Pages

Thursday, January 28, 2010

Raja Munirah Raja Iskandar, di Penjara Jepun


Raja Munirah Raja Iskandar, di Penjara Jepun
Posted on Januari 20, 2008 by miester


Raja Munirah Raja Iskandar (22), pelajar Malaysia telah di hadapkan di Mahkamah Tinggi Tokyo kelmarin untuk membicarakan kes rayuan atas pertuduhan menyeludup dadah jenis Syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Munirah dengan pakaian seba hitam di bawa oleh anggota polis ke mahkamah dengan tangan bergari, jelas Mika seorang warga Jepun yang telah lama bermastautin di Malaysia.


Kes perbicaraan Raja Munirah mendapat liputan yang meluas di Jepun. Munirah di tahan di Pusat Tahanan Kosuge, Tokyo untuk menghadapi perbicaraan kes percubaan untuk menyeludup masuk 690gram dadah jenis Syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita tahun lalu yang membawa hukuman penjarakan selama 7 tahun 6 bulan. Rayuan beliau telah ditolak oleh mahkamah yang mana perbicaraan rayuan tersebut telah di kendalikan oleh Nishiguchi, salah seorang peguam disana sementara Raja Munirah di wakili oleh Rosal Azimin Ahmad yang mana menegaskan bahawa Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara keatas Raja Munirah sebanyak 100 hari.

Ini bermakna, hukuman yang bakal memanti Raja Munirah ialah 7 tahun 3 bulan, Mahkamah mempertikaikan lapuran forensik siber yang di kemukakan peguam, termasuk data sms antara Raja Munirah dengan seorang lelaki Iran bernama Milad yang mana di sabitkan sebagai penganiya terhadap Raja Munirah. Kerraguan Mahkamah terhadap lapuran forensik yang lemah akan di failkan semula dan di hantar ke Mahkamah Agung di Tokyo didalam tempoh 10 hari.

Raja Munirah masih mempunyai peluang, kerana Mahkamah Agung biasanya membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap prosedur dan isu undang-undang yang mana mengambilkira bukti-bukti lama dan baru.

No comments:

Post a Comment