Pages

Saturday, July 13, 2013

Imaginasi perisik di Muzium Jerman


Imaginasi perisik di Muzium Jerman
Sebuah kamera kecil turut dimasukkan ke dalam buku replika yang pernah digunakan oleh ejen Perisikan Persekutuan Amerika Syarikat (CIA).
Imaginasi perisik di Muzium Jerman
Seekor burung merpati tiruan dipakaikan dengan set kamera kecil yang pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama.
Imaginasi perisik di Muzium Jerman
Sebuah kamera kecil diselitkan disebalik buah ceri di dalam segelas minuman beralkohol bagi tujuan risikan khas.
BURUNG merpati, kamera tersembunyi, pistol penanda dan peranti kecil amat sinonim dengan watak ejen perisik rahsia yang ditayangkan menerusi filem aksi seperti James Bond dan Mission Impossible.

Bermula minggu ini, Muzium Jerman di Oberhausen, mengambil pendekatan itu dengan mempamerkan peralatan para perisik tulen di seluruh dunia bertajuk Top Secret.

Pameran menampilkan burung merpati tiruan dilengkapi kamera kecil pada dadanya dan ia pernah digunakan oleh Jabatan Perisikan Jerman sewaktu melakukan tinjauan udara sepanjang Perang Dua Pertama.

Satu lagi alat yang mungkin membuka mata pengunjung adalah mikrofon kecil disembunyikan di dalam buah ceri tiruan dan diletakkan di dalam segelas minuman beralkohol.

Muzium itu turut mempamerkan set pistol kecil yang digunakan untuk menandakan suspek dan objek bagi membolehkan si perisik mengesan mereka. Ia pernah digunakan oleh agen Perisikan Persekutuan Jerman, dipetik dari laporan MailOnline.

"Bermula Perang Dunia Pertama sehingga isu pembakaran pada abad ke-21, Top Secret mendedahkan sisi stereotaip dan gambaran sebenar dunia perisikan pada suatu masa dahulu," menurut laman web muzium. 

Friday, July 12, 2013

SAUDI, UAE DAN KUWAIT BANTU MESIR LEPAS RAMPASAN KUASA



Hanya dalam tempoh dua hari bermula Selasa dan hari ini Rabu, Mesir telah dijanjikan oleh tiga buah negara Arab bantuan bagi menjana ekonomi negara itu, seminggu selepas berlaku rampasan kuasa.

Negara-negara berkenaan iaitu Saudi, UAE dan Kuwait yang kesemuanya berjumlah USD 12 billion, bantuan kewangan yang terbesar pernah diterima oleh Mesir dalam sejarah negara itu.
Saudi dan UAE telah menjanjikan sumbangan kewangan berjumlah USD 8 billion.

SESUATU YANG PELIK BAGI UMAT ISLAM. SAUDI, UAE DAN KUWAIT SANGAT MEMALUKAN

Thursday, July 11, 2013

Gempa bumi lemah landa Sumatera Utara



KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara di Indonesia pada 3.16 petang ini.
 
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di 35km barat laut dari Padang Sidempuan, Indonesia dan 284km barat daya dari Klang, Selangor.  
 
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Sementara itu, Editor Bernama TV D. Arul Rajoo berkata gegaran itu turut dirasainya ketika berada di tingkat tiga bangunan Wisma Bernama di sini kira-kira 3.20 petang.

"Saya rasa gegaran itu berlaku kira-kira lima saat dan ia berlaku dengan pantas dan rakan yang berada berdekatan saya turut merasai gegaran itu," katanya.

Sementara itu wartawan penyiaran Bernama TV Johari Abdul Rahman turut merasai gegaran itu.

"Ketika itu, saya sedang bekerja...saya nampak kerusi di sebelah bergoyang serta air dalam botol di atas meja saya berkocak," katanya.

Seorang lagi wartawan penyiaran saluran berita itu, Mazizul Dani berkata lapan petugas turut merasai gegaran itu.

