Pages

Saturday, January 23, 2010

Kepandaian dan kebijaksanaan

ekursus
Salam perkongsian kepada semua yang mengunjungi halaman ni. Saya doakan semuanya berada di dalam lindunganNYA dan kita masih kuat dan tabah untuk berjuang bagi sebuah kehidupan. Kehidupan adalah satu misi dan bukan satu kerjaya

Kadangkala kepandaian tidak menjanjikan apa-apa faedah dari sudut kewangan. Ini kerana ramai yang lulus cemerlang dalam bidang akademik namun akhirnya hanya berkerja sebagai pekerja biasa dan tiada apa yang cemerlang mengenai mereka setelah mereka menamatkan pengajian. Mungkin kita masih ingat apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang berkebolehan untuk membaca seawal umur 4 tahun. Begitu juga dengan budak yang dianggap genius matematik. Apakah kesudahan cerita mereka ?

Mereka yang bijaksana pula tidak semestinya pandai, akan tetapi mereka boleh menggunakan kepandaian dan kepakaran orang lain untuk mengaut keuntungan dan ia dinamakan sebagai bijaksana. Bill Gates umpamanya, bukanlah seorang yang pandai. Namun dia merupakan seorang yang bijak. Dia menggunakan kebijaksamaannya untuk membentuk empayar perniagaan komputer yang berjaya bertapak ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan kepandaian orang lain.

Kepandaian dan kebijaksanaan ini tidak kan menghasilkan apa-apa melainkan dengan adanya kegigihan. Kemalasan pula hanya akan membawa kepada kegagalan dan kemusnahan. Mereka yang rajin dan gigh berusaha saban hari tanpa jemu akan mendapatkan pulangan yang baik.

Mengimbau cerita Kolonel Sander yang telah mencuba resipi ayamnya berkali-kali sebelum mendapat resipi Kentucky Fried Chicken. Begitu juga dengan Thomas Edison yang telah beberapa kali mencuba dengan pelbagai jenis elemen sebelum akhirnya dapat mencipta lampu berfilamen. Kegigihan tanpa kenal putus asa, sikap inilah yang patut kita teladani.

Umumnya penerapan nilai bermula dengan pengisian. Sentiasa jadikan pencarian ilmu itu sebagai usaha yang berterusan sepanjang hayat kerana terlalu banyak maklumat dan ilmu yang berada diluar sana yang boleh kita cekup dan gunakan untuk menjayakan kehidupan ini. Jika kita mahu sesuatu pengisian itu diserapkan dalam diri dan menjadi nilai, prinsip dan pegangan diri maka kita haruslah memegang prinsip tersebut dan melakukan sesuatu perubahan. Setiap pengisian andai dihayati dan diterapkan ke dalam diri akan menjadi prinsip diri yang bakal dipegang sepanjang kehidupan..

Jangka masa hidup kita sebenarnya terlalu pendek untuk kita mengetahui semua ilmu dan maklumat yang ada di muka bumi ini…maka jalan pintasnya adalah dengan mengadakan
perkongsian seumpama ini……melalui laman ini .kita boleh belajar kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh orang-orang yang berjaya untuk kita mencapai kejayaan.

Pada masa yang sama kita jangan pula menjadi seperti ‘ Jack of all trades but master of none’ maksudnya kita tahu banyak perkara tapi kita tidak mampu untuk menjadi seorang yang pakar dalam apa-apa bidang sekalipun . Dalam apa jua lapangan yang kita ceburi kita perlu mencari pengetahuan mengenainya dan menjadi yang terbaik. Kata-kata yang sama turut dilontarkan oleh Donald Trump raja hartanah dan hos program realiti terkenal. Baginya untuk menjamin kejayaan setiap individu perlu menguasai bidang yang diceburi melebihi orang lain.

Tidak kira apa jua bidang yang diceburi, ilmu pengetahuan, pengalaman, penyelidikan dan sebagainya pasti akan dapat membantu. Apa yang penting ialah untuk kita bersikap terbuka bagi menerima apa jua pengisian yang datang dan dari mana pun, malah dari siapa pun serta apa jua latar belakang mereka. Orang yang merasakan diri sudah pandai umpama gelas yang penuh,maka tiadalah lagi ilmu yang mampu merka cakupi. Kita sebenarnya memerlukan pengisian dalam apa jua bentuk sekalipun baik akademik, kemahiran, agama, politik, sukan dan sebagainya kerana ia pasti akan memudahkan kehidupan dan menjadikan kita orang yang mudah bergaul dengan ramai orang kerana kita mampu dan boleh berbicara tentang apa jua aspek kehidupan.

Sejarah manusia bebas tidak pernah ditulis secara sengaja tetapi atas pilihan-pilihan mereka bak kata si otak “ akulah organ yang paling cerdik didalam badan” si hati pula berkata “ siapa yang memberitahu engkau ?”. Gerak hati akan memberitahu akal yang berfikir untuk melihat kemana selepas itu

Seperti biasa sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini. Jangkauan apa yang kita boleh fikirkan dan lakukan dihadkan oleh apa yang kita gagal untuk sedari. Oleh kerana kita gagal untuk menyedarinya tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk berubah sehinggalah kita menyedari bahawa kegagalan untuk menyedari mencorakkan pemikiran-pemikiran dan perbuatan-perbuatan kita.

Salam Hormat

- Ima Harlina -

No comments:

Post a Comment