Pages

Monday, January 25, 2010

Lemas ketika mahu ikut bapa menjala

2010/01/25 BERA: Saya tidak sangka tindakan arwah yang bersungguh-sungguh untuk mengikut pergi menjala petanda yang kami sekeluarga akan kehilangannya buat selama-lamanya, demikian kata Khanudin Abdul Manan, 49, bapa kepada mangsa lemas, Mohd Khalil Khanudin, 23, dalam kejadian di Sungai Batu Bor, Kuala Bera, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dari Kampung Kening, Maran, dikatakan mengekori bapanya dari belakang sambil memegang jaring berjalan di tepi sungai berkenaan sebelum tergelincir ke dalam sungai.

Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila memalingkan kepalanya ke belakang dan mendapati anak kedua daripada tujuh beradik itu hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Mayat mangsa kemudian ditemui terapung kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian pada jam 11.15 pagi semalam.


Khanudin berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh sebelum kejadian itu tetapi begitu bersungguh-sungguh mengikutnya pergi menjala ikan bungkus di sungai itu.

Katanya, mereka berdua sering menjala di kawasan itu, namun pada hari kejadian, arwah begitu teruja untuk pergi menjala.

Saya yang tidak menyangka tindakan itu adalah permintaan terakhirnya.


Walaupun sedih, saya syukur kerana mayatnya ditemui dan dapat dikebumikan dengan sempurna biarpun meninggal dunia dengan cara demikian, katanya.

No comments:

Post a Comment