Pages

Saturday, February 6, 2010

Anak paderi peluk islam

Anak paderi peluk islam

Assalamu'alaikum Arrasul datang dengan dengan satu tujuan, Mengajak semua manusia mengabdikan diri kepada Allah semata- mata. Mengajak kepada kebajikan yang paling besar , "MA 'RUF AL AKBAR", adalah mengajak kepada pengabdian dan ketaatan hanya kepada Allah. Melarang dari kemungkaran yang paling besar ,"MUNGKAR AL AKBAR", adalah melarang daripada mensyirikkan Allah dengan apa pun. Dalam menyampaikan misi ini Arrasul tidak pernah menepikan dakwah kepada bukan muslim, malah itulah kumpulan sasaran Baginda. Baginda sentiasa mencari hati-hati yang mahu menyambut dakwahnya di kalangan mereka orang-orang bukan Muslim.

Berapa puluh atau ratus kali baginda bertemu dengan abu jahal? Celik-celik Abu Bakar dengan Islam, dia sentiasa mencari-cari siapakah yang mahu didakwahkan hari ini. Begitu juga Saidina Omar dan sahabat-sahabat lainnya. Beginilah sehingga sampainya Islam kepada kita sekarang. Sasaran DAKWAH mereka adalah kepada BUKAN MUSLIM. Dalam masa yang sama ( secara serentak) mereka sentisa mendapat bimbingan dari Rasulullah untuk mengislahkan diri mereka. Jadi jika kita tengok kepada kedua-dua misi ini, DAKWAH dan ISLAH ia sentiasa jalan serentak. Sasaran Peng ISLAHAN mereka adalah untuk diri dan jamaah MUSLIM itu sendiri. Saya harap pembaca dapat memahami apa yang saya nak sampaikan. Kita kehilangan misi yang pertama dan juga tidak bersungguh dengan misi yang kedua, kalau adapun masih banyak yang perlu di tambah, kita jauh dengan pendidikan Al Quran, sepertimana yang dilakukan Baginda di rumah Arqam Bin Abi Arqam, dan di Institusi Masjid Nabawiyyah.

Saya ingin fokus kembali kepada misi pertama, Mengajak kepada kebaikan yang paling besar, iaitu ma'ruf yang Al Akbar, adalah mengajak manusia untuk mengesakan Allah, mengajak manusia menyembah hanya Allah. Ajakan dakwah ini berlaku dengan dakwah kepada yang belum beriman atau yang masih mensyirikkan Allah dengan yang lain. Inilah sebesar-besar dakwah selepas kita mendapat hidayah Allah s.n.t. Dalam itu juga terkandung melarang kepada mungkar Al Akbar. Jadi sasaran dakwah adalah kepada kumpulan BUKAN MUSLIM...! (Di samping itu saya tidak mengatakan bahawa peng ISLAHAN diri kita tidak penting, ia mesti jalan serentak ) Sasaran dakwah Rasulllah dan para sahabat adalah untuk menyampaikan mesage LAA ILA HA ILLALLAH , MUHAMMADAR RASULULLAH.

Adakah ini menjadi polisi hidup kita? Atau menjadi polisi komuniti, keluarga atau masyarakat setempat atau sesuatu kariah orang-orang Muslim.? Kita hanya memikirkan hal diri kita dan pengislahan komuniti orang Islam sahaja, lupakah kita bahawa jiran kita yang belum beriman, teman sekerja kita yang rapat masih belum kita ajak kepada kalimah yang paling mulia? Saya bertanya pada diri saya. Pernah tak saya berbincang dengan isteri atau anak-anak atau dengan kariah mesjid atau surau, tentang keimanan dan keselamatan jiran saya yang belum muslim di Akhirat nanti ? Atau keselamatan kita bila dia mengadu pada Allah bahawa kita tidak pernah mengajak atau tidak menyampaikan Islam kepadanya...!

Kita ambil satu contoh : Jika sekiranya seorang sahabat Rasulullah tinggal dikampung kita dan di sebelah rumahnya ada jirannya yang belum Islam. Agaknya berapa kali beliau akan berzairah, memberi hadiah dan berdoa untuk hidayah jiran nya itu, dalam rangka mengajak kepada beriman kepada Allah, mentauhidkan Allah, kerana itulah kebaikan yang paling besar, atau Ma'ruf Al Akbar. Jika Berdakwah dan Islah menjadi Misi hidup kita, sudah pasti kita juga akan mempersiapkan diri dgn pengetahuan dan pengalaman kearah itu. Bukanlah kita pergi membuta tuli, tanpa ilmu dan persiapan. Teknik, pengetahuan dan penggalaman perlu dicari, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Janganlah kita marah bila orang mula mengedarkan bible dalam bahasa Melayu, tapi tidak ada apa-apa tindakan kita untuk mencegah bible itu menipu dan meracuni anak-anak kita. Sedikit pengetahuan tentang bible bukan saja memudahkan kita mendekati, berdakwah kepada orang kristian, malah boleh menggelakkan diri dan anak-anak kita dari tipu daya mereka. Banyak kandungan bible yang bercanggah sesama sendiri, danbanyak juga yang salah secara saintifik dan realiti. Terdapat satu bahagian dalam bible yang terlalu lucah dan hina yang tak mampu kita baca bukan saja beramai-ramai malah walaupun bersaorangan. bahagian yang sama menceritakan tentang perlakuan sex pelacur dan.

