Pages

Wednesday, January 20, 2010

Sembang-sembang jumaat

Lu fikir-fikirkan lah

Qabath bin Asyyam Al-Laith (ra) menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Adapun orang yang mengerjakan solat bersama-sama dengan seorang menjadi imam lebih disukai Allah swt dari empat orang yang bersolat secara sendirian. Begitu juga empat orang yang mengerjakan solat secara berjemaah adalah lebih disukai Allah swt dari lapan orang yang bersolat secara bersendirian. Demikianlah juga lapan orang yang bersolat dengan berjemaah lebih disukai Allah swt dari seratus orang yang bersolat secara bersendirian"

Dalam sebuah hadis lagi adalah dikatakan

"Satu jemaah yang besar adalah lebih disukai Allah swt dari satu jemaah yang kecil"

Sebahagian orang memikirkan tidak salah diadakan satu jemaah kecil dirumah masing-masing atau di kedai-kedai sendiri. Ini tidak betul, sebab pertamanya mereka rugi mendapat pahala solat di masjid dan keduanya mereka rugi tidak mendapat berkat solat berjemaah.

Lebih besar perhimpunannya lebih disukai Allah. Apabila tujuan kita adalah semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah, maka mengapa tidak seharusnya kita malakukan sesuatu yang lebih disukaiNya.

Mengapa kita selalu memikirkan sesuatu yang terbaik kita lakukan untuk selain Allah tetapi kita berlebih kurang dengan Rab yang mencipta diri, memberi rezeki, kesihatan dan penglihatan kepada kita. dalam masa yang sama selain Allah itu belum tentu dapat memberi seperti mana Allah swt....

Dipetik dan diolah semula daripada kitab Fadhilat Solat..

No comments:

Post a Comment