Pages

Thursday, April 4, 2013

Wanita Saudi dibenar berbasikal




4 April 2013
Wanita Saudi dibenar berbasikal
Wanita perlu memakai abaya jika mahu berbasikal di taman rekreasi. Foto: Getty
RIYADH - Polis agama Arab Saudi kini membenarkan golongan wanita menunggang motosikal dan basikal di kawasan rekreasi yang ditetapkan di negara itu.

Kelmarin, akhbar al-Yawm melaporkan beberapa syarat turut dikenakan seperti perlu memakai abaya  (jubah termasuk purdah) dan ditemani saudara muhrim lelaki mereka jika mahu berbasikal di taman awam.

Menurut akhbar tersebut lagi, wanita hanya boleh menggunakan kebenaran itu untuk beriadah dan bukan tujuan pengangkutan.

Selain itu, mereka juga perlu menjauhi kawasan yang menjadi tempat tumpuan remaja lelaki berkumpul sebagai langkah mengelakkan gangguan dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Bagaimanapun, Saudi masih mengekalkan larangan memandu kereta ke atas golongan wanita walaupun protes menuntut pembubaran undang-undang tersebut telah diadakan sejak dua tahun lalu.

Gempa sederhana gegar Luzon




4 April 2013
KUALA LUMPUR - Gempa sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan kepulaun Luzon, Filipina pada pukul 10.27 pagi, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 74 kilometer dari tenggara Luzon dan 1,139 km dari arah timur laut Kudat, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

Si mati ‘hayati’ hari berkabung

Beijing: Seorang mahasiswa mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri kerana tidak mahu ‘terlepas’ daripada mengalami peristiwa itu.
Untuk membolehkan ia berlangsung, Zeng Jia menggunakan wang simpanannya dan mengupah syarikat yang berkenaan mengadakan majlis itu sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang sudah mati.

Selain dihiasi bunga-bungaan, majlis itu juga berlangsung di Wuhan dengan dihadiri sejumlah orang yang meratapi ‘kematian’ berkenaan serta dirakam jurugambar. Kata Zeng, berdasarkan apa yang dilaluinya majlis itu tidak menyebabkan dia takut atau ngeri.
“Sebaliknya ia memberi kesan positif kepada saya,” katanya. Untuk menjayakan majlis itu, Zeng berbaring kaku dalam keranda berhias bunga selama sejam sambil satu anak patung Hello Kitty diletakkan di atas dadanya.

Di atas Zeng, digantung beberapa lipatan kertas berbentuk burung merpati. Zeng mengupah sekumpulan jurusolek yang mahir menghias mayat bagi membolehkan dirinya benar-benar menyerupai orang mati. Seorang lelaki berpakaian seragam tentera berdiri mengawal ‘mayat’ Zeng ketika rakan dan keluarganya memberi penghormatan terakhir.

Kata Zeng, dia terfikir mengapa orang lain menghabiskan masa dan penat lelah untuk seseorang apabila mereka sudah mati dan tidak lagi dapat menghargainya. “Saya mahu melihat bagaimana orang mengingati saya.
Foto
ZENG berbaring dalam keranda selama sejam.

Foto
PELAWAT ‘meratapi kematian’ Zeng yang berbaring dalam keranda selama sejam.
“Justeru, saya mengatur majlis pengebumian sendiri dan ternyata ia menyeronokkan,” katanya. Selepas majlis itu berakhir, Zeng keluar dari keranda dan memberikan ucapan kepada semua yang hadir. “Mengalami kematian membolehkan saya menghargai hidup dengan lebih bermakna.

