Pages

Sunday, February 3, 2013

Arab Saudi cipta beg sekolah pintar



Arab Saudi cipta beg sekolah pintar
Arab Saudi cipta beg sekolah pintar
RIYADH - Arab Saudi memperkenalkan rekaan inovatif dalam dunia pendidikan apabila berjaya mencipta beg pintar untuk pelajar.

Pereka, Khalid al Jabal, 31, berkata, beg pintar itu berupaya meringankan beban guru dalam pembelajaran seharian apabila ianya lengkap dengan sistem perisian khas terdiri daripada modul pembelajaran.

“Beg ini mengandungi komputer tablet, seberat dua kilogram. Peranti tablet ini mengandungi sistem program

10 tahun tragedi pesawat Columbia



Sudah 10 tahun berlalu selepas tragedi pesawat Columbia
Sudah 10 tahun berlalu selepas tragedi pesawat Columbia
CALIFORNIA - Semalam, 2 Februari genap 10 tahun kecelakaan pesawat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Columbia, meletup dan berkecai sehingga mengorbankan kesemua tujuh anak kapalnya.

Kecelakaan itu berlaku ketika pesawat tersebut dalam perjalanan memasuki atmosfera bumi selepas Columbia menyelesaikan misi ke-28.

Kecelakaan terjadi setelah 16 hari anak kapal pesawat Columbia berhasil menyelesaikan misi mereka di stesen luar angkasa.

Tujuh astronaut maut terdiri daripada David Brown, Rick Husband, Laurel Clark, Kalpana Chawla, Michael Anderson, William McCool dan Ilan Ramon.

Siasatan menunjukkan, punca kecelakaan disebabkan oleh sebuah insulator jatuh dari tangki bahan bakar selepas 81 saat Columbia meninggalkan stesen berkenaan.

Insulator itu dipercayai terkena komposit karbon di bahagian sayap pesawat tersebut.

Sisa pesawat Columbia yang hancur bertaburan dengan setiap kepingannya berada di beberapa wilayah AS.

Sebanyak, 84, 000 kepingan pesawat Columbia dikumpulkan dan disimpan di Pusat Angkasa Kennedy, AS daripada sayap hingga enjinnya bagi kegunaan analisa dan penyelidikan.

Pegawai Penyelidikan Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa) Micahel Ciannilli mengatakan, kemalangan itu memberi pengajaran tentang pentingnya seseorang astronaut menguasai kepakaran perincian sistem komputer di dalam pesawat.

“Keselamatan penerbangan angkasa memang mudah diperkatakan tetapi ketika memasuki ruangan tersebut, ia amat sulit untuk di selenggara,” katanya.

Beliau berkata, kecelakaan Columbia adalah pengajaran penting untuk dunia angkasa lepas bagi masa hadapan terutamanya dalam penghasilan kapal angkasa," katanya. - Reuters

Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun



􀀵􀁂􀁎􀁂􀁏􀀁􀁕􀁂􀁏􀁑􀁂􀀁􀁂􀁊􀁓􀀁􀁅􀁂􀁏􀀁 􀁖􀁅􀁂􀁓􀁂􀀁􀁔􀁆􀁍􀁂􀁎􀁂􀀁􀀕􀀑􀀁􀁕􀁂􀁉􀁖􀁏
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara.
SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. - Daily Mail

Nama saya Osama bin Laden, bapa saya Bill Clinton



New Delhi: Seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama ‘Osama bin Laden.’

Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton’ sebagai nama bapanya.


Permohonannya sudah pasti ditolak kerana tidak akan ada orang yang mempercayainya.

Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu.


Seorang pemohon lain, kerana ingin menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris, meletakkan namanya ‘Abcdefgh’ dan nama bapanya Xyz.


Satu permohonan yang diterima pula, menggunakan nama Tuhan Hindu, Jai Sri Ram., dipercayai mungkin untuk menunjukkan dia dapat membantu meningkatkan ajaran agama Hindu di kalangan pelajar di negeri itu. Ada pula pemohon memberikan namanya Farji yang bermakna ‘palsu’. Dalam ruang nama bapa, dia meletakkan Farji Singh, yang jika diterjemahkan bermakna Singh Palsu.

Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - Daily Mail

Itu bukan isteri saya!



Capetown: Seorang suami terkejut semalam apabila membuka keranda di majlis pengebumian isterinya di sebuah gereja dan mendapati mayat orang lain di dalamnya.

Keluarga Galant mengatur majlis itu untuk Magdalene Galant, 58, yang mati pada 26 Januari lalu akibat serangan sakit jantung.


Kematiannya bertukar menjadi tragedi berganda apabila pengurusan rumah mayat menghantar mayat lain dan berkeras menyatakan ia mayat Magdalene.

