MENYEDARI dunia Internet adalah suatu alam terbuka untuk mereka yang mahu merebut peluang menjadi kaya, seorang lelaki warganegara Switzerland tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan itu.
Pages
Wednesday, December 28, 2011
Jenayah maya tanpa sempadan
MENYEDARI dunia Internet adalah suatu alam terbuka untuk mereka yang mahu merebut peluang menjadi kaya, seorang lelaki warganegara Switzerland tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan itu.
kisah Tsa'labah dan AlQomah Antara Kebenaran Dan Fitnah
Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Ceritanya begini:
Tsa’labah ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.
Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.
Nabi s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.
Persoalannya :
Siapakah Tsa’labah ini?
Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?
Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w.
Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan sahabat r.a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan sahabat r.a. (yang sebenarnya untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.
Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.
Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.
Kami Sokong Tokguru: kisah Tsa'labah dan AlQomah Antara Kebenaran Dan Fitnah:
'via Blog this'
Perbicaraan Mubarak disambung semula selepas rehat tiga bulan
KAHERAH: Perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak disambung semula hari ini selepas rehat tiga bulan yang menyaksikan nasib pemimpin itu semakin gelap akibat dicemari pertempuran berdarah dan kemenangan parti Islam dalam pilihan raya.
Mubarak berdepan kemungkinan dijatuhi hukuman mati jika dia didapati terbabit dalam pembunuhan kira-kira 850 orang ketika tunjuk perasaan yang menggulingkannya pada Februari lalu.
Bekas presiden berusia 83 tahun itu, tiba dengan ambulans di Akademi Polis yang pernah menggunakan namanya dan dibawa menggunakan kerusi roda ke dalam mahkamah.
Kira-kira 5,000 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perbicaraan berkenaan dan dibantu pihak tentera. - AFP
1 maut, 10 cedera parah serangan udara Israel
Ahli perubatan dan pihak berkuasa Palestin, berkata mangsa yang terbunuh dikenali Abdallah al-Telbani, 22, ketika beliau sedang menaiki beca bermotor di kem pelarian Jabaliya di utara tebing itu ketika serangan berlaku.
Pegawai kementerian kesihatan berkata, serangan kedua disasarkan ke arah sebuah jip yang mencederakan 10 mangsa, di mana ketika itu ia sedang menuju ke timur Bandar Gaza. - AFP
'via Blog this'
Honda tak jual kereta banjir
PIHAK media melihat proses pemusnahan kenderaan Honda yang rosak akibat banjir di Thailand.
SEORANG petugas Honda berjalan dekat deretan kenderaan yang rosak selepas dilanda banjir di Thailand.
Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.
Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.
Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.
“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP
'via Blog this'
Sekutu al-Qaeda akui perancang serangan Baghdad
Serangan terancang pada Khamis lalu mensasarkan pasar, kedai runcit, kafe dan bangunan kerajaan di kebanyakan kejiranan penduduk Syiah.
Ia berlaku ketika krisis kepemimpinan meletus membawa kepada ketegangan hubungan antara Sunnah dan Syiah.Ia adalah serangan besar-besaran pertama sejak tentera Amerika Syarikat melengkapkan pengunduran penuh dari Iraq bulan ini.
Pada masa sama, ia menambah keraguan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Iraq untuk melindungi negara itu. Hampir 200 orang cedera dalam pengeboman itu.
Menurut Kumpulan Perisikan SITE, sebuah organisasi berpusat di Amerika yang memantau lalu lintas web kumpulan jihad, pengakuan itu dihantar lewat kelmarin dalam laman web militan.
Kumpulan Negara Islam Iraq menggelar serangan itu sebagai ‘pencerobohan hari Khamis,’ bertujuan menyokong penduduk Sunnah yang dipenjara dan membalas dendam terhadap mereka yang dipenggal kerajaan Syiah.
“Serangan khas dilancarkan bagi menyokong tahanan Sunnah di penjara ditadbir golongan murtad dan membalas dendam terhadap tahanan yang dipenggal,” kata kenyataan mereka.
Kumpulan itu juga berkata serangan berkenaan adalah bukti bahawa mereka ‘tahu di mana dan bila untuk menyerang dan mujahidin tidak akan berdiri dengan tangan mereka terikat berpunca daripada rancangan berasal dari Iran.’
Kenyataan itu merujuk kepada tuduhan pemimpin Sunnah bahawa kerajaan Syiah bersekongkol dengan negara jiran Syiah, Iran, musuh ketat Baghdad ketika di bawah pemerintahan rejim Saddam Hussein.
Washington dan sesetengah pegawai Iraq memberi amaran kemunculan semula militan Sunnah dan Syiah serta meningkatnya keganasan selepas pengunduran tentera Amerika. – AP
'via Blog this'
Pertahan demokrasi, tolak konspirasi
PENYOKONG Benazir memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan bekas pemimpin itu Hyderabad, Pakistan. |
Mesej Presiden Pakistan memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan Benazir Bhutto
ISLAMABAD: Presiden Pakistan Asif Ali Zardari berkata, cara terbaik memberi penghormatan kepada bejas Perdana Menteri dibunuh Benazir Bhutto pada ulang tahun keempat kematiannya adalah untuk menggagalkan 'konspirasi' anti demokrasi.