“Saya benar-benar gembira selepas keluar dari keranda,” katanya. - Daily Mail

Piramid berusia 2,000 tahun dibaik pulih




SEORANG lelaki menyaksikan kerja-kerja untuk membaik pulih piramid yang berusia 2,000 tahun di Rom, Itali semalam.- AFP


ROM - Seorang ahli perniagaan Jepun, Yuzo Yagi melabur sebanyak AS$1.3 juta (RM4 juta) untuk memulihkan sebuah piramid berusia 2,000 tahun di sini.
Piramid tersebut yang telah dibina pada tahun antara 18 hingga 12 Sebelum Masihi itu untuk menempatkan makam seorang penduduk Rom yang kaya, Gaius Cestius.
Kerja-kerja membaik pulih piramid itu kini sedang dilakukan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2PSrHxnZ9 
Hakcipta terpelihara 

Sekumpulan ahli biologi lancar misi cari ikan ganjil




GAMBAR fail pada 21 November 2001 menunjukkan beberapa kakitangan Muzium Kebangsaan Kenya menyaksikan seekor ikan coelacanth yang ditangkap sekumpulan nelayan Kenya pada April tahun yang sama.- AFP


MALINDI, Kenya - Sekumpulan ahli biologi Perancis dan Afrika Selatan akan menyelam di dalam Lautan Hindi pada bulan ini untuk mencari ikan coelacanth.
Misi mencari ikan itu akan bermula dari 5 April hingga 15 Mei depan.
Kumpulan tersebut akan meneroka gua-gua di dalam lautan tersebut untuk mencari fosil itu.
Anggota-anggota kumpulan berkenaan akan menyelam di Jesser Canyon yang terletak 120 meter di bawah permukaan air di Teluk Sodwana.
Ikan ganjil tersebut dipercayai hidup di kawasan itu.
Hidupan marin itu menjadi tumpuan ahli biologi untuk dikaji kerana ia mempunyai kaitan sejarah dengan dinosaur.
Pada April 2001, sekumpulan nelayan dari bandar ini berjaya menangkap ikan tersebut yang berukuran 1.75 meter panjang dan seberat 77 kilogram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2PSne0c3r 
Hakcipta terpelihara 

12 jongkong emas bernilai RM17.86 juta ditemui di dalam kereta




GAMBAR yang disiarkan polis Itali semalam menunjukkan 12 jongkong emas yang dirampas dari dalam sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Switzerland.- AFP


ROM - Polis Itali semalam menyatakan pihaknya menemui beberapa jongkong emas yang bernilai AS$5.8 juta (RM17.86 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah kereta.
Ketika kejadian, kereta tersebut dalam perjalanan ke Switzerland.
Polis menahan kereta berkenaan ketika melakukan pemeriksaan harian.
Ketika kereta tersebut ditahan, isteri pemandu kereta berkenaan dan anak-anaknya berada dalam keadaan gementar.
Anggota-anggota polis kemudian menemui dua ruang yang tersembunyi di bawah kereta itu.
Sebanyak 12 jongkong emas kemudian ditemui yang dibungkus dengan surat khabar lama.
Pemandu kereta yang berusia 53 tahun itu merupakan seorang penduduk Itali yang tinggal di Switzerland.
Dia dan pasangannya itu disoal siasat di sebuah balai polis ekoran penemuan tersebut.
Pemandu itu dikenakan dakwaan melakukan penggubahan wang haram dan jongkong emas tersebut dirampas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2PSmttFtK 
Hakcipta terpelihara 

Pameran emas di pasar raya Jepun

SEPOHON pokok bunga emas bakal menjadi tumpuan orang ramai di pasar raya itu.- AFP

TOKYO - Pasar raya Matsuzakaya di sini menganjurkan pameran Ekspo Emas yang mempamerkan pelbagai barang-barang yang diperbuat daripada emas.
Antara yang dipamerkan itu ialah jongkong emas seberat 120 kilogram (kg) yang berharga AS$6.5 juta (RM20.02 juta).
Sehelai jubah pengantin tenunan benang emas yang berharga AS$560,000 (RM1.7 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai.
Para pengunjung pusat itu juga berpeluang menyaksikan satu set cawan dan piring emas yang berharga AS$75,000 (RM231,037).
Sepohon pokok bunga emas yang seberat 4.2kg yang berharga AS$1.7 juta (RM5.23 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PSf1mthn 
Hakcipta terpelihara