Pages

Thursday, December 27, 2012

Semoga Allah menghancurkanmu Bashar Assad

Anak kecil ini bagaikan berada di hujung tanduk..tidak tau ke mana ingin dituju, kepada siapa ingin diharapkan bantuan.. = (
marilah sama2 kita memberi sedikit kegembiraan kpd mereka melalui sumbangan kita ke Gabungan Salam Syria,
Maybank Account no: (5622-1820-7666)..
Misi : Malaysia Life Line 4 Syria.

Kanak-kanak Syria maut dibom

Kanak-kanak Syria maut dibomSerangan tentera rejim Assad meragut lebih 20 nyawa termasuk kanak-kanak
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk lapan kanak-kanak maut selepas tentera Syria membedil sebuah perkampungan di utara wilayah Al-Raqqa, semalam.

"Kesemua mangsa maut terkena bedilan mortar dari kereta perisai tentera Presiden Bashar Al-Assad. Puluhan penduduk di kampung Qahtania turut cedera kerana tidak sempat melindungi diri masing-masing," kata pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

Satu rakaman video amatur aktivis yang dimuat naik dalam internet menyiarkan, puluhan mayat bergelimpangan sejurus serangan tercetus dan satu mayat kanak-kanak terdampar di atas selimut.

"Kesemua mangsa adalah di kalangan keluarga petani," kata aktivis.

Menurut aktivis, wilayah Al-Raqqa mula dihujani bom dan mortar sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas kumpulan pemberontak melancarkan serangan ke atas tentera kerajaan. - Al-Jazeera

Cerita seorang Hakim

Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria)
Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ... Sheikh mengatakan:

Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka, tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil udara segar.

Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang beliau hadapi.

Aku mendekati wanita itu dan bertanya :
(Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari)
Beliau berkata:
(Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam dan tidak adil, beliau telah menhalang saya keluar dari rumah dan mengambil anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa dengan mereka walau dalam masa sehari)

Aku berkata kepada wanita itu:
(Mengapa tidak diadukan kepada hakim?)
Airmata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata:
(Bagaimana seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?!)

Syeikh terus menangis sambil berkata:
(Sedarkah wanita ini bahawa ketika beliau berkata sebegini Allah telah datangkan sendiri hakim -dirinya syeikh sendiri- kepada beliau)
Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan orang-orang yang memerlukan beliau.

Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga dimakbulkan oleh Allah sebegini cepat dan dengan cara ini.

Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan mohonlah kepada Allah, bagaimana Allah selesaikan masalah itu jangan ditanya, tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda hadapi sebelum ini.


في حكاية يرويها الشيخ علي الطنطاوي... يقول الشيخ:

كنت قاضيا في الشام وحدث إن كنا مجموعة نمضي المساء عند احد الأصدقاء فشعرت بضيق نفس و إختناق شديد
فأستأذنت أصدقائي للرحيل فأصروا أن أتم السهرة معهم ولكني لم أستطع وقلت لهم أريد أن أتمشى لأستنشق هواء نقيا
خرجت منهم مشيا وحدي في الظلام وبينما أنا كذلك إذ سمعت نحيبا وابتهال آت من خلف التلة

نظرت فوجدت امرأة يبدو عليها مظاهر البؤس كانت تبكي بحرقة وتدعو الله
إقتربت منها وقلت لها:
( ما الذي يبكيك يا أختي)
قالت : (إن زوجي رجل قاس وظالم طردني من البيت و أخذ أبنائي و أقسم أن لا أراهم يوما وأنا ليس لي أحد ولامكان أذهب له)
فقلت لها:
(ولماذا لاترفعين أمرك للقاضي؟)
بكت كثيرا وقالت:
(كيف لإمرأة مثلي أن تصل للقاضي؟!!)

يكمل الشيخ وهو يبكي يقول:
{المرأة تقول هذا وهي لاتعلم أن الله قد جر القاضي (يقصد نفسه) من رقبته ليحضره إليها}
سبحان من أمره بالخروج في ظلمة الليل ليقف أمامها بقدميه ويسألها هو بنفسه عن حاجتها
أي دعاء دعته تلك المرأة المسكينه ليستجاب لها بهذه السرعه وبهذه الطريقه
فيامن تشعر بالبؤس وتظن أن الدنيا قد أظلمت فقط ارفع يديك للسماء ولاتقل كيف ستحل
يل تضرع لمن يسمع دبيب النملة

أفنضيق بعد هذا ؟
كونوا على يقين أن هناك شيئاً ينتظركم بعد الصبر

- إن الله لا يبتليك بشي إلا وبه خير لك .. حتى وإن ظننت العكس .. فأرح قلبك

-لَولا البَلاء ˛˛
لكانَ يُوسف مُدلّلا فِي حضن أبِيہ
ولكِنّـھ مَع البلَاء صار.. عَزِيز مِصر

-أفنضيـق بعد هذا ..؟!

كُونوا عَلى يَقينَ ..أنْ هُناكَ شَيئاً يَنتظْرُكمَ بعَد الصَبر .. ليبهركم فيْنسيّكم مَرارَة الألَمْ

Generasi Google hilang kreativiti

BAYLIS bimbang generasi hari ini terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer.
BAYLIS bimbang generasi hari ini terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer.
LONDON: Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami “kematian otak.”
Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.

“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya.

Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.

Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.

“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.


Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. “Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.

“Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya. - DM

Bunga bangkai mekar pada Hari Krismas

MELBOURNE - Sekuntum bunga bangkai atau nama saintifiknya, Titan Arum mekar sepenuhnya pada Hari Krismas di Taman Botani Diraja di sini, lapor akhbar dalam talian Daily Telegraph semalam.
Media berkenaan melaporkan, orang ramai mempunyai masa cuma 48 jam untuk melihat bunga itu sebelum tumbuhan tersebut layu dan mati.
"Saya dapat menghidu bau bunga itu walaupun berada di luar rumah kaca taman botani ini," kata koordinator tapak semaian taman botani berkenaan, David Robbins.
Berukuran setinggi 1.8 meter, Titan Arum mengeluarkan bau busuk seperti mayat reput.
Tumbuhan yang berada dalam keadaan dorman dari satu hingga tiga tahun sebelum berbunga itu merupakan yang pertama di negeri Victoria. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2GCPAXnu0 
Hakcipta terpelihara 

20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

SATU imej yang dirakam daripada laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat-mayat penduduk kampung bergelimpangan selepas sebuah kampung di wilayah Kahtaniyeh diserang tentera rejim Syria.


DAMSYIK - Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.
"Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu.
Sebuah video amatur yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah dan mayat seorang kanak-kanak ditutup dengan selimut di dalam sebuah rumah.
"Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa.
Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu.
"Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.
Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas.
Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2GCOEIeDr 
Hakcipta terpelihara