"Kami rasa terkejut melihat barang-barang di atas meja bergegar dan terus saling berpandangan. Gegaran itu hanya berlaku sekali," katanya. - Bernama

Monday, July 8, 2013

Dilanda 'perang burung camar'


Seorang wanita menjerit ketakutan selepas menjadi mangsa burung camar ketika lalu di kawasan South Shields dan Belfast, London, kelmarin. - AGENSI
LONDON 7 Julai - Beberapa kawasan di Britain kini dilanda ‘perang burung camar’ apabila burung-burung tersebut bertindak ‘menyerang’ orang ramai bagi mendapatkan makanan.
Mereka yang menjadi mangsa dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, termasuk kanak-kanak yang mengalami luka di mulut dan anjing kecil yang mati akibat diserang burung-burung tersebut.
Beberapa kawasan di South Shields dan Belfast terpaksa mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran serangan burung-burung tersebut.
Di Perranporth, Cornwall, perkhidmatan menghantar surat oleh Royal Mail dihentikan di kawasan pantai selepas beberapa posmen diserang.
Seorang wanita di Fleetwood, Lesley McLaughlin, 69, terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas cedera di kepala akibat ‘diserang’ burung berkenaan.
Burung-burung berkenaan yang bergerak secara berkumpulan dilaporkan selalunya bertumpu di kedai makanan segera, kelab malam dan restoran untuk ‘merampas’ makanan daripada pengunjung.
‘Serangan’ burung tersebut yang paling teruk dilaporkan berlaku di Bank Street, Cornwall menyebabkan jalan raya itu digelar ‘Lorong Burung Camar’. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_06/Dilanda-perang-burung-camar#ixzz2YRuQ2p1D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 terperangkap atas pokok

Foto
HARIMAU Sumatera.
Banda Aceh: Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera.
Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.

Polis berkata, lima harimau masih berada di bawah pokok itu selepas mengejar lelaki berkenaan Khamis lalu.
Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.

Konflik antara manusia dengan haiwan semakin menjadi-jadi di Indonesia. Tetapi, dalam kebanyakan kes, ia berakhir dengan padah menimpa haiwan terbabit.

Ketua Polis Tamiang, Dicky Sondani berkata, selain mencari gaharu, lelaki berkenaan turut memasang perangkap untuk menangkap rusa tetapi secara tidak sengaja memerangkap anak harimau berkenaan.

Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain - Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin - menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.

Menurutnya, 30 orang terdiri daripada polis dan tentera sudah melancarkan gerakan menyelamat mangsa kelmarin selepas dia dan tiga anggotanya terpaksa berpatah balik setelah melihat harimau itu.
Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum berhasil.

Anggota penyelamat mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tiba di kawasan terbabit. Lebih buruk lagi, mereka juga terpaksa berdepan dengan harimau dan binatang liar lain, termasuk gajah.

Harimau Sumatera adalah harimau paling kecil di dunia. Hanya 400 hingga 500 ekor dipercayai masih hidup.

“Jika harimau itu masih berada di bawah pokok, kami mungkin terpaksa menembak mereka, paling tidak dengan ubat pelali, untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa,” kata Dicky. - Agensi

Setem purba bernilai RM2.8 juta dilelong

SETEM ini dikatakan hanya dicetak sebanyak 32 keping sahaja pada zaman dinasti Qing. Ia akan dilelong di Hong Kong pada hari ini (Isnin).- AFP


HONG KONG - Sekeping setem yang jarang ditemui di China akan dijual pada harga HK$6.9 juta (RM2.8 juta) oleh firma lelongan Interasia Auctions.
Firma Interasia Auction dalam satu kenyataan media berkata, setem itu dikatakan telah dicetak sebanyak 32 keping sahaja pada zaman dinasti Qing.
Setem Red Revenue Small One Dollar 1897 itu merupakan antara setem yang jarang diterbitkan di China.
Setem berwarna merah terang itu dilihat sebagai simbol nasib baik dan bertuah dalam budaya masyarakat China.
Ia jarang ditemui kerana terdapat beberapa ciri pada setem itu seperti logo perkhidmatan pos Dinasti Qing bentuk satu dolar yang disifatkan terlalu kecil dan melambangkan ciri-ciri mesin percetakan versi kedua.
Jelas Interasia Auction lagi, setem tersebut merupakan sebahagian besar barangan yang akan dilelong sepanjang tiga hari membabitkan setem China, Hong Kong dan Asia yang akan berakhir hari ini.
Jumlah keseluruhan lelongan dianggarkan bernilai HK$71.9 juta (RM29.55 juta). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2YQO5VVZV 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, July 7, 2013

Basikal mesra alam serba guna


Basikal mesra alam serba guna
Basikal mesra alam serba guna
Generator basikal ini akan terus menyimpan tenaga menerusi kayuhan pedal.
SEBUAH basikal mesra alam didakwa boleh digunakan sebagai pengecas pelbagai alat elektronik termasuk iPhone dan kamera.