“Pada hari ini, kita memberi penghormatan kepada Benaazir. Cara terbaik untuk melakukannya ialah mempertahankan dan melindungi demokrasi serta institusi demokratik dalam negara dan menggagalkan semua konspirasi terhadapnya,” kata Zardari dalam satu kenyataan.
“Marilah kita pada hari ini bersama-sama bersatu dalam melaksanakan misi demokratik Benazir yang ketika beliau hidup berusaha memerangi pemerintahan kuku besi dan mereka yang memburuk-burukkan dan membubarkan institusi demokratik.
“Justeru saya menggesa semua pihak yang menyokong proses demokratik dan rakyat Pakistan yang patriotik untuk menggagalkan semua konspirasi ke atas demokrasi dan institusinya,” kataZardari.
Beliau memberi mesej itu ketika ketegangan dianggap masih memuncak antara tentera dan kerajaan sejak beberapa hari lalu mengenai satu memo rahsia yang meminta campur tangan Amerika bagi menghalang rampasan kuasa tentera.
Teori konspirasi dianggap sesuatu yang mendapat kepercayaan ramai penduduk Pakistan dengan Zardari sendiri menganggap pembunuhan Benazir berpunca daripada satu konspirasi.
“Pembunuhannya adalah satu konspirasi untuk membersihkan dunia daripada senjata terbaik memerangi keganasan pelampau antarabangsa. Ia adalah satu konspirasi untuk merampas harapan terbaik Pakistan harapan untuk menubuhkan satu demokrasi yang berfungsi penuh,” katanya lagi.
Zardari mengeluarkan kenyataan itu walaupun pemimpin tertinggi tentera menafikan mahu merampas kuasa manakala hakim kanan Mahkamah Agung meneliti gesaan daripada tentera dan pembangkang supaya menyiasat memo rahsia itu, minggu lalu.
Memo itu dikatakan dihantar kepada Washington Mei lalu bagi meminta bantuan menghentikan rampasan kuasa tentera selepas komando Amerika melakukan serbuan dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani menafikan laporan beliau merancang memecat ketua perkhidmatan risikan dan tentera yang berkuasa negara itu di tengah ketegangan berhubung memo rahsia terbabit.
Katanya, beliau tidak menganggap jeneral itu sebagai ancaman kepada demokrasi, bertentangan dengan kenyataan yang dibuatnya minggu lalu. – AFP Berita Harian Online | Pertahan demokrasi, tolak konspirasi:
'via Blog this'
Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus
KUALA TERENGGANU - Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH, tegas Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.
'via Blog this'
Orang minyak mengganas
GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.
'via Blog this'
Ahli politik ditangkap khalwat
KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
'via Blog this'
Berasmara di bilik mandi masjid
KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
'via Blog this'
Penganut Syiah hadiri sesi kaunseling, bebas penjara
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan tujuh penganut Syiah yang ditahan dalam tunjuk perasaan menyokong bantahan pro-demokrasi yang majoritinya penganut Syiah dari Bahrain dan mengecam campur tangan tentera Arab Saudi di wilayah timur yang kaya dengan minyak, awal tahun ini, kata aktivis, semalam.
Mereka telah menghadiri ‘sesi kaunseling’ yang diadakan oleh ulama Syiah sebelum dibebaskan dari penjara, kata sumber itu lagi.
Ia merupakan bantahan terbesar di wilayah timur pada Mac lalu, di mana sejumlah 385 orang ditahan.
Menurut aktivis itu, 60 masih lagi dalam tahanan.
Antara yang ditahan ialah ulama Syiah, Sheikh Tawfiq al-Amer, aktivis hak asasi manusia Fadel al-Muasif dan penulis Nazir al-Majid.
Arab Saudi mempunyai kira-kira dua juta penganut Syiah di negara itu dan majoritinya tinggal di wilayah timur dan mengadu dipinggirkan dalam kerajaan yang dikuasai oleh penganut ahli Sunnah.
Empat penganut Syiah ditembak mati, bulan lalu. - AFP
'via Blog this'
Bapa diperintah bela diri perkosa anak sulung
HAH ALAM: Seorang pekerja kilang kenderaan diperintah membela diri atas tiga tuduhan merogol anak sulungnya yang berusia 11 tahun, selepas mangsa pulang dari sekolah, di Bukit Beruntung, dekat sini, tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap bapa kepada tiga anak itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membela diri mulai semalam. Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga murid darjah lima itu di rumahnya, jam 2 petang pada 14, 15 dan 17 April 2010.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sepanjang kes pada peringkat pendakwaan, seramai 10 saksi tampil memberi keterangan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Manakala, tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh bertindak merogol anak kandungnya pada kali pertama selepas menonton video lucah.
Ketika kejadian, lelaki itu berada di rumah kerana bekerja petang.