Si suami, Michael Galant berkata, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila membuka keranda itu.


“Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila semua yang hadir juga terkejut.


“Anak saya mendekati saya dan berkata, ‘Itu bukan emak.’ Saya tahu ini kesilapan besar,” kata Galant. Keluarga itu kemudian berkata, mereka bertanya mengenai kesilapan itu kepada pekerja rumah mayat.

Anak Galant, Leota Lakay berkata, pekerja terbabit tidak dapat menjelaskan bagaimana mayat itu boleh tertukar.


“Mereka mulanya bertegas berkata, itu ibu saya. Saya memberitahu mereka, saya kenal ibu saya.

“Mereka kemudian mengaku silap, menarik laci yang salah di rumah mayat,” kata Leota.


Keluarga itu berkata, mereka cuba menghentikan majlis berkenaan tetapi pekerja berkenaan meyakinkan mereka supaya meneruskannya.


Orang semakin ramai datang untuk memberi penghormatan terakhir tetapi berita kemudian tersebar bahawa mayat di dalam keranda itu bukan Magdalene.


“Kami sungguh trauma. Kami hanya mahu memberi penghormatan terakhir kepada isteri saya. Tetapi ini yang berlaku,” kata Galant.


Selepas majlis itu, pekerja membawa keluarga itu ke rumah mayat.


“Apabila tiba, mereka menunjukkan kepada kami mayat Magdalene masih ada di situ dan mereka menghantar mayat orang lain untuk kami kebumi,” katanya. - Daily Mail

Ular jaga anak

Foto
Kanak-kanak itu mencium ular sawa yang enam

 tahun lebih tua daripadanya.
Foto
AZHE bersama ‘penjaganya’ di bilik tidur.



Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.

Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.

Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.

“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.



Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.


Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.

“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”

Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.

“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. - Daily Mail

Terkejut ‘si mati’ jawab telefon



Darlington: Seorang pesara terpaksa meyakinkan rakan dan anggota keluarganya bahawa dia masih hidup dan sihat selepas sebuah akhbar menyiarkan makluman mengenai kematiannya.

Akhbar Northern Echo menyiarkan makluman itu, mendorong kenalan George Simpson menelefon keluarganya untuk mengucapkan takziah. Mereka terkejut apabila yang menjawabnya ialah Simpson sendiri.


Kekeliruan berlaku apabila akhbar berkenaan menerima permintaan untuk menyiarkan makluman mengenai kematian seorang lelaki yang juga bernama George Simpson, 84. Northern Echo yang menyangka lelaki itu Simpson yang memang dikenali penduduk Darlington tetapi berusia 81 tahun, menyiarkan makluman mengenai kematiannya, lengkap dengan gambarnya.

“Saya menerima panggilang hingga dari Australia, mengucapkan takziah atas kematian saya,” kata Simpson. - Daily Mail

Hakim tidur dipecat



Moscow: Seorang hakim dipecat selepas dia tertidur di mahkamah dan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang defendan.

Hakim Yevgeny Makhno dari Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di timur jauh Russia dipaksa melepaskan jawatannya kerana tertidur beberapa kali ketika membicarakan seorang ahli perniagaan atas tuduhan menipu.


Kes berkenaan menjadi skandal kebangsaan selepas peguam defendan memuatnaikkan video dalam Internet yang menunjukkan Makhno tidur ketika perbicaraan. Makhno mendakwa dia tidak tidur, sebaliknya mendengar perbicaraan itu dengan mata tertutup.

Sebuah mahkamah lebih tinggi bagaimanapun enggan menghukumnya, sebaliknya menyuruh dia mengambil ujian sebelum dilantik semula menjadi hakim.


Defendan pula akan dibicarakan sekali lagi. - AP

22 askar veteran AS bunuh diri setiap hari



 
Washington: Seramai 22 askar veteran Amerika Syarikat membunuh diri setiap hari atau secara puratanya seorang setiap 65 minit dalam tempoh lebih satu dekad.

Angka tertinggi kes bunuh diri mencapai tahap tertinggi pada tahun lalu dengan 349 orang.
Lebih 69 peratus kes bunuh diri itu membabitkan bekas askar berusia 50 tahun ke atas.

Ia didedahkan kelmarin oleh Jabatan Hal Ehwal Askar Veteran (VA) yang membuat kajian kes bunuh diri daripada 1999 hingga 2010.

Kajian sebelum ini menganggarkan angka bunuh diri sebanyak 18 orang setiap hari.


Keadaan lebih serius

Perangkaan itu didapati selepas kajian menyeluruh dijalankan oleh kerajaan mengenai kes bunuh diri di kalangan askar veteran menunjukkan keadaan sebenarnya lebih serius.
“Data ini mendedahkan keadaan sebenar kadar kes bunuh diri askar veteran,” kata Senator Patty Murray yang memperjuangkan penjagaan kesihatan lebih baik kepada golongan itu.

