AlQuran dan Hadis..cuma kesudahan ajakannya atau prcakapannya ialah ngajak manusia kepada selain dari Allah swt dan rasuNya..yakni pada makhluk, pada sesama manusia, pada dirinya, pada benda, dan sebagainya.

org2 briman tak layan pada mereka yg pakai kot dan tie, tapi beri perhatian pada mereka yg pakai jubah dan serban...jadi dia akan brpakaian cara yg meyakinkan org2 yg briman.

Pada sahabat ra , nabi saw brpesan agar lari darinya jika mendengar tentangnya, sembunyikan diri..jika ada yg hidup pada zaman dajjal tu..tulah gitu liciknya dan halus fitnah yg dibawanya..

Semoga Allah swt pelihara kita semua.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat Ahli Kehormat
 
Posts: 7521
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

No comments:

Post a Comment