Pages

Monday, November 26, 2012

Kamera Leica dilelong RM7.48j



Anak perempuan kepada pemilik galeri gambar Westlicht, Mona Coeln, memegang kamera Leica milik jurugambar David Douglas Duncan yang dilelong pada harga RM7.48 juta di Vienna, Austria, kelmarin. - AFP
VIENNA 25 Nov. - Kamera Leica yang pernah menjadi milik jurugambar terkenal Amerika Syarikat (AS), David Douglas Duncan, dilelong pada harga 1.6 juta euro (RM7.48 juta) di sini, semalam.
Duncan menggunakan kamera M3D Leica buatan 1955 itu ketika beliau bekerja untuk majalah Life.
Menurut galeri gambar Westlicht yang mengendalikan lelongan tersebut, Leica membuat kamera itu khas untuk Duncan.
Kamera itu, sebelum ini dianggarkan akan dilelong pada harga antara 250,000 euro dan 300,000 euro (RM1.2 juta dan RM1.5 juta).
Duncan terkenal dengan gambar perangnya, termasuk yang diambil ketika perang Korea dan Vietnam, selain menjadi teman baik kepada Pablo Picasso.
Picasso merupakan antara pelukis agung dan berpengaruh di abad ke-20 yang terkenal sebagai pengasas bersama pergerakan seni Cubism.
Dalam majlis lelong yang diadakan semalam itu, beribu-ribu gambar lama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) turut dilelong. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_10/Kamera-Leica-dilelong-RM748j#ixzz2DKfQD94B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kisah benar: Siapa tuhan engkau?

Kisah Benar:

Di sebuah pos pemeriksaan,
Shabih (tentera Syiah), menahan sebuah bas kecil untuk pemeriksaan rutin dan terus ke pemandu bas kecil terbabit yang berkata: “Engkau keluar, aku tak suka muka engkau.”
Ianya terjadi di depan 14 shabiha yang lain.
Pemandu tadi keluar, kemudia Shabih tadi menanyakan soalan yang tipikal di Syria….

“Siapa tuhan engkau?”

Pemandu terbabit menjawab, “Tuhan aku adalah ALLAH.”

Kemudian shabih itu berkata, “Baiklah, biar ALLAH engkau menyelamatkan engkau dari aku!”

Shabih tadi memukul pemandu bas terbabit dengan belakang AK47 dengan penuh marah dan semasa shabih ini memukul, secara tidak sengaja, dia tertarik picu dan tertembak dirinya sendiri. Shabih ini mati di depan kawan-kawan shabihanya…

Mereka terkejut melihat apa yang baru sahaja berlaku di hadapan mereka dan menjerit Allahu Akbar, Allahu Akbar dan lari dari pos pemeriksaan terbabit

Ianya bukan kemalangan…ini adalah kuasa ALLAH….Ini adalah perlindungan dari ALLAH bila Shabih tadi berkata kepada pemandu terbabit, biar ALLAH menyelamatkan engkau dari aku!

90 kali bedah untuk tampan

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.
Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.


Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

Hezbollah beri amaran kepada Israel



NASRALLAH


BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.
Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.
Kenyataan tersebut dibuat selepas pergerakan Hamas dan Israel menghentikan serangan pada Rabu lalu selepas rejim Zionis melancarkan serangan di Gaza selama lapan hari.
"Israel telah digegarkan dengan lima serangan roket sepanjang lapan hari konflik itu sebelum ini.
"Bagaimana pula rejim Yahudi itu hendak menghalang ribuan serangan roket yang akan jatuh ke Tel Aviv dan bandar-bandarnya jika ia menyerang Lebanon? soalnya.
Menurutnya, dalam konflik terbaharu di Gaza, seramai 166 penduduk Palestin terbunuh dan enam warga Israel maut sekali gus menunjukkan kejayaan hebat terhadap penentangan terhadap Israel.
Hezbollah telah menghantar sebuah pesawat pengintip ke ruang udara Israel pada bulan lepas.
Penghantaran itu mewujudkan ketegangan di wilayah tersebut selepas Israel mengancam untuk mengebom lokasi nuklear milik Iran. - Agensi