Pages

Wednesday, January 27, 2010

Surat terbuka buat pemimpin Islam

Nisa Anwar
Saya tidak berhajat untuk menyebar atau menyebelahi sesiapa dalam isu-isu semasa yang sedang melanda negara. Hanya sekadar berkongsi pandangan yang mungkin dapat meredakan keadaan. Saya sebagai generasi pelapis malu dan sedih tentang perkembangan semasa yang melanda.

Adakah dengan menyebarkan cerita atau keluhan kepada media akan meleraikan masalah anda wahai YB Kulim? Adakah anda sedar tindakan itu membawa perpecahan sesama muslim?

YB Shah Alam, adakah anda pula sedar dengan kenyataan demi kenyataan yang anda keluarkan akan menambah masalah? Cukup sudah penerangan secara terbuka, yang penting penyatuan dan kekuatan.

Ini bukan isu politik perkauman seperti 'saudara' kita di seberang sana! Isu ALLAH ini seharusnya dirujuk kepada pimpinan tertinggi ISLAM. Oleh kerana itu biar saya cadangkan sesuatu kepada umum untuk renungan.

1. Rujuk Al Quran & As Sunnah, apa pandangan rasmi ISLAM tentang isu ini.

2. Jika masih gagal, gunakan pakar-pakar rujuk ISLAM. Prof Dr Yusuf Al Qardhawi misalnya. Beliau terkenal sebagai Ketua Ulama Sedunia.

3. Kuatkuasakan undang-undang sedia ada, sebarang penyalahgunaan atau penghinaan adalah dianggap sebagai kesalahan besar dan dihukum.

Mungkin cadangan saya ini dianggap sepi atau sebagai tidak berguna kerana umat ISLAM sekarang sudah lari dari matlamat asal penciptaan manusia. Kita juga sudah melupakan sistem KHALIFAH yang ISLAM pelopori suatu ketika dahulu.

Saya amat bersetuju dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mencadangkan Tuan Guru Nik Aziz untuk menjadi Mursyidul kepada PAKATAN RAKYAT. Saya yakin sekurang-kurangnya tidak akan berlaku lagi percakaran seperti YB Kulim & Shah Alam.

Sekiranya terdapat percanggahan seperti sekarang, TGNA ialah ketua yang akan menjadi hakim atau setidaknya setelah diperdengar semua hujah beliau akan membuat kata putus. Saya benar-benar mengharapkan ia menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Wahai pemimpin PR, bertindak segera. Jangan biarkan luka menjadi kudis, saya mungkin sudah sebati dengan situasi begini tetapi buat pengundi atau orang awam mereka mungkin tidak faham dan marah.

Kemenangan adalah suatu titik permulaan, segera selesaikan isu ini sebelum terlambat atau hilang kepercayaan. WE LOVE TOK GURU....

No comments:

Post a Comment