Pages

Artikel dari Ridwan Tee yang mesti dibaca



Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.
Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?
Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.
Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.
Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.
Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.
Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.
Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.
Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.
Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.
Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.
Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.
Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.
Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.
Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.
Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Ridhuan Tee

Penyelia Pusat Hiburan Ditemui Mati Tergantung



GEORGETOWN: Seorang penyelia pusat hiburan ditemui mati tergantung manakala isterinya pula ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam bilik di sebuah pangsapuri di Jalan Siput Lala, Tanjung Tokong malam Isnin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata lelaki berkenaan Ooi Chong Seng, 29, yang bekerja di sebuah pusat hiburan berhampiran, ditemui mati dengan lehernya tergantung pada kain di tingkap.
Mayat isterinya pula, Yang Xiaohua, 20-an, warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditemui terbaring di atas katil di dalam bilik yang sama dengan kesan kelar di leher.
Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam tadi, Mohd Nasir berkata polis yang menerima maklumat daripada rakan kepada salah seorang mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira 8.20 malam, segera bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata polis terpaksa memecah masuk ke pangsapuri tersebut yang terletak di tingkat tiga selepas mendapati pintu rumah dikunci dari dalam dan hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua mayat di bilik hadapan pangsapuri empat tingkat itu.
"Siasatan awal pihak patologi mendapati kejadian dipercayai berlaku 16 jam sebelum disedari oleh salah seorang rakan mangsa yang membuat laporan polis selepas gagal menghubungi mangsa," katanya.
Beliau berkata sijil perakuan kahwin kedua-dua mangsa yang dikeluarkan dari negara Thailand dan sebilah pisau buah-buahan yang dipercayai digunakan sebagai senjata, turut dijumpai di tempat kejadian.
"Siasatan awal polis mendapati motif kejadian disebabkan timbulnya perasaan cemburu mangsa lelaki yang bertindak mencekik isterinya sebelum membunuh diri," katanya.
Mohd Nasir berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Katanya polis meminta kerjasama orang ramai khususnya jiran kepada mangsa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Naim Asmawi di talian 019-5728844 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822.
Sementara itu, bapa Chong Seng, Ooi Kon Liong, 56, seorang nelayan dari Teluk Kumbar, berkata anak sulungnya adalah seorang yang berdikari.
"Chong Seng jarang memberitahu kami tentang kehidupan sehariannya dan kami pun tidak mengetahui bahawa dia telah mendirikan rumah tangga bersama seorang perempuan warga China tetapi saya berasa amat sedih kerana kehilangan seorang anak yang berdikari," katanya ketika ditemui pemberita.
Katanya Chong Seng, yang hanya bersekolah sehingga tingkatan empat, berpindah keluar untuk menyewa rumah di Tanjung Tokong, lima tahun lepas.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan Chong Seng adalah ketika dia balik ke rumah untuk beri kami wang saku bulanan dan makan malam bersama ibu dan adik perempuannya, dua minggu yang lalu," katanya. - BERNAMAmstar

Bilik Tidur Dirempuh Kereta, Pasangan Warga Emas Selamat

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas tidak menyangka tindakannya ke dapur untuk mendapatkan segelas air telah menyelamatkan nyawanya apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh bilik tidur di rumahnya di Jalan Kamaruddin di sini malam Isnin.
Jamillah Abdul Rahman, 63, berkata kejadian pada 10.30 malam itu berlaku hanya beberapa saat setelah beliau meninggalkan bilik tidurnya.
"Saya tidak percaya setelah melihat sebuah kereta dalam bilik saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Jamillah berkata suaminya Wan Harun Awang, 64, yang baru pulang daripada menunaikan solat terawih, juga bernasib baik kerana berada di ruang tamu ketika itu.
Wan Harun membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan merancang untuk membaiki rumah secepat mungkin.
Pemandu kereta Proton Wira itu, Mohd Shah Isniza Ismail, 20an, berkata kejadian berlaku kerana dia ketika itu tergesa-gesa untuk pergi ke rumah tunangnya.
"Entah bagaimana saya hilang kawalan kereta," katanya. - BERNAMAmstar

