Pages

Saturday, January 30, 2010

Roboh surau: Penduduk kesal pengerusi sendiri jadi dalang

Roboh surau: Penduduk kesal pengerusi sendiri jadi dalang

"jaga jaga" jagajagala@yahoo.com.my


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.


Perkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.


Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.


Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.


Tegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.
"Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, " kata Tahir.


Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut.


Menurut Tahir, alasan perobohan surau masih lagi kabur kerana setiap persoalan yang dikemukakan kepada AJK JKKK dalam mesyuarat sebelum perobohan itu masih tidak terjawab.
Tegasnya, pengerusi surau tersebut menyatakan kononnya Perbadanan Luar Bandar telah mengeluarkan perbelanjaan kepada persatuan penduduk untuk mendirikan Kemas sedangkan pengeluaran duit itu adalah untuk membaik pulih surau berkenaan.


Dalam lawatan tersebut, Dr Shafie berjanji akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang berlaku.


Surau yang berusia hampir 14 tahun senantiasa digunakan penduduk untuk solat berjemaah bagaimanapun ia didakwa diroboh sendiri oleh pengerusinya hampir sebulan yang lalu dan hari ini hanya tinggal sisa-sisa runtuhan. - mks.

No comments:

Post a Comment