Pages

Wednesday, January 20, 2010

PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' ( Dato' Dr. Haron Din al-Hafiz)

Assalaammu’alaikom.



PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-22 SESSI 2009/2010 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2009



TARIKH TEMUDUGA: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN



Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;



1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun dari alamat di akhir muka surat ini atau dari attachment file.



2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.



3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.



4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.





5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.



6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.



7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.



8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.



9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.



10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan buatlah permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.



11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.



12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, bayaran buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian tanpa kecuali. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM100.00.



13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.



Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.



Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-22, Sessi 2009/2010 (Iss1.0)



15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)

No comments:

Post a Comment