Pages

Wednesday, January 20, 2010

Rancangan Jahat Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

Perang diantara orang Islam dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.
Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi. Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil).

Pada waktu malam, beliau bangun untuk solat Tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredaan Allah dan terselamat di akhirat nanti.Pada siang hari beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yg di milikinya adalah utk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara islam. Beliaulah yg membentangkan jalan kepada Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yg telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Beliau sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri -menterinya, sekali pun negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. pada suatu malam.Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang di pimpinnya dalam berjihad berhasil.

Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena dirinya. Menteri-menteri menyedari hal itu, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan.

Dalam mimpinya itu, baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah.Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukan dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda;"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!" Nurrudin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah sendiri telah bersabda; "Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku." Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu berhubung dengan peperangan.

Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tetapi mengapa kali ini beliau kelihatan sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu? Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir; "Ah..ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat islam."

Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu."Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhuk terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.

Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi.Dalam masa yang tidak seberapa lama sudah tiga kali beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan yang muram. "Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh aku simpan seorang sahaja." Kata Nurruddin di dalam hatinya.

Apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat akan sabda Rasulullah."Apabila seseorang bermimpi buruk, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa." Nuruddin berfikir sekejap, sanggupkah beliau menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia yang termulia.

Selepas solat subuh, Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin berhubung dengan mimpinya. Raja Nuruddin yakin, menterinya itu tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja.

Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, disana kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjungi titah. "Engkau adalanh orang yang paling kupercayai untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku ini kepadamu.Jamaluddin mendengar dengan serius. Dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita rajanya.

Kemudian Jamaluddin berkata." Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah." "Betul tu, aku pun merasa demikian." kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin."

Raja Nuruddin bertanya,"Jadi, agaknya apakah pendapat mu tentang mimpiku itu?" Jamaluddin menjawab."Menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk mengagalkan rancangan jahat itu."

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar.

Raja Nuruddin berkata:"Pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukan oleh Rasulullah itu?" Jamaluddin mengajukan usul: "Bagaimana kalau tuanku pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana tuanku dapat berdoa dimakam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah di sisi kubur kekasihnya. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku."

Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati. Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang di laluinya, beliau disambut mesra oleh rakyatnya.

Beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyat, begitu juga rakyat merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyat. Namun disebalik senyumannya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau, Tidak sesaat pun wajah kedua lelaki di dalam mimpinya itu hilang dari pandangan beliau.

Beliau juga dapat mengambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut, janggut bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka. Kalau kedua lelaki itu melintas dihadapan baginda sudah pasti akan di tangkapnya. Disebabkan beliau asyik memikirkan tentang kedua lelaki tersebut, kadang-kadang beliau terpisah dari rombongannya.

Beliau tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian, beliau mengembara di antara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa sebaliknya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.

Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan beliau sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu beliau: "Tuanku, sekejap lagi kita kan memasuki kota Rasulullah S.A.W., oleh itu bersiap sedialah Tuanku." Raja berkata:"Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?" Jamaluddin berkata: "Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba' dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah unutk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri."

Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba' rombongan raja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia itu lah jenazah Rasulullah S.A.W. bersemadi. Perasaan mereka yang berada dihadapan tempat jenazah baginda Rasulullah S.A.W. disemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah S.W.T. supaya rahsia disebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Detikkan hati Raja Nuruddin yang begitu kyusyuk dalam doanya menyebabkan air matanya mengalir tanpa disedarinya. Memang disinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah S.A.W. semakin jelas di mata raja Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan raja Nuruddin.

Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:" Kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini." Setelah baginda berdoa dengan penuh kyusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulai tempat bersemadinya Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memenggil gabenor Madinah dan berkata: "Beta mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka." Gabenor Madinah itu berkata:"Baik tuanku, segala titah tauanku akan patik laksanakan."

Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran kota Madinah. Setelah berita itu disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal.Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu.

Setelah Raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memendang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang menjadi buruannya tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah.

Raja Nuruddin berkata:"Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan beta? Cuba siasat sekali lagi." Kemudian para pengawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:"Betul tuanku, saya ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar tentang ketibaan baginda tuanku ke sini."

Raja Nuruddin berkata:"Di manakah mereka berada dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Raja Nayuddin semakin cepat tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata:"Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah.

Kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu orang miskin dan fakir." Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawai tersebut, dan beliau berkata:"Beta ingin sangat bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga."

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhuk, sementara mulut mereka tidak terhenti-henti berzikir kepada Allah S.W.T.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul di dalam mimpinya. Ternyata sekali beliau tidak bermimpi, beliau kini berada betul-betul dihadapan orang yang menjadi buruannya. Raja Nuruddin yakin bahawa itu lelaki yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikut kan hati, hendak sahaja dia bertanya:"Siapakah kamu berdua ini."