Berita itu disiarkan dua minggu selepas pemimpin tentera Amerika mengakui kadar bunuh diri mencapai angka tertinggi pada 2012 iaitu hampir seorang sehari, mengatasi kematian akibat perang.

Keadaan itu berlaku meskipun Pentagon dan VA mempertingkat usaha menanganinya.
Sementara itu, pergerakan Askar Veteran Amerika di Iraq dan Afghanistan yang mempunyai 200,000 anggota, berkata rakyat Amerika sepatutnya marah dengan kadar kematian mereka.

“Laporan bunuh diri VA adalah perkara terpenting untuk disiarkan sejak 2007. Pemimpin di Washington perlu mempercepat usaha menyekatnya perkara itu berlarutan,” kata pengasas IAVA dan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Rieckhoff. - Agensi

Rongak kian diminati lelaki Afrika Selatan

Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan.Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan. Cape Town: Satu amalan tradisi puak yang tidak pernah luntur, malah menjadi gaya yang semakin diminati di kalangan pemuda di Cape Town serta wilayah lain di Afrika Selatan, ialah membuang beberapa gigi hadapan mereka.

Amalan dan gaya ini disifatkan simbol ketampanan dan kehebatan di kalangan lelaki di wilayah ini.
Walaupun kedengaran agak pelik, kebanyakan remaja Afrika Selatan sebenarnya lebih suka jika mereka dilihat rongak ketika senyum selepas mencabut gigi hadapan.


Dengan kebanyakan mereka mengenakan baju panas longgar dan bertopi selain dilengkapi kaca mata hitam, senyuman terbabit disifatkan unik di kalangan remaja Afrika Selatan yang gemar memberi aksi seperti samseng.

Bagi Yazeed Adam, 21, aliran fesyen ini dikenali sebagai ‘Cape Flats Smile.’

“Ia adalah fesyen di mana semua orang mengamalkannya,” katanya.

Nama ‘Cape Flats Smile’ datangnya dari sebuah kejiranan popular tempat pengubahsuaian tubuh yang pelik dilakukan oleh ramai remaja.

Tekanan rakan sebaya

Jacqui Freidling dari Jabatan Biologi Kemanusiaan Universiti Cape Town yang turut membuat kajian terhadap fenomena itu pada 2003 berkata, beliau mendapati fesyen dan tekanan rakan sebaya adalah punca utama remaja membuang gigi mereka, selain sebab perubatan dan juga gangsterisme.

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan.

“Saya dapati ia adalah tarikan fesyen ketika zaman ibu bapa saya,” katanya.
Amalan ini dikatakan sudah diterima sejak kira-kira 60 tahun lalu.


Keluarga miskin

Secara tradisinya, pengubahsuaian pergigian seperti tampalan gigi dan hiasan didapati hanya di kalangan kaum tertentu. Bagi masyarakat Cape Town yang moden, ia dilihat sebagai kelengkapan bagi remaja, paling berleluasa adalah di kalangan keluarga miskin. Sesetengah cerita mengatakan bahawa tradisi ini bermula daripada kalangan nelayan yang tidak dapat berkomunikasi sesama mereka di atas bot.

Jadi mereka mencipta ‘jurang wisel’ sebagai cara berkesan dalam komunikasi. Malah golongan lelaki merasakan ia juga satu tarikan kepada wanita dan sebaliknya. - Agensi

Gempa bumi 6.9 magnitud gegar utara Jepun



 
TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegar utara Jepun malam tadi menyebabkan gegaran di seluruh pulau Hokkaido tetapi tidak mengakibatkan tsunami atau laporan mengenai kerosakan, kata pihak berkuasa.

Data Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu didahului dengan amaran awal menerusi televisyen dan radio melanda bandar Obihiro pada kedalaman
103 kilometer pada jam 11.17 malam (waktu tempatan). Agensi Meteorologi Jepun pula berkata, tiada amaran tsunami akibat daripada gempa berkenaan dan stesen televisyen NHK melaporkan polis di Hokkaido memaklumkan tiada laporan kerosakan atau kecederaan.


Gangguan bekalan elektrik turut berlaku di beberapa kawasan dan sejumlah laluan lebuh raya ditutup. - AFP

Kehidupan pengantin kanak-kanak di India




2 Februari 2013
Pengantin kanak-kanak
Perkahwinan pada usia kanak-kanak menjadi tradisi biasa di India.
KETIKA kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri.

Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan.

Itulah nasib menimpa Krishna, 14, dari sebuah perkampungan di Rajasthan, India.

Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.

Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak.

Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok.

“Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk,” katanya.

Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung.

“Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya,” katanya.

Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak?

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut. - DailyMail