Kosmo! Online - Dunia: "
BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai.
Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui.
Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin.
Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu.
Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru.
Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik. - Agensi"
'via Blog this'
Pages
▼
Tuesday, October 9, 2012
Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki
SEBUAH kereta berperisai tentera Turki mengawal kawasan di bandar Akcakale yang terletak di sempadan Syria kelmarin. |
Kosmo! Online - Dunia: "
ANKARA – Agensi berita pemerintah Turki menyatakan bedilan meriam tentera Syria mengenai wilayah Turki untuk hari keenam.
Agensi berita Anadolu melaporkan bedilan meriam itu mengenai sebuah kawasan tanaman kapas dekat bandar Altinozu, berhampiran sempadan kedua-dua buah negara semalam.
Bagaimanapun, tiada laporan bahawa tentera Turki bertindak balas.
Terdapat beberapa orang yang bekerja di kawasan berkenaan ketika kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Ankara dan Damsyik saling berbalas bedilan meriam dan mortar sejak Rabu lalu.
Turki melakukan serangan balas itu apabila lima penduduknya maut akibat bedilan meriam Syria mengenai rumah di bandar Akcakale.
Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan perang saudara di Syria akan merebak menjadi konflik serantau melibatkan Turki.
Turki merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Agensi"
'via Blog this'