Basikal terapung hasil ciptaan bersama Michael Strain, Ramerio Diaz dan Brandon Hartley di bawah nama Dezien itu menggunakan port bas bersiri semesta (USB) yang dipasang pada hendal dan kayuhan pedal dikatakan turut menghasilkan tenaga.

Rangka berbentuk segi tiga itu dihasilkan daripada bahan berkualiti yang biasanya digunakan untuk permukaan di dapur. 

Menurut laporan media DailyMail, ia dilengkapi monitor skrin sentuh yang akan memaparkan jumlah tenaga elektrik dan kadar denyutan jantung si penunggang.

Jurucakap Dezien berpusat di Texas memberitahu projek itu menekankan konsep berbasikal sambil menghasilkan tenaga yang bersih, sihat dan mapan.

Menurutnya, basikal tersebut juga mempunyai kemudahan WiFi yang boleh digunakan untuk mengakses internet.

Taman tema penerbangan Emirates dibuka di London

IMEJ menunjukkan kepala dek pemanduan pesawat Airbus A380.


LONDON - Sebuah taman tema penerbangan Emirates dibuka secara rasmi di sini kelmarin oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson dan Presiden syarikat penerbangan Emirates Airline, Tim Clark, lapor sebuah akhbar semalam.
Taman tema yang menelan belanja sebanyak AS$4 juta (RM12.7 juta) itu akan membawa pengunjung mengalami perjalanan dunia penerbangan yang penuh interaktif.
Ia merupakan satu-satunya taman tema seumpamanya di Britain yang turut memuatkan empat buah simulator pesawat komersial di bawah satu bumbung. Antaranya pesawat Airbus A380 dan dua pesawat Boeing 777.
Tarikan lain yang terdapat di taman tema tersebut ialah hologram 3D sebuah mesin mekanisme dalaman pesawat, sebuah video dinding HD dan sebuah dek penerbangan A380 sebenar.
Tim Clark berkata, taman tema The Emirates Aviation Experience itu bertujuan meraikan perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan oleh syarikatnya.
"Ia merupakan satu sumber pengetahuan yang menakjubkan sehingga kini.
"Ilmu itu itu ialah mengenai bagaimana sesebuah pesawat berfungsi secara fizikal, macam mana ia terbang dan yang lebih penting bagaimana ia mendarat," kata Tim Clark. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2YJ5Qy2FN 
Hakcipta terpelihara 

Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing

KEWUJUDAN ET akan dipantau melalui teleskop radio oleh para saintis yang terlibat mengesan makhluk asing atau planet baharu.


PARIS - Beberapa ahli astronomi Britain telah menubuhkan satu rangkaian pakar untuk meningkatkan usaha risikan bagi mengesan makhluk asing, kata Persatuan Astronomi Diraja (RAS) kelmarin.
Menurut pertubuhan itu, kumpulan perintis tersebut terdiri daripada beberapa orang ahli akademik daripada 11 buah institusi di Britain.
Kumpulan tersebut akan meneliti data yang diperoleh daripada teleskop radio dan bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengesan sebarang isyarat daripada tamadun lain dan kemudian mentafsirkan maklumat berkenaan.
Kumpulan itu dikenali sebagai Rangkaian Penyelidikan SETI United Kingdom (UKSRN). Salah seorang yang terlibat dalam kumpulan itu ialah ahli astronomi diraja, Sir Martin Rees iaitu bekas Presiden Royal Society yang kini bertindak sebagai penaung kumpulan penyelidik itu.
Satu kenyataan akhbar dipetik berkata, UKSRN membentangkan gerak kerja mereka pada persidangan tahunan RAS di Edinburgh kelmarin.
Sebelum ini, ahli astronomi di Institut SETI di Amerika Syarikat (AS) telah mencari tanda-tanda kehidupan di luar sistem suria sejak tahun 1984.
Sehingga kini tiada sebarang isyarat dikesan. Namun minat terhadap usaha bagi mengesan makhluk asing masih kekal kukuh.
Keadaan itu didorong oleh penemuan beberapa buah planet baharu yang terletak jauh mengelilingi sistem suria. Planet itu dikesan ketika usaha pengawasan makhluk asing dilakukan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2YJ5CtHtu 
Hakcipta terpelihara 

