Pages

Friday, January 29, 2010

Rumah urut bagai cacing kepanasan

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my



SEORANG petugas di sebuah pusat urut di Puchong sedang meneliti imej CCTV di dalam premis itu.

--------------------------------------------------------------------------------


PUCHONG - Para pengusaha pusat urut kini bagai cacing kepanasan apabila mereka terpaksa mengehadkan kehadiran gadis Tibet meskipun tiada operasi dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pusat urut di sini mendapati gadis-gadis Tibet itu kerap terhendap-hendap di sebalik tirai yang dipasang di dalam premis setiap kali melihat kedatangan pelanggan.

Mereka juga asyik bertanya pelbagai soalan kepada pelanggan baru yang belum pernah berkunjung ke pusat itu.

Malah, mereka dilihat tidak selesa dan sering memerhatikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sebagai langkah untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.

Wartawan Kosmo! difahamkan, pengusaha premis kini menukar strategi dengan menyembunyikan gadis Tibet di asrama dan akan menghubungi mereka apabila ada pelanggan datang.

No comments:

Post a Comment