Pages

Saturday, January 30, 2010

Keliru diantara royalti dan wang ihsan


Keliru diantara royalti dan wang ihsan


Oleh wohgomok




Apabila di siarkan didalam media-media arus perdana yang menyatakan Menteri Besar Trengganu menuntut semula bayaran royalti minyak yang ditarik balik (= dirampas) oleh kerjaan pusat semasa pemerintahan PAS dahulu maka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun berkata, “Pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat kepada Trengganu yang menggantikan royalti minyak telah membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu”. Apabila membaca berita-berita itu maka Wohgomok jadi keliru tentang apakah perbezaannya diantara royalti dan wang ihsan. Wohgomok bukanlah “Tak Reti Bahasa”, tetapi kurang arif sangat tentang perbezaan istilah-istilah bahasa moden ni. Namun Wohgomok bernasib baik kerana ada seorang kawan yang terlibat langsung dalam industri seni tanah air temasuk dalam hal-hal menerbitkan album. Lalu Wohgomok bertanya pada beliau apakah perbezaannya diantara royalti dan wang ihsan. Beliau menjawab dengan selamba mengikut bidang yang diceburinya, katanya, royalti itu ialah sejumlah bayaran yang wajib di bayar kepada seseorang pencipta lagu, penulis lirik atau penyanyi mengikut jumlah jualan album yang dihasilkan dari usaha dan bakat yang dianugrahkan Allah kepada mereka, sedangkan wang ihsan ialah seperti yang kita bagi kat penyanyi-penyanyi dan pemuzik-pemuzik tepi jalan yang mencari rezeki atas ihsan orang yang lalu lalang disitu.
Dengan berpandukan penjelasan kawan Wohgomok tadi maka dapatlah Wohgomok menterjemahkan semula apa yang tuntut oleh Menteri Besar (MB) Trengganu dan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia didalam berita-berita tersebut. Rupa-rupanya MB Trengganu menuntut hak yang sebenar-benarnya memang hak rakyat negeri Trengganu, kerana sumber minyak yang sentiasa naik dan masih menunggu masa yang sesuai untuk di naikkan lagi itu adalah barasal dari anugerah Allah kepada rakyat Trengganu. Memang betullah kalau MB Trengganu masih menggunakan istilah royalti pun. Tetapi mengapa pula PM masih mempertahankan istilah wang ihsan, sedangkan ihsan yang sebenarnya telah pun dianugerahkan oleh Allah kepada rakyat Trengganu. Mungkin juga pada fikiran PM bahawa rakyat Trengganu adalah sama dengan penyanyi dan pemuzik tepi jalan, macam yang kawan Wohgomok terangkan tadi. Boleh jadi juga PM sekarang dan PM yang dahulu mempunyai fikiran yang sama dengan menganggap bahawa ihsan yang diberikan Allah itu bukanlah untuk rakyat Trengganu, tetapi untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan keturunan-keturunannya. Sebab itulah royalti 5% yang dibayar kepada kerajaan negeri Trengganu dahulu ditarik balik pada tahun 2000 setelah negeri itu di perintah oleh kerajaan PAS. Mungkin kerana itulah juga PM sekarang masih tidak mahu memulangkan semula ihsan yang dianugerahkan Allah kepada rakyat Trengganu itu dalam istilah royalti.

Apabila memikirkan tentang kerjaan PAS yang memerintah dahulu dan kerjaan Barisan Nasional yang memerintah Trengganu sekarang Wohgomok terkeliru sekali lagi. Jika benarlah PM sekarang juga menganggap ihsan yang telah dianugerahkan Allah kepada rakyat Trengganu itu adalah untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan keturunan-keturunannya, tetapi mengapa pula beliau enggan menyerahkan semula ihsan anugerah Allah itu kepada kerajaan negeri Trengganu yang juga sekarang ini diterajui oleh pemimpin dari keturunan UMNO. Apakah PM sekarang menganggap bahawa pemimpin UMNO yang memerintah Trengganu diwaktu ini bukanlah dari keturunan UMNO yang seibu-sebapa.

Wohgomok keliru….keliru dan keliru. Sekarang ini tak tahu lagi nak pikir macam mana, maka “Lu Pikir lah Sendiri” (Sorry Nabil Raja Lawak kerana meminjam sekejap trade mark kamu).

No comments:

Post a Comment