Pages

Friday, January 29, 2010

15,000 tunjuk perasaan di Jakarta

DUNIA

15,000 tunjuk perasaan di Jakarta


SEJUMLAH aktivis dan pelajar menjerit pelbagai slogan antirasuah semasa mereka berarak ke Istana Presiden di Jakarta semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JAKARTA - Ribuan rakyat Indonesia berhimpun di beberapa kawasan bandar utama di Indonesia semalam untuk mendesak pihak pemerintah di negara itu meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Demonstrasi itu dilakukan bagi meraikan 100 hari pertama pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkhidmat untuk penggal kedua.

Susilo dipuji masyarakat antarabangsa kerana mengambil tindakan bagi memerangi gejala rasuah yang telah berakar umbi pada tahun pertama penggal kedua pemerintahannya.

Namun usaha memerangi rasuah itu terjejas disebabkan sikap sekumpulan pegawai penguatkuasa undang-undang berpakat dengan peguam kanan pemerintah untuk memerangkap pegawai-pegawai tertinggi agensi antirasuah dengan mengemukakan tuduhan palsu.

Tunjuk perasaan itu diadakan dalam suasana aman walaupun sembilan penunjuk perasaan ditangkap selepas bergelut dengan anggota-anggota polis di Pulau Jawa, Sulawesi dan Sumatera.

Jurucakap polis, Kolonel Boy Rafli Ahmad berkata, seramai 15,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang diadakan di Jakarta. - AP

No comments:

Post a Comment