Pages

Sunday, January 24, 2010

Rakyat AS makin prejudis terhadap Islam

► November (44)
Friday, January 22, 2010
Rakyat AS makin prejudis terhadap Islam
NEW YORK 21 Jan. - Rakyat Amerika Syarikat (AS) kini dua kali ganda lebih prejudis terhadap agama Islam berbanding agama Kristian, Yahudi atau Buddha, mengikut hasil tinjauan terbaru.

Hampir dua pertiga daripada rakyat Amerika berkata, mereka hanya mempunyai sedikit pengetahuan atau tidak ada pengetahuan langsung tentang Islam. Namun, majoriti mereka tidak menyukai agama ini.

Analisis yang dikeluarkan hari ini oleh Gallup World Religion Survey dan ia sebahagian daripada projek mencari jalan meningkatkan pemahaman rakyat Amerika terhadap Islam.

Kebanyakan penganalisis yang mengkaji fahaman pelampau turut menyatakan bahawa penganut Islam di AS merasa terasing daripada sempadan kemasyarakatan menentang integriti dan berpotensi menjadi lebih mudah terpengaruh dengan idea-idea radikal.

Dalam tinjauan itu, hanya separuh rakyat AS berkata, mereka tidak merasa prejudis terhadap Islam. Bagaimanapun, 43 peratus mengaku hanya mempunyai sekurang-kurangnya 'sedikit' prejudis terhadap Islam iaitu ketara tinggi daripada agama lain.

Kira-kira 18 peratus responden berkata, mereka mempunyai sedikit prejudis terhadap agama Kristian dan 15 peratus pula terhadap Yahudi serta 14 peratus ke atas Buddha.

Ditanya tentang pengetahuan berkenaan Islam, 63 peratus daripada rakyat AS memberitahu mempunyai pengetahuan 'yang amat sedikit' atau tidak ada langsung.

Majoriti responden percaya, kebanyakan penganut Islam mahukan keamanan tetapi masih terdapat 53 peratus rakyat AS berpendapat agama Islam 'tidak terlalu baik' atau 'tidak baik untuk semua', berbanding 25 peratus rakyat AS yang menyatakan mereka mempunyai gambaran buruk terhadap Yahudi dan tujuh peratus berpendapat mempunyai 'sedikit' atau 'banyak' prejudis ke atas Yahudi.

Secara peribadinya, mengetahui tentang Islam tidak mempunyai kaitan dengan kerendahan tahap prejudis, walaupun tidak mengetahui agama ini berhadapan dengan tahap berat sebelah yang besar. - AP

No comments:

Post a Comment