Pages

Thursday, July 30, 2015

97 Rangka Manusia Berusia 5,000 Tahun Ditemui di Timur Laut China


Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:08 PM
Kawasan tapak 97 rangka manusia ditemui yang dipercayai berusia lebih 5,000 tahun di Timur Laut China.

BEIJING: Para pengkaji sejarah telah menemui 97 rangka manusia yang disumbatkan ke dalam sebuah tapak bekas rumah kediaman kecil yang berusia 5,000 tahun di Timur Laut China.
Ia adalah tapak perkampungan pra-sejarah - era di mana tulisan masih belum dicipta lagi.
Rangka-rangka manusia yang ditemui itu termasuklah rangka kanak-kanak, remaja, pertengahan umur - kesemuanya disumbatkan ke dalam sebuah rumah kecil yang berkeluasan  20 kaki persegi.
Kesemua rangka manusia yang ditemui itu tidak ditanam sebaliknya hanya dibiarkan bertimbun di dalam rumah berkenaan.
Para pakar berkata, berdasarkan pemerhatian, mayat-mayat yang diletakkan di tapak rumah berkenaan adalah mangsa kepada satu malapetaka atau wabak yang membunuh.
Kawasan berkenaan yang kini dikenali dengan nama 'Hamin Mangha,' berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun iaitu era tulisan masih belum digunakan sebagai satu bentuk komunikasi.
Ia adalah kawasan petempatan yang kecil dan mereka yang mendiaminya bercucuk tanam dan memburu untuk kehidupan seharian.
Turut ditemui di kawasan perkampungan itu ialah tembikar, alat mengisar, panah dan anak panah - sekaligus menjelaskan tentang aktiviti seharian para penghuninya.
"Hamin Mangha adalah kawasan pra-sejarah yang paling besar dan masih elok terpelihara di kawasan Timur Laut China," jelas pasukan arkeologi di dalam terbitan terbaru makalah Chinese Archaeology.
Mereka melaporkan, rangka-rangka yang ditemui di kawasan itu masih dalam keadaan baik dan lengkap sekaligus memudahkan kajian.
Selepas 5,000 tahun ia dibiarkan begitu dan kini ditemui dalam keadaan yang sama, para ahli antropologi dari Universiti Jilin cuba menentukan apakah sebenarnya yang terjadi kepada manusia purba ini.
Dan mereka membuat rumusan, manusia yang ditemui dalam rumah itu adalah mangsa satu malapetaka yang berlaku 5,000 tahun yang lalu dan mereka kemudiannya disumbatkan ke dalam rumah kecil itu tanpa ditanam.
Jumlah kematian yang berlaku terlalu pantas sehingga penduduk kampung berkenaan tidak sempat untuk menanam lalu hanya melonggokkan mayat-mayat tersebut di dalam rumah berkenaan.
Oleh kerana ia adalah satu ancaman wabak maka mayat-mayat itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh oleh mereka yang masih hidup selepas itu.

Tukang kasut boleh ingat beratus nombor telefon

Tukang kasut boleh ingat beratus nombor telefon
Ramzi sedang membaiki kasut seorang pelanggan di gerai miliknya di Pekan Penanti
PENANTI - Seorang tukang kasut di sini, tidak menyangka tragedi kemalangan yang menimpanya pada 25 Januari 2013 mengubah hidupnya yang dapat mengingati beratus nombor telefon tanpa melihat senarainya.

Ramzi Ramli, 52, berkata, dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal itu, kepalanya serta beberapa anggota badan lain cedera.

"Selepas menerima rawatan di hospital, kepala saya terpaksa dijahit. Pada awalnya, saya mengalami kesukaran untuk berkata-kata dan dengan bantuan daripada isteri saya dapat pulih.

“Namun apa yang memeranjatkan, selang beberapa minggu selepas itu saya dapat mengingati beberapa nombor telefon tanpa melihat senarai kenalan yang ada di telefon bimbit saya. Mulanya saya agak pelik dengan perubahan ini, namun selepas berjumpa doktor, saya
disahkan normal,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, akibat keistimewaan yang dimilikinya itu ada juga pihak yang beranggapan dia menuntut ilmu yang menyalahi tuntutan agama.

