Pages

Monday, January 25, 2010

Pekak, bisa mampu tunai ibadat

2010/01/24 SAYA ada ibu saudara yang bisu serta pekak. Ibu saudara lain mengatakan ibu saudara saya ini tidak perlu berpuasa, bersolat dan ibadat wajib yang lain serta mengatakan orang OKU seperti ini adalah ahli syurga.

SAYA ada ibu saudara yang bisu serta pekak. Ibu saudara lain mengatakan ibu saudara saya ini tidak perlu berpuasa, bersolat dan ibadat wajib yang lain serta mengatakan orang OKU seperti ini adalah ahli syurga. Bagaimanapun, saya dapati ibu saudara saya bukan cacat akal serta masih seperti orang normal lain kecuali bercakap dan mendengar. Mohon penjelasan atas perkara ini kerana mengikut pengamatan saya dalam masyarakat yang mempunyai keluarga OKU ramai yang berpendapat begini.


Mereka mengabaikan asuhan agama kepada anak-anak OKU kerana berpendapat mereka memang sudah ahli syurga. Mohon penjelasan Datuk. CHE MAT
Kota Bharu
Orang yang bisu dan pekak masih boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Tidak mustahil bagi mereka untuk belajar selama mana mereka masih berakal. Mereka masih boleh belajar tuntutan agama seperti solat melalui bahasa isyarat. Melalui kaedah yang ada hari ini orang bisu dan pekak boleh berkomunikasi sesama sendiri bahkan berkahwin dan menjalani hidup seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai nafsu sama seperti orang lain cuma tidak dapat mendengar dan berbicara sahaja.


Kecacatan pekak dan bisu tidak menghilangkan taklif dan kewajipan. Akal mereka masih waras dan selama mana mereka waras, mereka mempunyai tanggungjawab seperti orang lain. Soal siapa akan menjadi ahli syurga bukan kita yang menentukannya. Hanya amalan dan rahmat Allah saja dapat menempatkan manusia itu di syurga atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment