Pages

Friday, January 29, 2010

diganggu ‘lembaga’ misteri

diganggu ‘lembaga’ misteri
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Bermulut celupar ketika bercuti di negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan kini hidup dalam kebimbangan berikutan diganggu ‘lembaga’ misteri yang sering merasuknya sejak lebih dua minggu lalu.

Lebih menghairankan apabila ‘lembaga’ itu meminta mangsa mencari isteri dan anak lelakinya yang dikatakan menghilangkan diri di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Teow Hsium Choon, 36, mendakwa peristiwa hitam berkenaan bermula ketika dia dan lima rakannya pergi bercuti di Kemboja dan menginap di sebuah hotel di negara itu pada 12 Mac lalu.

Menurutnya, ketika berurut, seorang tukang urut wanita menanyakannya lokasi penginapan dan aras termasuk nombor bilik hotel.

“Selepas menjawab, wanita itu terkejut dan memaklumkan bilik terbabit berhantu.


“Saya dan beberapa rakan bagaimanapun ketawa kerana tidak mempercayai perkara itu dan menganggapnya karut,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Teow yang menetap di Kedah berkata, ketika minum bersama rakan keesokan harinya, dia tiba-tiba tidak selesa dan merasakan ‘sesuatu’ memasuki tubuhnya.

“Saya kemudian dikatakan mengamuk dan suara bertukar menjadi garau seperti makhluk halus sehingga menyebabkan beberapa rakan terpaksa memegang saya selama beberapa jam.

“Mereka memaklumkan ‘lelaki’ itu meminta supaya mencari isterinya dikenali sebagai Chong Sim Choon dan anak lelaki, Chow Kon Loi berusia 37 tahun yang berada di Malaysia sebagai pembalasan dan hukuman kerana bermulut celupar,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan yang bimbang dengan keadaan itu mengambil keputusan pulang ke tanah air.

“Firasat saya yang menjangkakan tidak akan diganggu ‘lelaki’ itu meleset apabila dirasuk semula Jumaat lalu dan mengingatkan supaya tidak melupakan permintaannya sebelum ini,” katanya.

Dakwa Teoh, dia kini buntu memikirkan nasib dialaminya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-kedua ahli keluarga ‘lelaki’ itu supaya menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA di talian 03-21615678 untuk tindakan lanjut.

1 comment:

  1. Fantaѕtiс beаt ! I ωould likе to appгentісe even as you аmend
    your wеb sitе, how can i subscribе foг a
    blog site? The account helρeԁ me а acсeptable ԁeаl.
    I wеre tiny bit acquaіnted оf this yоur broaԁcaѕt pгοviԁed viνid сlеar concept
    my webpage: payday loans

    ReplyDelete