Apatah lagi jika ada di kalangan kita yang berminat dan menguasai bible dengan baik. Inilah pelaburan dan senjata yang perlu ada dengan suasana sekarang. Banyak kandungan bible yang menyokong kedatangan Rasulullah s.a.w., kaedah beribadat dan kehidupan Nabi Isa a.h. yang banyak menyerupai kehidupan dan ibadah orang Muslim... fakta-fakta ini banyak membantu paderi-paderi memeluk Islam. Apabila ramai yang murtad, kita menyalahkan peruntukan undang-undang yang membenarkan mereka orang bukan Islam menyerang kita, menggugat hak kita. Atau menggatakan suasana sekarang yang banyak membantu menyerlahkan kemurtadan mereka... Saya tidak nafikan, sungguh sedih bila ada orang yang murtad. Tetapi gejala ini berlaku kerana kita meninggalkan tugas Dakwah dan Islah. Kita membiarkan mereka (orang bukan Islam) bukan saja dalam kegelapan malah mereka kini datang membawanya kepada kita untuk dikongsi. Salahkah mereka.... Wallahu 'alam...

Maaf jika ada yang tersalah. Wassala mu'alaikum w.w. "Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote: Sebelum manusia menamatkan riwayat mereka diatas dunia ini mereka akanmenzahirkan akidah mereka diatas bumi ini. Lepas tu mereka akan diadiliatas kepercayaan dan tindak tanduk mereka dan kemudian diberi ganjaranatau balasan terhadap apa yang mereka buat.Orang yang masuk Islam ni kebanyakkannya ialah orang yang ada/pernahmuhasabah diri tentang hala tuju hidup mereka. Orang yang keluar dariIslam ni kebanyakkannya adalah orang yang leka dan tidak ambil pedulitentang agama mereka dan tidak peduli untuk membandingkan antara akidah tauhid dan akidah syirik.Dgn kata lain, orang yang masuk Islam ni ialah orang yang ada kualitidan boleh menyumbang kepada Islam manakalah orang yang keluar dari Islamini tak ada kualiti dan tidak dapat menyumbang apa apa kepada Islam.Maka itu eloklah mereka zahirkan syirik mereka agar umat Islam lain tak tertipu dengan "keislaman" ahli murtad ini.

Yang menjadi isunya ialah apakah peranan pemerintah dalam menangani isumurtad ini dan apakah peranan kita sebagai umat Islam untuk menzahirkankeislaman kita. Jalannya sudah terang dan nyata, iaitu mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Sejauh mana kitamemainkan peranana kita?Jangan tanya orang lain, tapi tanya lah diri sendiri. Bagaimana keluarga kita. Bagaimana jiran-jiran kita. Bagaimana rakan-rakan kita. Bagaimana kaum kerabat kita.

seroja 25/08/2006 17:43:01

Anak paderi peluk Islam manakala anak-anak orang melayu yang beragama Islam masuk agama hindu dan agama kristian. Orang-orang kafir punbingungmacammana boleh jadi begini.teruna esso@yahoo.com wrote:---------- Forwarded message ----------From: Nurazlina Azmi Date: Aug 22, 2006 2:22 PMSubject: anak paderi peluk islam (mesti baca).

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis.Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wan g tunai sekitar RM50,000/=.

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolahdsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapakali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.

Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ka saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya:

Mengapa orang Islam sembah kaabah. Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,Kristian dan Islam adalah agama langit.

Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa kan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan> kawan kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

-Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
-Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
-Konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.

Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bender bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik sayamengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam danyang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, sayaterjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya danberkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........". Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan olehUstaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telahtahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkankeluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustazsebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.

Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerjadengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit overtime. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kinisaya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukankuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajardi PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Sayakatakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emakdan adik beradik.

Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita bahawa ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah. Saya terus menangis dan saya pejamkan mata. Saya bayangkan ayah dihadapan saya dan peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama. Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalansupaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu Islam pun baru setahun jagung." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, siapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketaraialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

[+/-] Read More...

[+/-] Read Less...
Anda mungkin juga meminati:
Percintaan dalam Islam
Ada apa pada AJL 24?
Konspirasi Duit 1 Dolar US
LinkWithin






Be the first to rate this [?]

No comments:

Post a Comment