Pages

Thursday, June 6, 2013

Jepun perkenal kereta api terapung

Jepun perkenal kereta api terapung
Maglev menggunakan kuasa magnet menjalani ujian pertama di Tokyo.
TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam.

Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.

Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini.

Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

"Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap," katanya yang dipetik dari MailOnline.

Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. 

Menara berputar Dubai siap dibina



Dubai: Menara Infiniti, menara berputar tertinggi dunia yang berharga Dh1 bilion (RM840 juta) di Dubai Marina sudah siap dibina.

Pemajunya, Cayan Investment and Development, syarikat pemaju hartanah di Arab Saudi berkata, ia menerima sijil tamat pembinaan daripada Majlis Perbandaran Dubai dan akan merasmikan menara itu Isnin depan.


Menara 75 tingkat setinggi 310 meter itu menara berputar paling tinggi di dunia, kata presiden syarikat, Ahmed M Al Hatti.

Dubai sudah mempunyai beberapa menara tertinggi dan terkenal di dunia termasuk Burj Khalifa (828 meter), menara tertinggi dunia, Menara Princess (414 meter), menara kediaman tertinggi di dunia dan JW Marriott Marquis (355 meter), hotel tertinggi di dunia.


Menara Infiniti direka Skidmore Owings and Merrill, syarikat yang turut mereka Burj Khalifa.


Dengan lengkungan 90 darjah dari atas ke bawah, penghuni menara itu akan mempunyai pandangan panoramik Palm Juemirah atau Dubai Marina.

Bayi lahir dalam ketuban

Foto
BAYI itu dilahirkan bersama dengan pundi ketuban yang masih belum pecah.
Foto
JESSICA Alba bersama anaknya, Haven.
Athens: Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.


Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.


Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.


Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.



Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.


Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.


Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.


Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.


“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.


Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. - Daily Mail

Edwards berusia 105 tahun masih pandu kereta




EDWARDS berdiri di depan kenderaan Mitsubishi miliknya di rumahnya di Ngataki pada 26 Mei lalu.- Agensi


NGATAKI, New Zealand – Seorang lelaki berusia 105 tahun, Bob Edwards merupakan pemandu paling tua di negara ini.
Edwards mendapat lesen pertamanya ketika dia berusia 17 tahun pada tahun 1925.
Dia yang merupakan salah seorang pemandu paling tua di dunia kini telah memandu kenderaan selama 88 tahun.
Edwards belajar memandu dengan menggunakan kereta buatan Perancis, De Dion Bouton.
Kereta tersebut tidak mempunyai stereng tetapi menggunakan tuil.
Edwards kini memiliki sebuah kereta Mitsubishi pacuan empat roda yang berwarna merah.
Menurut lelaki kelahiran England itu, selepas berhijrah ke New Zealand, dia membeli kenderaan Dodge yang merupakan kenderaan pertamanya.
Kereta itu kemudian diubah suai menjadi sebuah trak.
Edwards yang tidak pernah berhasrat untuk berhenti memandu melakukan senaman pada setiap pagi di gimnasium di rumahnya untuk mengekalkan kecergasannya.
Dia turut memasak makanan untuk dimakan bersama isterinya, Lesley yang berusia 91 tahun.
“Saya tidak berasa diri saya seorang tua,” katanya.
Edwards memandu kenderaannya tiga kali seminggu untuk pergi ke kedai yang terletak 15 kilometer dari rumahnya.
Dia juga memandu untuk melawat rakan-rakannya dan pergi ke hospital bagi memeriksa kesihatannya.
Edwards hanya pernah terlibat dalam satu nahas jalan raya.
Dia juga pernah disaman sekali dalam seumur hidupnya kerana memandu melebihi had laju.
Warga emas itu turut patah tulang pinggul tiga tahun lalu dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak memandu selama enam minggu.
Namun, Edwards tidak menghiraukan saranan tersebut dengan alasan dia memandu kereta automatik yang hanya menggunakan kaki kanannya.
Di New Zealand, para pemandu yang berusia lebih 80 tahun perlu menjalani ujian kesihatan dan penglihatan sekali dalam tempoh dua tahun sebelum mereka dibenarkan memandu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2VNjz7E5D 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki AS tangkap ikan toman gergasi



NEWTON menunjukkan ikan toman yang berjaya ditangkapnya di Aquia Creek, Virginia pada Sabtu lalu. - Agensi


FREDERICKSBURG, Virginia – Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berjaya menangkap seekor ikan toman sepanjang satu meter di Aquia Creek, Stafford, Virginia pada Sabtu lalu.
Akhbar Free Lance-Star melaporkan lelaki tersebut, Caleb Newton berjaya menangkap ikan tersebut yang seberat 7.88 kilogram (kg).
Menurut Persatuan Sukan Memancing Antarabangsa (IGF), rekod dunia bagi ikan tersebut adalah seberat 7.82kg yang ditangkap di Jepun pada tahun 2004.
Newton, 27, perlu menghantar permohonan kepada IGF termasuk butiran tentang ikan tersebut dan alat yang digunakan untuk menimbangnya bagi mendapatkan pengesahan rekod dunia. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2VNju7e2s 
Hakcipta terpelihara