"Di sini saya mahu tegaskan bahawa saya tidak tuntut apa-apa ilmu, memang kalau orang tengok kali pertama orang akan pelik, namun bagi sahabat yang mengenali saya, sememangnya ini diri saya yang sebenar.

“Bayangkan, beratus nombor telefon yang ada dalam telefon bimbit saya, saya dapat mengingatinya dengan mudah, kadang-kadang ada juga yang pelik jika mereka tanya nombor telefon seseorang itu, saya jawab begitu sahaja tanpa melihat di telefon,” katanya yang berkahwin dengan Juaida Hasin, 40, dan dikurniakan enam anak.

Menurutnya, kini mereka sekeluarga selesa mendiami rumah hasil sumbangan pihak Jabatan Zakat.

“Dulu hidup kami agak daif, tinggal pun di sebuah rumah papan kecil. sekarang rumah tersebut masih ada dan saya jadikan sebagai stor untuk menyimpan barangan,” katanya sambil menunjukkan rumah asalnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Katanya, prinsip hidupnya adalah tidak meminta-minta kepada mana-mana pihak.

“Bagi saya mudah, kalau ada pihak yang sudi hendak sumbangkan apa-apa kepada saya, saya akan berlapang dada untuk terima.

“Tapi untuk saya minta sesuatu, itu jauh sekali dari prinsip hidup saya. Saya lebih selesa dalam keadaan begini, biar pendapatan tidak seberapa namun rezeki halal untuk menampung hidup anak dan isteri,” katanya.

Derita penyakit misteri, wajah ditumbuhi bulu

Xiao Ling
Xiao Ling
29 JULAI 2015

GUANGXI - CHINA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun menderita penyakit misteri yang menyebabkan wajah serta badannya dipenuhi bulu memohon bantuan untuk merawat penyakitnya itu.

Xiao Ling dari bandar Guilin disahkan mengidap penyakit Hirsutism atau Hypertrichosis sejak dilahirkan di mana badan termasuk wajahnya dipenuhi bulu yang banyak tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.

Memetik laporan Daily Mail, kekurangannya itu menyebabkan dia sering diejek oleh rakan sebayanya dan menyebabkan dia tidak berkeyakinan untuk menjalani kehidupan.

Tiada penawar yang ditemui untuk merawat sindrom tersebut setakat ini, namun beberapa pakar mencadangkan kepada kanak- kanak tersebut supaya menjalani prosedur mengunakan laser untuk membuang bulu.

Walaubagaimanapun, Xiao Ling tidak membuat sebarang rawatan kerana tidak mampu menangung kos perubatan.

6000 pejuang sunni sertai anti IS

6,000 pejuang sunni sertai anti IS
Seorang pejuang Iraq bersiap sedia dengan senjata dalam usaha menentang IS. Foto: AFP
BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 6,000 pejuang puak sunni daripada pelbagai wilayah di Iraq telah menyertai angkatan bersenjata pro kerajaan dalam perjuangan menentang kumpulan militan IS Takfiri.

Menurut Press TV, ahli Parlimen Habib al-Tarfi yang mewakili Majlis Tertinggi Islam Iraq berkata, pejuang telah menyertai barisan angkatan sukarela negara bagi melawan pengganas yang ingin menghancurkan Iraq.

Menurutnya, anggota keselamatan yang disokong pejuang daripada angkatan bersekutu setakat ini berjaya membebaskan banyak kawasan di wilayah Diyala, Salahuddin dan Anbar.

"Selain itu, pejuang juga membebaskan bandar Jurf al-Nasr, terletak kira-kira 60 kilometer (km) di barat daya ibu negara, Baghdad, dari cengkaman IS," katanya.