Manakala isterinya bekerja pada siang hari. Tembelang tertuduh pecah apabila anaknya itu terpaksa memberitahu rakan baik di sekolah kerana takut akan mengandung akibat perbuatan bapanya.
'via Blog this'
Guru agama dicekup khalwat
KUALA KUBU BHARU: Gila seks. Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk rumah jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis selepas wanita berusia 37 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa bersendirian dalam rumahnya di Kerling, di sini, manakala suaminya seorang pekerja ladang keluar bekerja.
“Mangsa yang baru saja pulang dari bekerja masuk ke dalam bilik untuk berehat dengan pintu belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.
“Ketika di dalam biliknya, dia menyedari kehadiran jirannya yang sedang berbual melalui telefon bimbit di bahagian belakang rumah,” katanya.
Sumber berkata, suspek terbabit kemudiannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa dan menghampiri mangsa yang sedang tidur.
“Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa yang terkejut dengan ajakan berkenaan bertindak memarahinya supaya keluar dari rumah berkenaan.
“Namun, suspek dikatakan tidak mengendahkan amaran mangsa sebaliknya terus mengajak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mangsa yang ketakutan terpaksa berlari keluar,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa pergi ke rumah salah seorang jiran meminta pertolongan jiran berkenaan dan menghubungi suaminya memaklumkan kejadian itu.
Katanya, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Kerling membuat laporan berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy berkata, suspek berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.
'via Blog this'
Jiran ceroboh minta seks
KUALA KUBU BHARU: Gila seks. Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk rumah jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis selepas wanita berusia 37 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa bersendirian dalam rumahnya di Kerling, di sini, manakala suaminya seorang pekerja ladang keluar bekerja.
“Mangsa yang baru saja pulang dari bekerja masuk ke dalam bilik untuk berehat dengan pintu belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.
“Ketika di dalam biliknya, dia menyedari kehadiran jirannya yang sedang berbual melalui telefon bimbit di bahagian belakang rumah,” katanya.
Sumber berkata, suspek terbabit kemudiannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa dan menghampiri mangsa yang sedang tidur.
“Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa yang terkejut dengan ajakan berkenaan bertindak memarahinya supaya keluar dari rumah berkenaan.
“Namun, suspek dikatakan tidak mengendahkan amaran mangsa sebaliknya terus mengajak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mangsa yang ketakutan terpaksa berlari keluar,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa pergi ke rumah salah seorang jiran meminta pertolongan jiran berkenaan dan menghubungi suaminya memaklumkan kejadian itu.
Katanya, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Kerling membuat laporan berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy berkata, suspek berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.
'via Blog this'
Tentera Syria berundur
BEIRUT: Selepas beberapa hari diserang hebat, tentera Syria mula mengundurkan kereta kebal mereka dari bandar Homs yang bergolak, semalam.
Pada masa yang sama, pemerhati Liga Arab juga dikatakan dalam perjalanan ke tengah bandar itu, menurut aktivis dan pegawai Arab.
Seorang aktivis pembangkang, Mohammed Saleh, berkata serangan bom ke atas Homs berhenti pagi semalam dan kereta kebal mula keluar dari bandar itu.
Seorang lagi aktivis Hom yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia melihat kereta kebal bergerak meninggalkan bandar itu melalui lebuh raya menuju bandar Palmyra di timur.
Beberapa hari kebelakangan ini, pasukan tentera mengebom bandar Homs dengan hebat walaupun Damsyik sudah memberi persetujuan kepada Liga Arab untuk menghentikan pertumpahan darah.
Misi Pemerhati Liga Arab ini untuk memastikan pihak kerajaan mematuhi perjanjian menghentikan tindakan ganas selama sembilan bulan ke atas kumpulan penentang.
Penentang Presiden Bashar Assad bagaimanapun, tidak yakin Liga Arab akan dapat membuatkan pemimpin autokratik itu berganjak.
Ketua pembangkang Syria, Burhan Ghalioun telah meminta Liga Arab untuk memohon bantuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBB berkata, kira-kira 5,000 orang terbunuh dalam keganasan politik sejak Mac lalu.
Di Kaherah, pegawai di bilik operasi Liga Arab yang tidak mahu dikenali berkata, ketua misi to Syria, Jeneral Mohamed Ahmed Mustafa al-Dabi dari Sudan, bersama 12 pemerhati, dalam perjalanan ke Homs, semalam.
Homs adalah bandar ketiga terbesar di Syria dan mempunyai penduduk seramai 800,000.
Ia merupakan pusat pemberontakan menentang Bashar, terletak kira-kira 160 kilometer di utara Damsyik.
Penduduk Syria menganggap Homs sebagai “Pusat Pemberontakan.”
Kelmarin, pasukan keselamatan Syria membunuh kira-kira 42 orang, majoriti di Homs.
“Semalam keadaan tenang, tidak seperti hari-hari sebelum ini.
“Serangan dilakukan selama behari-hari tetapi semalamlah yang paling teruk,” kata Saleh. - AP
'via Blog this'