Pages

Wednesday, January 20, 2010

KiSah aNak deRHaka

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku lebih empat puluh tahun yang lalu. Diharap kisah ini akan membuka mata dan minda kita supaya tidak menjadi salah seorang daripada mereka yang menderhaka kepada ibu dan bapa.

Ada seorang teruna yang gemar berjudi. Setiap kali berjudi, pasti dia akan menempa kekalahan besar. Sudah beribu-ribu wangnya habis di meja judi. Tetapi semangatnya tidak pernah luntur. Dia masih tegar dengan hobinya itu.

Namun begitu, lelaki itu bukanlah dari golongan yang kaya-raya. Wang yang digunakan untuk berjudi itu adalah duit ibunya yang berniaga kuih. Ayahnya pula sudah meninggal dunia. Manakala lelaki yang gemar berjudi itu pula tidak bekerja.

Pada suatu hari, lelaki itu dengan barannya memanggil-manggil nama si ibu untuk meminta wang. Tetapi tiada sahutan daripada ibunya. Lelaki itu bertambah berang. Apatah lagi dia sudah terlambat untuk bertemu teman-teman seperjudiannya.

Lelaki itu bergegas masuk ke dalam bilik ibunya dan ternampak wanita itu sedang bersolat. Dia terus mengherdik si ibu yang sedang bersolat itu dan meminta wang. Si ibu pula sedang khusyuk bersolat dan tidak mengendahkan permintaan si anak.

Tanpa secebis pun belas kasihan, si anak menendang dan memukul ibu malang itu berkali-kali sehingga wanita itu lembik dan akhirnya meninggal dunia. Si anak derhaka itu terus menggeledah almari untuk mencari wang yang disimpan oleh si ibu.

Sebaik sahaja melangkah ke luar rumah, lelaki itu tiba-tiba menjadi tidak keruan. Dia melondehkan seluruh pakaiannya dan mula bercakap seorang diri. Sehingga kini, lelaki itu masih merayau-rayau di kawasan sekitar dan kerap mengganggu orang awam setiap kali ‘anginnya’ datang.

Oleh itu, jadikan kisah ini sebagai teladan. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar, tetapi setiap orang pasti pernah menyakiti hati dan perasaan orang tua secara sengaja ataupun tidak. Selalulah meminta ampun daripada mereka dan hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini

No comments:

Post a Comment