Sementara itu, komander angkatan bersenjata 30 Briged, Abu Abdullah al-Fahdawi memberitahu, 30 anggota IS maut selepas pasukannya melancarkan operasi di daerah al-Rashad di bandar al-Karmah, kira-kira 48 km di barat ibu negara.

Kelmarin, 20 lagi anggota IS terbunuh ketika pertempuran sengit dengan tentera Iraq di Albu Jawari, yang terletak di utara wilayah Salahuddin.

Apabila orang kuat dunia berang

London: Seorang penunggang basikal yang berang kerana ada pemandu meletakkan kereta di laluan sikal, bertindak mengalih dengan mengangkat kereta itu ke tepi sebelum meneruskan kayuhannya.
Perbuatan lelaki gagah yang tidak diketahui identitinya itu dirakam seorang pemandu di Sao Paolo, Brazil, dan kemudian dimuat naik ke YouTube semalam, oleh Joe Loreto bertajuk ‘Orang terkuat di dunia’.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan berdiri di belakang kereta berkenaan dan mengangkat kereta itu dengan mudah sambil orang ramai merakam perbuatannya dan mereka bersorak apabila dia menggerakkan kereta itu ke tepi.
Sebaik mengalihkan kereta itu, tanpa mempedulikan orang ramai lelaki itu menaiki basikalnya dan berkayuh pergi.
Klip di YouTube itu sudah dikunjungi 600,000 orang. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 6:33 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66926#sthash.Q3O1qq0d.dpuf

RM587,000 kerana selfie dengan ular

San Diego: Seorang lelaki nyaris maut selepas dipatuk ketika merakam gambarnya dengan ular orok-orok yang ditemuinya di dalam semak.
Rawatan dijalani Todd Fassler menyebabkan dua hospital di Calfornia kehabisan stok serum antibisa ular apabila doktor menggunakan semuanya untuk merawat kecederaan pada lengannya.
Lebih mengejutkan Fassler, dia terpaksa membelanjakan hampir AS$154,000 (RM587,000) untuk menjalani rawatan.
Daripada jumlah itu, AS$84,000 ialah untuk serum antibisa ular.
Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mempunyai insurans atau sama ada dia terpaksa membayar jumlah itu sepenuhnya.
Fassler mempunyai seekor orok-orok yang dijadikan haiwan peliharaannya sejak setahun lalu. Ia menimbulkan persoalan mengapa dia mahu merakam selfie dengan ular lain.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:21 AM


KEADAAN lengan Fassler selepas dipatuk ular.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66994#sthash.2S5CvWTf.dpuf

Bercium punca barah


Darwin: Bercium kini menjadi punca utama barah kepala dan otak.

Menurut Ketua Maksilofasial dan Pembedahan Kepala dan Leher Hospital Royal Darwin Dr Mahiban Thomas, perbuatan bercium boleh menyebabkan penyebaran virus papilloma manusia (HPV).

Virus itu bertanggungjawab terhadap 70 peratus kes kanser kepala dan leher.

Dalam wawancara dengan Daily Mail Australia, Thomas berkata, risiko mereka yang dijangkiti HPV di bahagian orofarinks untuk menghidap barah kepala dan leher adalah 250 kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak dijangkiti virus berkenaan.

Walaupun sering dikaitkan dengan barah pangkal rahim, HPV boleh dihidapi oleh lelaki dan wanita.

Menurut Thomas, kajian terbaru menunjukkan, penyebaran HPV boleh berlaku dengan bermesra tanpa interaksi seks.

Kini HPV, termasuk daripada perbuatan bercium, menjadi punca utama barah itu, berbanding merokok atau minum arak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66982#sthash.2TNs8S0D.dpuf

