Pages

Friday, January 22, 2010

Hasnah, Pelajar Melayu Murtad Di USA- Rakaman Ucapan & Photograph

Dah almost 20 tahun dia tinggal kat US dan convert to Kristian.. Dah kawin
mat saleh, dah tukar personaliti, rambut pun dah tukar colour , semuanya
dah jadi macam orang Yahudi.. cuma yang masih tinggal cuma namanya saja.
tak tahulah kenape dia nak kekal yang ini..

Dengar pengakuan dan kebanggaannya yang tak terhingga kerana tinggalkan
Islam dan convert Kristian. Siap kutuk lagi...

BACA, DENGAR DAN MENANGISLAHH... NAA UZUBILLAH...

nama pelajar : HASNAH
asal : malaysia
keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang alkoholik
melajutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
mengapa keluar islam? : KESUSAHAN & KEPERITAN HIDUP MASA LAMPAU YANG
DILALUINYA.... adakah ini satu alasan yg rasional?

KALAU KORANG NAK TAU, DENGARKAN RAKAMAN AUDIO YG DI ATTACHKAN...

NAuzubillahminzalik!
Tak tahulah nak salahkan sesiapa... Kubur sendiri-sendiri.. bila dah
mati, jawablah sendiri... Sebelum anda mendengar audio ini, marilah kita
mengucap dan beristirgfah. Ia nya amat mengerunkan... Semoga Tuhan
menjauhkan kita, keluarga kita serta keturunan kita daripada murtad!
Na'uzubillahminzalik!

Turn up your speaker volume to hear what this woman speaks about.
Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal
dari malaysia bernama Hasnah di USA . Petikan audio ni kawan saya email
kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. Saya
terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah
berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman
dan iktibar. Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam
Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah
saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa
dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran
Allah saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga
akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian.
Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.

Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat
dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya
sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah
tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.
Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar. Hasnah
menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah
tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apa pun, alasan yg
diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya, apa
yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika
hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya
bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah
berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap
hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya.

Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali, bukan itu yg
Hasnah nampak. Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita,
mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya
rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi.
Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula
mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan
memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya?
Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa
yangpenting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan
bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan
untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku
terhadap Hasnah. Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara
Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada
terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam unutk memesongkan kita.
Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak
kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg
menegur.Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat
dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.

Wassalam,

No comments:

Post a Comment