Remaja Cedera Mercun Buatan Sendiri Meletup

KOTA BARU: Kebolehan seorang remaja lelaki di Kampung Geting Tumpat mencipta mercun buatan sendiri akhirnya membawa padah apabila mercun itu meletup menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur.
Mangsa, Mohd Nazirul Hasif Mailang, 12, yang pernah mewakili negara ke Jepun dalam sukan bola sepak Piala Asia Bawah 12 Tahun bulan lalu, juga hampir kehilangan empat kuku jari tangan kirinya, selepas tergesa-gesa berbuka puasa bersama keluarga, malam tadi.
Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini Mohd Nazirul Hasif berkata kejadian berlaku ketika beliau cuba membakar mercun ciptaan menggunakan 'starter' lampu kalimantang apabila ia tiba-tiba meletup tanpa sempat melarikan diri.
Akibat letupan itu, anak sulung daripada empat beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 itu cedera dan melecur di beberapa bahagian badan antaranya empat kuku jari tangan kirinya hampir tercabut, cedera di pipi, lengan kanan dan mata kanan.
Selain beliau, seorang adiknya yang kebetulan berada berhampiran turut cedera ringan terkena serpihan letupan itu.
Sementara itu bapa mangsa, Mailang Sari, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika mereka sekeluarga berada di warung miliknya sewaktu berbuka puasa.
"Ketika kejadian saya dan isteri, Zuraidah Kamaruddin, 36, bersama empat anak termasuk mangsa sedang berbuka puasa di warung.
"Mohd Nazirul Hasif yang selesai dahulu (makan) dilihat tergesa-gesa masuk ke bahagian dapur warung dan beberapa minit selepas itu tiba-tiba kami terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan dentuman yang kuat dari arah dapur," katanya.
Katanya sebaik masuk ke dapur beliau terkejut melihat anak sulungnya itu sedang berdiri kaku dengan pakaiannya dipenuhi darah serta beberapa peralatan untuk membuat mercun bertaburan sebelum terus mengangkat anaknya yang bagaikan tidak sedarkan diri ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, akibat kecederaan yang agak serius, anaknya kemudian dibawa ke HRPZ II pagi ini untuk rawatan lanjut tetapi dibenarkan keluar setelah menerima rawatan dengan beberapa jahitan di jari dan tangannya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Mohd Nazirul Hasif merupakan kes keempat dirujuk ke HRPZ II akibat mercun tahun ini, di mana kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, yang hanya cedera ringan.
"Kes kedua berlaku pada 3 Ogos, membabitkan remaja berusia 19 tahun yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah, manakala kes ketiga berlaku pada 7 Ogos lalu membabitkan remaja berusia 15 tahun yang nyaris putus tangan," katanya. - BERNAMAmstar

JAIS: Waran Kehadiran Kepada 12 Individu Islam

PETALING JAYA: 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di sini Rabu lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan kes berkenaan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.
“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.
“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.
Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.
"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya.
Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.
Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.
Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.
Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan.mstar

Masih adakah lagi Manusia seperti ini



Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya. Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah manjaddawajada

Isu Gereja DUMC : Bukti & dokumen di buang dalam sampah!



Ini sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham. Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku. Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik. Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais? Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik. Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku? Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam. Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS. Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?
Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka. Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini? Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian. Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah. Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini. Masjid dan surau pantaulah benda ini. Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS? Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad. Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke? Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga, positif juga dengan Istana.


Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah 

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan. JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988. Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali. Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”. Motto ini ada dalam gereja.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya. Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus. Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.



Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak 
Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam. Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya (kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang. Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.


