Pages

Thursday, January 21, 2010

Dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan IBLIS

Sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Very interesting

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Iblis, “Berapa banyak keperluanmu yang pernah kamu minta kepada Tuhan?”

Iblis menjawab, “Aku meminta 10 jenis keperluan iaitu:

Aku meminta supaya dapat bergabung dengan anak cucu Adam dalam kekayaan dan anak-anak mereka. Setiap harta tidak mereka zakatkan, maka aku ikut memakannya. Aku juga turut memakan harta riba, harta yang haram dan harta yang tidak dimintakan perlindungan Allah.
Aku ikut bersetubuh dengan orang-orang yang bersetubuh dengan tidak diminta perlindungan Allah. Kemudian apabila seorang anak dilahirkan hasil daripada hubungan itu, anak itu lebih mendengar perintahku dah lebih taat kepadaku berbanding Allah.
Aku menemani orang yang naik kenderaan bagi mencari harta yang tidak halal.
Aku meminta rumah, maka kamar mandi adalah rumahku.
Aku meminta masjid, maka pasar adalah masjidku.
Aku meminta Quran, maka syair-syair adalah Quranku.
Aku meminta azan, maka suara trompet adalah azanku.
Aku meminta tempat tidur, maka orang- orang mabuk adalah tempat tidurku.
Aku meminta teman yang menolongku, maka kelompok Qadariyah adalah teman penolongku.
Aku meminta sahabat karib, maka orang yang menginfakkan hartanya dalam kemaksiatan adalah sahabatku.

No comments:

Post a Comment