Pages

Wednesday, January 20, 2010

10 Wasiat Imam Hassan

Renungan bersama:

1. Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun kedaan saudara.

2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.

3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4. Jangan saudara perbanyakkan al-jadal (perdebatan) dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6. Saudara jangan bergurau; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penuaiannya.

No comments:

Post a Comment