Pages
▼
Saturday, January 23, 2010
Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi
Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi
November 2nd, 2009 · 59 Comments · Rancangan Rahsia Dajjal
oleh Ibnuyaacob
hitachi_illuminati
Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?
Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentang gerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.
Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.
Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.
Hitachi dan Cip bersaiz Habuk
Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi. Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.
Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripada penciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.
Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.
IBM dan VeriChip Corporation
Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.
Tracking System untuk Imam Mahdi
Penumpuan utama teknologi ini kami percaya adalah kesinambungan dari kegagalan berganda pihak Illuminati menghapuskan fobia mereka terhadap ‘Imam Mahdi’ yang bakal memimpin tentera-tenteranya. Mereka sedar, Allah tidak semudah itu untuk membiarkan mereka mengenal pasti Imam Mahdi. Tetapi di dalam kesedaran mereka itu tersemat juga sedikit ‘harapan palsu’ yang sengaja diterapkan oleh Dajjal dalam usaha mencari Imam Mahdi.
Penemuan teknologi ini, kami melihat sebagai usaha tersembunyi pihak Illuminati untuk mencari Imam Mahdi yang sentiasa menjadi harapan umat Islam sejak 1000 tahun dahulu.
Adalah tidak munasabah untuk pihak Illuminati yang sudah pun menghancurkan peribadi Muslim dan kekayaan mereka di seluruh dunia bagi membina satu teknologi yang bakal diserap dalam Mind-Control Project.
Teknologi ini membuktikan betapa gentarnya pihak Illuminati terhadap janji-janji Allah yang memberi amaran kepada mereka akan hebatnya pasukan-pasukan Panji Hitam yang bakal dipimpin Imam Mahdi. Teknologi ini juga membuktikan bahawa Illuminati ‘kehabisan idea’ bagaimana Imam Mahdi akan ditabalkan sebagai pemimpin, bagaimana munculnya tentera-tentera Panji Hitam, sejauh mana majunya teknologi tentera-tentera pimpinan Imam Mahdi itu.
Kesimpulan
Tetapi kami amat yakin bahawasanya penemuan-penemuan teknologi pihak Illuminati sesungguhnya tidak akan melampaui apa yang telah dijanjikan Allah walaupun teknologi-teknologi mereka kelihatan amat jauh kehadapan meninggalkan umat Islam.
Sesungguhnya jua Allah telah menjanjikan ‘had’ yang nyata ke atas usaha-usaha mereka itu melalui firmannya dalam Surah al-Hajj, ayat 73;
“Wahai umat manusia, inilah diberi satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru da nsembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
nanotechfly
(Gambar) Replika robot lalat yang cuba diusahakan oleh saintis-saintis Amerika. Projek ini didedahkan dalam artikel New York Times bertarikh 21 Mei 2008.
Wallahu’alam …
ShareThis
Tags: dajjal·imam mahdi·nanochip·panji hitam
59 responses so far ↓
*
1 Guess // Nov 2, 2009 at 2:17 pm
Hmm… Sungguh, terlalu bnyk konspirasi yg diwujudkn olh Dajjal dan ank2 buahnya… Persoalannya skrg, bagaimanakah ummat Islam menghadapi segala macam konspirasi sebegini? Adkh hanya menunggu kemunculan Imam Mahdi baru ummat Islam akn bertindak? Dan, adkh ummat Islam di seluruh dunia mengetahui akn konspirasi(rancangan sulit) ini?
*
2 Bagus Cerita Kau // Nov 2, 2009 at 6:01 pm
Gila babi betul dajal selipar ni. Selipar pun tidak gila macam babi sekor ni.
Heran botol macam mana durang buat biskut cip ni? Adakah melalui proses pengeringan ataupun salai?
Sebab benda ni kecil, hati-hatilah kamu tidak dijadikan tikus makmal dajal corporation. Jangan suka-suka melencong je ke negara omputeh tu. Apa juga yg ada di sana tu?
*
3 zy // Nov 2, 2009 at 6:01 pm
Fitnah Dajjal hanya boleh kita mengesan dari 4 pekara iaitu ilmu,amal,dakwah dan doa..sebab pada masa kini pun umat Islam sendiri dlam keaadan goyah..macam mana kita nak tangkis fitnah itu selain 4 pekara sya sebutkan td…renugkanlah…WAALAHUALAM
*
4 me // Nov 3, 2009 at 4:54 am
kamonla. jaga sket adab bahasa tu. pendek kata mencaci org dgn kata2 buruk, berbalik sendiri pada si pencaci.
bahasa melambangkn peribadi, melambangkn setakat mana level akal kamu.