5 lagi mayat ditemui


Blang Mancung (Aceh): Pasukan penyelamat menemui lima lagi mayat mangsa gempa bumi, menjadikan jumlah kematian akibat bencana itu yang melanda Selasa lalu kepada 35.

Jurucakap pasukan penyelamat tentera, Andra Pahlevi berkata, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditarik keluar dari runtuhan tanah di Kampung Serempa, Aceh Tengah.


Dalam pada itu, empat mayat budak lelaki ditemui di satu lagi lokasi berhampiran Kampung Bah.

Gempa bumi 6,1 magnitud itu memusnahkan lebih 4,300 kediaman dan bangunan, mencederakan 275 orang dan menyebabkan 6,500 penduduk hilang tempat tinggal.

Sementara itu, sebahagian besar penduduk di kawasan terpencil masih belum mendapat bantuan.
“Kerosakan teruk di beberapa kawasan jumlah mangsa yang tinggi menyebabkan kami berdepan dengan kesukaran untuk mengagihkan bantuan.

“Tambahan pula, bantuan adalah terhad,” kata Setiausaha Pengurusan Bencana Aceh Tengah, Masrizal Edy.

Ketua Polis daerah, Artanto berkata, mangsa yang belum menerima bantuan itu ialah di Aceh Tengah dan Bener Meriah, yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

“Kejadian tanah runtuh dan kerosakan harta benda menyebabkan beberapa kawasan sukar dijejaki,” katanya. - AP

Pemuda 810kg tunggu kren angkut ke hospital



Riyadh: Seorang pemuda Saudi yang seberat kira-kira 810 kilogram terkurung di rumah keluarganya sejak lima bulan lalu, menanti untuk dibawa ke hospital. Bagaimanapun, pegawai kesihatan berkata, katil dan kren khas yang dipesan daripada Amerika Syarikat belum tiba.

Khaled Mohsen Shaeri menghidap obesiti melampau kerana masalah kesihatan yang menyebabkan berat badannya meningkat mendadak sepanjang dua tahun lalu.


Awal tahun ini, Raja Abdullah mengarahkan langkah segera untuk merawat Khaled di Hospital Al Malik di Riyadh tetapi pegawai berkata, mereka tidak dapat mengeluarkan dia dari rumah keluarganya di Jazan, selatan negara itu.



Unit pertahanan awam mengunjungi rumah itu beberapa bulan lalu dan merancang merobohkan sebahagian kediaman itu. Bagaimanapun, rancangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana ketiadaan kelengkapan perubatan yang sesuai untuk membawanya.


“Pegawai perubatan berkata, mereka memesan katil khas dan kren untuk membawanya ke hospital. Tetapi, setakat ini, hanya kren yang sudah tiba dan kami masih menanti katil berkenaan. “Keadaannya makin teruk. Seorang pegawai perubatan melawatnya baru-baru ini dan menyifatkan keadaan Khaled sebagai ganjil dan tidak pernah berdepan dengan kes seumpama itu,” kata Nassir Makeen, anggota keluarga Shaeri. - AP

Saturday, July 6, 2013

Lagi gempa bumi landa Sumatera

JAKARTA 6 Julai - Gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter melanda kepulauan Sumatera hari ini, selepas beberapa hari gempa bumi kuat melanda Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan selepas gempa itu berlaku pada kedalaman 23 kilometer dari barat daya pulau Sumatera.
Pegawai Agensi Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik, Suharjono berkata, gempa yang baharu itu tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan ancaman tsunami. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_08/Lagi-gempa-bumi-landa-Sumatera#ixzz2YH29HBvx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terbaru, Mesir Dari Sumber Tentera.. AS Akan Menyesal?


