Pages

Wednesday, January 20, 2010

(penawarku) untuk dikongsi bersama

Semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor.
Sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz.
lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru.
tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor.

Kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..
sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?'
Nazir menjawab..'takde ustaz..kenapa? '
'Kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...'
Kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..?
Ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

Ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia .
Semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2..
Mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai..
Kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
Ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing..

Maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat.
Tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

Mungkin ramai yang tak tahu tentang ini..sekadar berkongsi.

No comments:

Post a Comment