Raja Nuruddin bertambah hairan, ini adalah kerana mereka berdua itu begitu kyusyuk dan tawadhuk, gerak geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Dari segi rambut, serban mengikut sunnah Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur kata nya penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan hadis,tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari kedua orang itu? Apakah dosa yang dilakukan mereka? Raja Nuruddin serba salah kerana mereka berdua dikenali sebagai orang alim dikalangan penduduk dan sentiasa menunjukkan sifat yang penuh tasauf, beliau juga menghormati kealiman dan ketasaufan mereka.

Selepas majlis selesai, orang ramai pun bersurai. Raja Nuruddin masih tidak puas hati kerna teka-teki yang menghantui nya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfardan berzikir, kemudian beliau berdoa panjang, dalam doanya beliau meminta yang lebih jelas dari Allah S.A.W.

Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dan berkata:"Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" "Ya..sudah." "yang mana satu tuanku?" "Jemputan yang terakhir sekali, beta pasti itu lah orang yang ditunjukan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi ku."

Raja Nuruddin berkata:"Tetapi yang peliknya beta tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, akhlaknya gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya mengambarkan keperibadian Rasulullah S.A.W.

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata rajanya, maka dia pun berkata:" Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Boleh jadi mereka hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya. Padahal dia adalah musuh yang jahat.

Raja Nurudin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Raja Nuruddin berkata lagi:"Apakah yang harus kita lakukan?" Jamaluddin berkata:"Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit."

Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai di jemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin. Kedua orang yang disyaki juga di jemput sebagai tetamu kehormat.

Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja Nuruddun dan menterinya Jamaluddin. Gabenor Madinah di beri tugas menjayakan majlis tersebut. Kesemua bahagian di dalam rumah itu diperiksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak ada satu pun benda yang mencurigakan.Sebaliknya dalam rumah tersebut dipenuhi ayat-ayat Al-Quran yang digantung juga hadis nabi. Didalam almarinya dipenuhi dengan kitab-kitab agama, fekah dan tasauf.

Keadaan rumah itu mengambarkan seolah-olah pewaris nabi S.A.W. Hati kecil Raja Nuruddin bertanya dalam hati, apakah lagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah S.A.W. meminta pertolongan dariku supaya di bebaskan dari kedua lelaki itu? Setelah merasa puas menyelidik rumah tersebut, Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Apabila beliau hendak melangkahkan kaki, datang ilham yang membuat beliau teringin hendak melihat permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang dianggap cukup mahal itu. Raja Nuruddin tidak puas hati dengan melihat sahaja permaidani itu tetapi baginda ingin membelek-belek permaidani itu.

Sewaktu Raja Nuruddin membelek permaidani itu, beliau ternampak di bawah permaidani itu ada papan, Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu beliau mengangkat papan tersebut perlahan-lahan, ternyata dibawah papan itu terdapat sebuah terowong yang bertangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong itu, akhirnya beliau terkejut dan berkata:" MasyaAllah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah S.A.W.

Kemudian Raja Nuruddin mengarahkan supaya kedua lelaki itu di tangkap.Dengan terbongkarnya rahsia tersebut, yakinlah Raja Nuruddin terhadap makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah S.A.W Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun kedalam terowong yang sangat ajuh itu dan akhirnya mereka mendapati terowong itu sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian tentang terowong tersebut, orang ramai memukul kedua lelaki tersebut dan terus di bawa ke muka pengadilan.

Di mahkamah, keduanya menggaku sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak kepada mereka untuk mencuri jasad Rasulullah S.A.W. dari makamnya. Apabila jasad Rasulullah berada di tangan pihak Yahudi, maka mudahlah mereka merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.

Umat Islam di Madinah merasa tertipu dan akhirnya kedua mereka dijatuhi hukuman mati. Raja Nuruddin telah memerintahkan supaya keempat penjuru (sekeliling) makam Rasulullah di pagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W., kali ini Rasulullah S.A.W. merangkul dan memeluk beliau.

Sebelum Raja Nuruddin berangkat meninggalkan Madinah beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam mereka terhadap Islam akan berterusan.

Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan airmata oleh sekelian rakyat uang menyintainya.

Ketahuilah bahawa hari ini orang Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka telah berjaya melagakan umat Islam sesama sendiri.

Semoga kita segera bersatu untuk menegakkan kembali Islam yang Agung.

** SEKIAN WASSALAM..

No comments:

Post a Comment