Pages

Wednesday, October 31, 2012

Guru agama mati ditembak di Pattani



PATTANI 30 Okt. - Seorang guru beragama Islam ditembak mati sekumpulan bersenjata dalam satu serangan terbaru di wilayah selatan Thailand, di sini awal hari ini.
Menurut polis, serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 7.45 pagi di satu persimpangan di Lebuh Raya 401 menghubungkan Yala dan Pattani.
Mangsa dikenali sebagai Mahama Ma-ae, 74, seorang guru agama di Sekolah Thamwitthaya Moolanithi di daerah Muang, wilayah Yala.
Polis berkata, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah kampung di Khao Tum ke sekolahnya menaiki sebuah trak pikap.
Semasa tiba di persimpangan itu, kenderaan Mahama dipotong oleh sebuah lagi trak yang dinaiki penyerang terbabit sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan menggunakan rifel M-16 ke arah cermin depan trak yang dinaiki mangsa.
"Beberapa das tembakan mengenai kepala dan badan Mahama menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," kata polis.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121031/lu_03/Guru-agama-mati-ditembak-di-Pattani#ixzz2ArfOHDEN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Myanmar dikritik tidak ambil tindakan

MyanmarSeluruh bandar Pauk Taw, Rakhine musnah terbakar akibat pertempuran etnik terbaru pada 21 Oktober lalu. Foto: AP
SITTWE - Mangsa keganasan etnik di barat Myanmar mengkritik kerajaan selepas didakwa gagal menghalang insiden pertempuran terbaru antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang menyebabkan lebih 32,000 kehilangan tempat tinggal pada minggu lalu.

Insiden berdarah yang kembali tercetus pada 21 Oktober lalu itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 84 terkorban manakala 129 lagi cedera.

Seorang penduduk Rohingya yang kini berlindung di kem Thecahung di luar Sittwe dan dikenali Kyaw Myint memberitahu pihak berkuasa langsung tidak membantu menyelesaikan masalah itu.

"Tidak ada pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada kami. Kini, kami tiada lagi tempat untuk berteduh atau sebarang pekerjaan bagi menyara hidup.

"Kerajaan juga seperti tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Kemanusiaan dan Penduduk di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Ashok Nigam berkata, jumlah penduduk Rohingya yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik meruncing di Rakhine meningkat kepada lebih 30,000 orang.

Difahamkan peningkatan jumlah itu susulan tindakan nekad kira-kira 5,600 penduduk meninggalkan kampung mereka yang terbakar dan menuju ke selatan pulau Sittwe untuk mendapat perlindungan.

Sejak Jun lalu, sekurangkurangnya 107,000 penduduk Rohingya kehilangan tempat tinggal berikutan kawasan penempatan mereka dibakar pihak tidak bertanggungjawab. - AP

Taufan Sandy serang New york

Hurricane Sandy barrels toward Northeast.
Sandy, described as a behemoth superstorm that is strengthening as it moves toward land, was about 300 miles southeast of New York at 8 a.m., according to the National Hurricane Center. The center of the storm is expected to hit in the mid-Atlantic coast around southern New Jersey and is expected to impact some 50 million people in the nation's most heavily populated corridor. 

New York tenggelam

New York tenggelamPihak berkuasa menunda pasir di kawasan pesisir pantai Fort Lauderdale, Florida, AS.
NEW YORK - Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.

“Ribut memusnahkan ratusan kediaman dan bangunan serta lebih lima juta penduduk terputus elektrik,” katanya.

Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.

“Kami pindahkan kesemua pesakit ke hospital New York selepas akses telefon turut terputus,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam.

“Kami nasihatkan mereka supaya menggunakan panggilan 911 bagi tujuan ancaman nyawa sahaja,” katanya.

Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin  mencecah 144 kilometer sejam. -CNN

Arpan bangga ada 25 jari

KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.
KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.
BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.
Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.

“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.

Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.


Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.

“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - TS

Pesawat lama dijadikan tadika




SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar di dalam pesawat Yakovlev Yak-42.


RUSTAVI, Georgia - Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini.
Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak.
Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika.
Chapidze berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bermain dengan menekan 1,500 butang di kokpit pesawat berkenaan.
Institut itu menguruskan pentadbiran tadika tersebut.
Pihak institut berkenaan mengenakan bayaran sebanyak 70 euro (RM276.72) sebulan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Pesawat itu dibina syarikat Saratov Aviation Plant, Rusia. - Agensi

Keranda dilengkapi sistem karaoke




SEORANG pekerja menguji sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke di kilang milik Nogoy di wilayah Pampanga semalam.


MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.
Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.
Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.
Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu. - Agensi

Angkasawan lihat Sandy dari angkasa lepas




IMEJ satelit yang dirakamkan kelmarin menunjukkan taufan Sandy di luar pantai timur Amerika Syarikat.


CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas.
Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.
Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut.
Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam.
Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.
Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik.
Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam.
Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio.
Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts dengan Presiden AS, Barack Obama.
Taufan itu juga menyebabkan sistem tren bawah tanah di bandar raya New York mengalami kerosakan teruk dalam tempoh 108 tahun.
"Ia akan menjadi salah satu rekod," kata Naib Presiden Kanan Consolidated Edison, John Miksad.
Beliau menyatakan, lebih 670,000 pelanggan syarikat itu yang tidak mendapat bekalan elektrik akibat taufan tersebut di bandar raya New York. - Agensi

Obama isytihar bencana besar



BEBERAPA buah kereta tenggelam di New York.


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.
Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.
Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.
Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.
Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.
Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.
Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.
Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.
Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi