Pages

Sunday, December 9, 2012

Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa

Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa:


Lelaki warganegara Amerika Syarikat, Robert Paulding Rovers, 30-an (tengah) memeluk Islam di hadapan imam selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kelmarin.
PUTRAJAYA 8 Dis. - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain.
Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.
Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.
Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam.
Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.
"Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam," katanya di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121209/dn_05/Peluk-Islam-lepas-baca-kisah-Nabi-Isa#ixzz2EYBckJ2r
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Morsi beri isyarat sedia tolak ansur

Berita Harian | Morsi beri isyarat sedia tolak ansur:

Foto
Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di depan Istana Presiden bagi memprotes tindakan Morsi menentukan tindakannya tidak boleh dicabar pihak lain. - Foto AFP

Foto

Sanggup tunda pungutan suara, penentang terus berdegil

Kaherah: Presiden Mohamed Morsi, memberi isyarat sedia bertolak ansur dengan penentang dengan menawarkan untuk menangguhkan pungutan suara.

Naib Presiden Mesir, Mahmoud Mekki, mengeluarkan kenyataan menyatakan tawaran Morsi itu.

Penentang tak cabar

Tetapi, Morsi menegaskan, beliau hanya akan menimbangnya jika penentang memberi jaminan tidak akan mencabar langkah itu kerana pungutan suara biasanya perlu diadakan dua minggu selepas ia dikemukakan kepada presiden, kata Mekki.

Cuma, tawaran itu tidak memenuhi tuntutan penentang yang juga mahu Morsi menarik balik perintah khas yang memberikan lebih kuasa kepadanya.

Penyelaras bersama gabungan pembangkang, Mohamed ElBaradei berkata, Morsi akan kembali menyatukan rakyat jika membatalkan perintah khas itu dan menangguhkan pungutan suara.
Tangguh undian

Agensi berita melaporkan jawatankuasa pilihan raya menangguhkan permulaan undian untuk rakyat Mesir di luar negara sehingga Rabu ini, berbanding semalam seperti dirancang.

Ia tidak menyebut sama ada tindakan itu akan menjejaskan pengundian di Mesir.

Ibu kota Mesir dan beberapa bandar raya lain digegarkan dengan bantahan sejak 22 November lalu, apabila Morsi mengeluarkan perintah khas memberikan lebih kuasa kepada presiden dan meletakkan beliau mengatasi undang-undang.

Lewat kelmarin, penunjuk perasaan mengepung bangunan pentadbiran di Dataran Tahrir ketika kemarahan berterusan berhubung cubaan Morsi menerima Perlembagaan baru.

Penunjuk perasaan berkumpul sekitar istana presiden, merempuh kawat duri dan memanjat kereta kebal yang mengawal kerusi presiden dipilih secara bebas pertama Mesir, yang memegang jawatan Jun lalu.

Halang laluan

Pengawal Republikan menghalang laluan ke istana presiden selepas keganasan tercetus antara penyokong dan pembangkang Morsi, menyebabkan tujuh maut dan sekurang-kurangnya 350 cedera.

Morsi dikatakan mahu memberi kebenaran kepada tentera bertindak mengawasi keadaan selain membantu polis mengawal suasana, lapor akhbar Al-Ahram.

Blok pembangkang utama, Barisan Penyelamat Kebangsaan, berkata ia tidak akan menyertai dialog itu.

Jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Murad Ali, berkata tindakan pembangkang itu amat mengecewakan. - Agensi


'via Blog this'

Penduduk diminta tangkap ular sawa

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 4.5 meter ditangkap di Taman Negara Everglades pada 14 November, 2009.


WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida.
Orang ramai dialu-alukan menyertai usaha untuk menghapuskan spesies reptilia itu yang memakan burung, rusa, kucing hutan dan pelbagai haiwan lain yang menghuni kawasan Everglades.
Dianjurkan Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), pertandingan selama sebulan bermula 12 Januari depan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya.
"Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini," kata perkhidmatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Kali pertama ditemui di dalam paya Everglades pada 1979, ular sawa Burma mengambil masa 21 tahun untuk menjadi spesies paling dominan di kawasan itu.
Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2EVlSZQWt 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH ATAU PUN AIR MANI ???




Satu lagi soalan yang dijadikan hujah untuk menjatuhkan kredibiliti Al-Quran sebagai kitab yang benar adalah soalan di atas. 

Kita merujuk kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqan ayat 54: Mafhumnya:

Dan dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air

Di dalam surah Al-Haj pula, ayat ke 5:

Mafhumnya:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani……(hingga akhir)

- JAWAPANNYA -


Pihak orientalis barat mendakwa bahawa percanggahan di atas adalah bukti bahawa Al-Quran mempunyai kesalahan. Justeru yang mana satukah yang benar? Adakah manusia diciptakan daripada tanah ataupun air benih (air mani). Justeru dalam meneliti ayat-ayat di atas, ayuh kita teruskan pencarian kita.

Kita merujuk buku Al-Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin, beliau menerangkan bahawa manusia dijadikan dalam dua penciptaan yang berbeza, iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan Adam AS. Menurutnya lagi, nabi Adam AS diciptakan daripada tanah. Hal ini kerana nabi Adam AS diciptakan oleh Allah SWT tanpa ibu juga ayah. Begitu jugalah dengan nabi Isa AS. Bukti yang menunjukkan bahawa nabi Adam AS diciptakan daripada tanah ialah satu hipotesis yang diketengahkan oleh DR A Graham Cairnssmith dari universiti Glasgow pada tahun 1985. malahan pada tahun 2003 pula, artikel “Clay’s Matchmaking Could Have Prarked Life”, yang dilaporkan di Newscients.Com News Sevice (Online) menyatakan bahawa dua komponen asas kehidupan ditemui dan kedua dua komponen itu mungkin bermula tanah liat. Hal ini membuktikan bahawa benar manusia diciptakan dari komponen komponen tanah. Menurut Syeikh Said Hawa pula di dalam Al Asas Fit Tafsir, syeikh menyatakan bahawa tanah di sini mungkin juga dimaksudkan dengan khasiat yang diperlukan untuk kesuburan manusia yang diperolehi melalui tanah iaitu dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pandangan ini bersamaan dengan pandangan Prof Hamka di salam Tafsir Al Azhar.

Seterusnya manusia diciptakan dari air seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Furqan. Justeru memang benar manusia diciptakan dari air juga, tetapi siapa? Ini adalah merujuk kepada penciptaan keturunan nabi Adam AS. Jelas nyata bahawa penciptaan kita adalah berasal dari air yang terpancar seperti termaktub di dalam surah Al-Tariq ayat 5-7, surah ke 86 pada juzuk ke 30.

Hal ini telah diketahui umum bahawa kita diciptakan adalah hasil perhubungan ayah serta ibu kita. Kita ketahui bahawa ayah akan mengeluarkan air benih, air terpancar (sperma). Namun hakikatnya ibu juga akan mengeluarkan air yang terpancar yang terdapat di dalam benih yang bernama ovum.

Justeru jelaslah benar apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa manusia diciptakan dari dua bentuk penciptaan yang berbeza berdasarkan perbezaan penciptaan iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan nabi Adam AS. Wallahu A’lam.

- Sesungguhnya Ilmu Yang Diberikan Ini , Di Pinjamkan Kepada Saya Untuk Saya dan Anda Semua Supaya Berfikir dan Terus Berfikir Tentang Kebesaran Allah -