Bayi buta selepas gambar dirakam

Beijing: Seorang bayi buta sebelah mata selepas seorang rakan keluarganya terlupa memadam pencahayaan ketika merakam gambarnya dari jarak dekat.
Doktor berkata, daya penglihatan bayi tiga bulan yang namanya tidak didedahkan tidak boleh dirawat akibat pencahayaan kamera yang terlalu kuat apabila gambarnya dirakam dari jarak 35 sentimeter.
Ibu bapa bayi itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan anak mereka selepas gambar itu dirakam.
Susulan kejadian, jarak penglihatan mata kiri mangsa berkurangan sementara mata kanannya buta.
Kerosakan itu dikatakan akan kekal dan tidak boleh dipulihkan walaupun dengan pembedahan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada rakan keluarganya yang merakam gambar itu akan dikenakan tindakan undang-undang. -Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:19 AM


BAYI malang berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66992#sthash.Tc2V7OCy.dpuf

Wanita diisytihar mati hidup semula


Berlin: Seorang doktor di sini menghadapi tuduhan cuai selepas mengisytiharkan seorang wanita berusia 92 tahun mati.

Dalam kejadian pada Mac lalu, doktor berusia 53 tahun itu mengesahkan wanita berkenaan mati selepas memeriksanya.

Bagaimanapun, wanita terbabit terjaga di bilik mayat selepas dihantar ke situ beberapa jam sebelum itu.

Pendakwa raya di daerah Essen Birgit Juergens berkata, doktor yang namanya tidak didedahkan kerana undang-undang privasi berdepan hukuman penjara dan denda jika didapati bersalah.

Doktor itu mengesahkan wanita berkenaan yang sakit tenat mati selepas dia ditemui tidak bernafas dan nadinya berhenti berdenyut di sebuah rumah penjagaan orang tua.

Malam itu, seorang pekerja rumah mayat menjerit ketakutan selepas mendapati wanita itu ‘hidup semula’.

Jurgen berkata, wanita itu bagaimanapun mati dua hari kemudian akibat sakit yang tidak ada kaitan dengan kejadian itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66981#sthash.jZLSdFPv.dpuf

Pertemuan dua insan tanpa tangan


SAINT PAUL 29 Julai – “Anda tidak memerlukan sepasang tangan untuk memeluk seseorang, sebaliknya tekad untuk melakukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan.”
JESSICA COX (kiri) terharu dipertemukan dengan Ruth Evelyn Pranke yang juga tiada sepasang tangan di Saint Paul, Minnesota, baru-baru ini. AGENSI
Itu adalah kata-kata inspirasi seorang juruterbang tanpa tangan, Jessica Cox, 32, ketika bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil, Ruth Evelyn Pranke yang juga memiliki kekurangan sepertinya.
Pranke dipertemukan dengan Cox pada sebuah program dokumentari khas yang dikendalikan oleh stesen televisyen ABC bertajuk Right Footed, yang menceritakan pengalaman hidup juruterbang orang kurang upaya (OKU) itu.
Pertemuan itu begitu menyentuh perasaan sehingga mendapat pelbagai reaksi positif dari pelbagai pihak yang menontonnya pada 24 Julai lalu.
Cox begitu teruja dengan pertemuan dengan Pranke yang baru berusia tiga tahun, namun memiliki daya tahan tinggi sepertinya untuk berjaya dalam hidup.
Menurut Cox, dia tidak menyangka keluarga kanak-kanak itu sanggup memandu lebih dari enam jam dari Minnesota semata-mata mahu bertemu dengannya dalam rancangan tersebut.
“Apabila saya melihat diri saya sendiri dalam Pranke dari segi fizikal dan mental, saya menjadi teruja dan tersentuh.
“Semua orang tertanya apa perasaan kami ketika bertemu kerana kami tidak boleh berpelukan kerana masing-masing tiada mempunyai tangan, tetapi hakikatnya anda tidak memerlukan tangan untuk memeluk seseorang,” katanya kepada ABC baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu Pranke, Karlyn berkata, anaknya mahu melihat dengan mata sendiri apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kekurangan sepertinya.
Cox bukan sahaja boleh memandu kapal terbang, malah menjalankan kehidupan biasa seperti orang lain seperti boleh memandu kereta, bermain piano, dan komputer selain terlibat dengan program motivasi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pertemuan-dua-insan-tanpa-tangan-1.118468#sthash.v9D5n4px.dpuf