Penutup Dr Dzulkhaini Husain; 

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku? Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi. - OLEH HELME HANAFI



Dipetik daripada blog MiM
-SH

Umat Islam digesa bantu Somalia


Anisa Osman, bayi perempuan berusia enam bulan yang kekurangan zat dan menghidap hydrocephalus, terbaring di wad pediatrik di Hospital Banadir di Mogadishu, Somalia dalam gambar 7 Ogos ini. - REUTERS

ANKARA 8 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa umat Islam menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Somalia yang dilanda kebuluran akibat kemarau, terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Somalia sedang mengalami tragedi kemanusiaan yang besar dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak, kata Ihsanoglu, menurut laporan agensi berita Turki, Anadolu.
"Bilangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang maut di Somalia dalam tempoh tiga bulan lalu sudah mencecah 29,000 orang," kata beliau dalam pertemuan dengan anggota Majlis Arab Saudi-Turki dan Konsul Jeneral Turki di Jeddah, Salih Mutlu Sen semasa majlis berbuka puasa, kelmarin.
Somalia kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun, tertumpu di kawasan sempadan dengan Kenya dan Habsyah.
Turut dilanda kemarau ialah Uganda dan Djibouti.
Selain kemarau, berpuluh-puluh ribu penduduk Somalia terpaksa melarikan diri disebabkan krisis kemanusiaan di rantau tersebut.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) buat kali pertama pada abad ini mengisytiharkan krisis kebuluran di Somalia, termasuk di Mogadishu dan di empat wilayah di selatan Somalia, dan memberi amaran masalah kebuluran boleh merebak.
Sebahagian besar daripada selatan Somalia, termasuk kebanyakan kawasan yang diisytiharkan mengalami kebuluran oleh PBB, dikuasai pemberontak Shebab yang terus melarang beberapa agensi bantuan utama daripada beroperasi.
"Somalia yang dilanda kemarau sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk di dunia hari ini dan krisis bekalan makanan terburuk di Afrika sejak kebuluran di negara itu pada 1991-92," menurut amaran PBB. - Bernama/AFP-utusan

Bersyukur dikurnia anak kembar empat


Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39
bersama anak kembar empat.

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.-utusan

Suasana pilu


Shaari Balad (tengah) menangis sambil memeluk dua anaknya ketika menuntut mayat isterinya, Sara Gunung di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam. – utusan/Roy Azis Abd. Aziz

CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini apabila kaum keluarga hari ini tampil menuntut mayat tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil semalam.
Mereka yang kebanyakannya masih trauma dengan tragedi itu tidak mampu menahan kesedihan apabila diberi peluang membuat pengecaman mayat ahli keluarga masing-masing.
Proses pengecaman yang bermula pukul 9 pagi ini berakhir kira-kira pukul 2 petang.
Mayat pertama, Sara Gunung, 37, dibawa keluar dari rumah mayat pukul 2.35 petang manakala mayat terakhir, Mohd. Iqbal Jaafar, 15, dituntut ahli keluarga pada pukul 4 petang.
Semua mayat mangsa bukan Islam kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Lapan di sini manakala jenazah mangsa beragama Islam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Setia di sini.
Antara hadir menziarahi keluarga mangsa ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang semalam, tujuh termasuk empat wanita dan tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah.
Mangsa yang terbunuh ialah Normadiah Lasik, 69; Ali Hassan, 50; Jaafar Balad, 49; Mohd. Iqbal, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51, dan Yusmizan Yusof, 22.
Dua lagi yang cedera parah adalah Bah Anjang Besar Alang, 39, dan Serry Priska Saari, 15.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, mangsa pertama Normadiah ditemui pada pukul 6.30 petang; Ali (11.22 malam); Sara Gunung (12.29 pagi) dan Yusmizan (12.32 pagi).
Katanya, mayat Mohd. Iqbal dan Jaafar dijumpai pada pukul 1.16 pagi manakala Norma Gunung pukul 1.20 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat oleh 248 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi dihentikan pada pukul 1.50 pagi selepas kesemua mayat ditemui.
Sementara itu, Wan Zahri berkata, pemantauan masih dijalankan di lokasi kejadian bagi mengelak kawasan berkenaan dicerobohi.
“Polis akan terus melakukan kawalan di lokasi runtuhan berikutan struktur tanah yang masih lembut dan berisiko untuk runtuh.
“Buat masa ini, seramai 60 penduduk yang terselamat ditempatkan di Dewan Serbaguna Brinchang sebagai perlindungan sementara,” katanya.
Sebanyak 145 keluarga membabitkan kira-kira 1,300 penduduk tinggal di kawasan penempatan Orang Asli itu.
-utusan