*
5 AMNM // Nov 3, 2009 at 9:45 am
Warning!
Maklumat terbaru saya pernah terima, nanobot ini sudah pasti akan di letakkan di dalam vaksin H1N1 terbaru, keluaran monopoli Big Pharma…yg sememangnya dimiliki oleh proxy2 Dajjal….
Program vaksinasi besar2an adalah untuk mengurangkan penduduk dunia dan memberi akses ke dalam fisiologi seseorang manusia…termasuk MIND CONTROL!
Sila kaji hubung kait nya dengan program semburan chemtrail menggunakan pesawat udara (Ya! hari2 boleh nampak di atas KL) dan Bluebeam projek (umpama sebuah pancaran imej projektor amat besar di langit serta audio di dalam kepala anda!)
Amat dahsyat sekali perancangan mereka…
Mereka sudah pasti gagal mencari Imam Mahdi kerana ia dijaga oleh Wali2 Allah, Jin Muslim dan Malaikat! (Jundullah belaka)
*
6 Muhd Ikhwan // Nov 3, 2009 at 4:55 pm
x psl2 jepun jd mangsa, (HITACHilluminati)
*
7 hearthief // Nov 4, 2009 at 4:55 am
aku berlindung dengan ALLAH
watashi waaaa….haik!
dan dan kokoro hikareteku sono mabushi iegao ni……hatena ira mi….(dbgt)
pd pandangan sy yg tk seberapa mgkin,sy rs Mahdi a.s and his army nnti berpegang ngan teknologi yg diorg ade..yakni teknologi zikir..motherboard teknologi tu semestinyer LAAILAAHAILLALLAAH..of course larh kn..yg lain2 part teknologi tu……………lu pikir la sendiri..asemekom!(pale hotak die asemekom)
salam,
*
8 hearthief // Nov 4, 2009 at 10:40 am
aku berlindung dengan ALLAH
pndgn aku,coldplay-viva la vida….konspirasi…
dajjal?menang grammy award….. “but that was when i ruled the world”
*
9 iwan darus // Nov 4, 2009 at 1:47 pm
thanks,walau camner pun bersedialh kita untuk berjihad demi islam tercinta..
*
10 mfr // Nov 4, 2009 at 11:27 pm
“Tetapi di dalam kesedaran mereka itu tersemat juga sedikit ‘harapan palsu’ yang sengaja diterapkan oleh Dajjal dalam usaha mencari Imam Mahdi.”-ibnuyaacob
aneh. tiada seorang ulama pun yang membawa teori bahawa dajjal berusaha mencari imam mahdi.
ini teori karut lagi mengarut SEKIRANYA tak dibuktikan bahawa Dajjal berusaha mencari Imam Mahdi ada dalam mana-mana dalil dan nas juga tulisan para ulama.
Juga perihal Illuminati ini , tahukah kalian siapakah yang menjaja nama Illuminati dan memusuhinya?
Jawapannya puak Katolik Kristian. Freemason dan Illuminati dan teori permusuhan itu semuanya dikeluarkan oleh puak-puak kristian dalam pertempuran krisis doktrin kristian yang banyak dipersoal.
Teori-teori konspirasi so called dajjal dengan segala macam perkaitan secret sociaty, freemason dan illuminati yang ada dalam makalah-makalah so called islamik hanya adaptasi pertempuran-pertempuran idea konspirasi yang ditimbulkan sejak zaman krisis doktrin gereja katolik lagi.
adaptasi ini sangat memualkan dan bolehlah dimuntahkan apabila segala macam yang berlaku dalam dunia dikaitkan dengan “konspirasi”.
Padahal kita semua maklum, sebelum kedatangan dajjal dan sejak Adam diutus ke dunia lagi, Syaitan Iblis sudah lama berjanji akan merencanakan tipu muslihat untuk memperdaya manusia. Jadi apa hairan jika semua kebatilan di dunia ini seakan-akan bergerak dalam satu “konspirasi” kerana bukankah musuh yang nyata bagi manusia adalah Syaitan?
HitachIlluminati satu lagi teori kelakar yang dikeluarkan ibnuyaacob yang obses dan telah tertipu dengan perangai anti-illuminati dalam dunia kristian yang diadaptasi semula oleh penulis-penulis kontemporari moden. dulu ibnuyaacob keluarkan teori dajjal scan muka manusia untuk jejak imam mahdi.
wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment