Pages

Wednesday, January 20, 2010

Doa Pelindung

Assalamu'alaikum sahabat semua

Doa pelindung. Moga ia menjadi amalan kita seharian. Dan satu perkara penting yang perlu diperingatkan disini adalah, doa itu hanya sekadar doa. Ia tidak dapat memberi manfaat dan memudaratkan kita malah hanya Allah sahaja yang dapat memberikan segala-galanya. Oleh itu, mintalah pada-Nya dengan membaca doa ini. Letakkanlah sepenuh harapan pada Allah SWT.

Cantik sungguh pesanan orang bijaksana terdahulu dengan kata mereka, "Jikalau doamu dimakbulkan Allah, maka itu tandanya Allah mengasihanimu. Dan jika doamu lambat dimakbulkanNya maka ketahuilah bahawa Allah sengaja menguji kesabaranmu. Akan tetapi, jika doamu tidak dimakbulkan oleh-Nya, maka percayalah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buatmu."

Doa Pelindung Diri


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلَيْمُ



Maksudnya: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana dan Ia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui" (dibaca: 3X) Hadis Hasan Shahih.

Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang, tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.”


Cara mengamalkannya.

Dibaca 2 kali (sebaik-baiknya selepas subuh dan selepas asar)

Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat-Nya. Ameen.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.




Thanks & regards


YUSRI DAHLAN
AU PE-PQA 1
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tel: 604 3836555
Fax: 604 3980633
Email: Yusri.Dahlan@ap.sony.com

No comments:

Post a Comment