Pages

Sunday, September 1, 2013

Tinggal anak OKU dalam gua

Tinggal anak OKU dalam guaKeadaan Chen Xiantao yang tidak berpakaian dan dirantai di hadapan pintu gua. (Kanan) Dia sedang diperhatikan bapanya.

BEIJING - CHINA . Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China.

Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.

Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya.

"Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan.

"Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao dipetik dari laporan MailOnline.

Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu. 

Remaja berumur 110 tahun?

Remaja berumur 110 tahun?
Tubuh Ali tidak membesar seperti remaja normal sebaliknya semakin lemah.
Remaja berumur 110 tahun?
Ali yang dibesarkan dalam kawasan termiskin
di India diramal hanya mampu hidup
tidak sampai 20 tahun lagi

Dipetik laporan MailOnline, Ali yang dibesarkan di wilayah miskin Bihar, India, disahkan menghidapi sejenis sindrom genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar.



FIKIRAN dan jiwanya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun, namun jika dilihat dari sudut fizikal, Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun.


Dua abang dan tiga adik beradik perempuan Ali, telah meninggal dunia apabila penyakit genetik yang menjejaskan 80 orang seluruh dunia membunuh mereka.

Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis, masalah mata, penyakit jantung dan botak.

Jangka hayat pesakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an.

Bagaimanapun, Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram, tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu, dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik.

"Saya amat berharap dapat hidup dengan lebih lama dan saya sebenarnya tidak takut mati tetapi bimbang sekiranya ia berlaku, ibu bapa saya pasti terseksa kerana lima saudara saya telah pergi kerana penyakit yang sama," katanya.

Progeria akibat perkahwinan sepupu?

Ibu bapa Ali, Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu telah berhadapan kesedihan apabila empat anak mereka, Rehana, Iqramul, Gudiya dan Rubina meninggal dunia akibat penyakit genetik itu ketika melewati usia 12 tahun dan 24 tahun.

Anak kelima mereka, juga mengalami nasib yang sama apabila disahkan meninggal dunia hanya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan dan dipercayai akibat Progeria.

"Rehana yang dilahirkan pada 1983, kelihatan sangat sihat dan normal.

"Kami pun tidak mengesyaki dia mengalami apa-apa penyakit. Tetapi ia mula dikesan ketika Rehana berusia dua tahun.

"Dia tidak dapat makan dan berjalan seperti kanak-kanak normal," kata Nabi.

Dua tahun kemudian, pasangan itu sekali lagi melahirkan anak lelaki iaitu Iqramul dan mengalami penyakit yang sama.

"Doktor gagal mengesan penyakit itu ketika mereka masih bayi dan tiada sebarang ubat yang dapat membantu mereka kerana kami tidak mampu.

"Ketika itu, jika doktor memberitahu anak-anak kami menghidapi Progeria yang disebabkan oleh masalah genetik, tentu sekali kami tidak akan melahirkan anak lagi," kata Nabi.

Dalam 1995, pasangan malang itu mendapat jawapan dan doktor di Kolkata mengesahkan keempat-empat anak mereka menghidapi Progeria selain tiada penawar.

Masalah genetik dalam keluarga Ali

- Nabi dan Razia dikurniakan lapan anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria.
- Anak pertama, Rehana, dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007.
- Anak kedua, Iqramul dilahirkan pada 1987, menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun dalam 2009.
- Gudiya yang dilahirkan pada 1989, turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004.
- Anak keempat, Rubina meninggal dunia pada usia 12 tahun dalam 1992.
- Dua anak perempuan pasangan ini, Sanjeeda, 20 dan Chanda, 10, disahkan sihat.

Jurang 750 kilometer ditemui di Greenland



JURANG seluas 750 kilometer ini menyamai panjang sungai River Severn, di Britain.


WASHINGTON - Sebuah jurang dua kali ganda lebih besar daripada sungai terpanjang di Britain dan sedalam lembah Grand Canyon ditemui di bawah lapisan ais di Greenland, kata sepasukan saintis kelmarin.
Sebelum Pulau Greenland dilitupi ais sekitar 4 juta tahun dahulu, jurang itu dipercayai menjadi laluan utama air sungai dari pedalaman ke kawasan pantai.
Malah, pada hari ini, terusan sungai yang dalam itu masih mengalirkan air cairan glasier ke hujung lapisan ais menuju ke ke dalam laut.
Jurang tersebut berasal dari tengah Greenland dan berakhir di pantai utara pulau berkenaan.
"Penemuan jurang seluas 750 kilometer berusia berjuta-juta tahun di bawah timbunan salji itu sangat menakjubkan," kata saintis Kaji Selidik Antartika Britain, David Vaughan.
"Lapisan ais itu turut menyumbang kepada paras turun naik air laut, dengan penemuan ini dapat membantu kami memahami perubahan iklim yang berlaku," katanya lagi.
Pasukan saintis berkenaan menemui jurang tersebut menggunakan radar milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melalui Operasi IceBridge.
Operasi itu menggunakan gelombang radio yang boleh menembusi lapisan ais untuk mengukur kedalaman dasar laut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2daRexl9a 
Hakcipta terpelihara