Mesir,Info 6 Perkara.
1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

(KedahLanie/Sumber: Jurucakap Tentera)


Satu-satunya pemimpin dunia islam yang hafiz al-quran

Tahanan dipaksa makan di bulan Ramadan


Tahanan dipaksa makan di bulan Ramadan
Tahanan Guantanamo yang mogok lapar akan dipaksa makan pada bulan Ramadan.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT - Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.

Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.

"Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan," jelasnya lagi.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.

Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. 

Musnahnya terowong Gaza



Musnahnya terowong Gaza
Terowong Gaza digunakan untuk membawa masuk keperluan dari Mesir ke Gaza.
Infografik Terowong Gaza
Infografik Terowong Gaza
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun


Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun
Mujamaie bersama isterinya, Muna.
SAMMARA - IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.

Pai terbesar dunia dihasilkan di Florida

SEORANG pegawai sedang mengukur diameter pai yang dimasak di Florida semalam.


KEY WEST, Florida - Satu acara sambutan festival citarasa makanan berperisa limau di sini telah dimulakan dengan percubaan pihak penganjur untuk menghasilkan sebiji pai perisa limau terbesar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Pai yang dimasak semasa pelancaran acara Festival Key Lime itu berukuran lebih dari 2.4 meter lebar dan seberat 453.6 kilogram.
Pai itu dikatakan telah dimasak oleh tiga orang chef.
Senarai ramuan untuk memasak juadah gergasi itu membabitkan jus daripada 5,760 biji limau purut, 250 liter susu pekat manis dan 90.7 kilogram biskut lemak.
Penghasilan pai gergasi itu akan didaftarkan dalam Guinness Book of World Records sebagai pai berperisa limau terbesar dunia.
Hasil kajian yang dilakukan mendapati kuih tart dan pai berperisa limau purut berasal daripada Key West sekitar tahun 1800.
Justeru, dewan perundangan negeri tersebut telah mencipta pai berperisa limau sebagai pai rasmi Florida pada 2006.
Festival itu berlanjutan sehingga hari Sabtu (hari ini) dengan pertandingan memakan pai dan pertandingan ratu cantik 'Miss Key Lime'. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2YF1aaMPO 
Hakcipta terpelihara 

Tanduk badak sumbu bernilai RM3.19b akan dijual

SEORANG pegawai Kastam sedang memeriksa tanduk badak sumbu yang dirampas di Johannesburg kelmarin.


JOHANNESBURG - Afrika Selatan bercadang mahu menjual sejumlah tanduk badak sumbu bernilai AS$1 bilion (RM3.19 bilion) yang dirampas untuk membiayai usaha konservasi dan menangani kebanjiran tanduk badak sumbu di pasaran gelap, lapor MSN News kelmarin.
Justeru, Afrika Selatan sedang berusaha memohon kebenaran untuk melakukan cadangan tersebut agar ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, kumpulan konservasi alam sekitar berasa bimbang bahawa tindakan tersebut akan mencetuskan peningkatan permintaan yang mendadak dalam pasaran gelap di beberapa pasaran utama seperti Vietnam.
Peningkatan pasaran terjadi kerana tanduk tersebut sangat dikehendaki untuk kegunaan dalam perubatan tradisional.
Menteri Alam Sekitar Afrika Selatan, Edna Molewa menyatakan bahawa Afrika Selatan akan mendapatkan kebenaran untuk melakukan jualan tersebut pada mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), 2016.
"Afrika Selatan tidak boleh terus dijadikan mangsa terbusan oleh beberapa sindiket yang tidak bertanggungjawab menyembelih badak sumbu kami," katanya.
Afrika Selatan merupakan rumah kepada lebih daripada 20,000 badak sumbu. Namun jumlah tersebut dijangka berkurangan sebanyak 800 ekor pada tahun ini kerana aktiviti pemburuan haram.
Sebanyak 73 peratus jumlah badak sumbu dunia ada di Afrika Selatan.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2YF16rfNZ 
Hakcipta terpelihara 

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta


SEBAHAGIAN daripada set makanan Maharaja Patalia yang dilelong di London kelmarin.


LONDON - Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.
Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.
Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.
Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.
Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.
Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.
"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.
"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2YEzyQFvL 
Hakcipta terpelihara