Pages
Friday, January 7, 2011
Banjir Di Kelantan Semakin Buruk
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kelantan semakin bertambah petang ini kepada 866 orang berbanding 376 mangsa yang dilaporkan pada sebelah pagi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sehingga kini 13 pusat pemindahan telah dibuka di lima daerah iaitu Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
Meski keadaan cuaca di beberapa kawasan agak cerah, faktor hujan yang masih turun secara renyai-renyai dan sederhana berterusan itu menyebabkan air yang menenggelami kawasan semakin naik.
Enam laluan, membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat ditutup kepada kenderaan ringan, manakala satu laluan, iaitu KM2 Jalan Banir-Belikong-Tasik Pauh di Pasir Puteh di tutup kepada semua kenderaan.
Paras air di Sungai Golok kini masih bertahan di paras 9.9 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga."
Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama
IPOH: Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya merempuh bangunan lama menempatkan deretan kedai dan ditimpa konkrit simen bangunan itu dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, pekan Chemor, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, dari Kampung Tunku Husin, Manjoi, cedera di kepala dan beberapa anggota badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila treler bermuatan batu bata yang dipandu dari Kanthan ke Ipoh hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
Katanya, sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap runtuhan kedai bagaimanapun tiada pemandu dalam kenderaan.
Beliau berkata, antara kedai yang terbabit ialah kedai menjual alat memancing, kedai gunting rambut dan sebuah kedai kosong, bagaimanapun pemilik kedai tidak berada di premis berkenaan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."
Berita Harian Online | Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama: "
New York lumpuh akibat ribut salji
| ||
BASIKAL dan kereta antara pengangkutan yang ditenggelami timbunan salji. |
SALJI tidak menghalang orang ramai membeli-belah di Union Square, New York. |
| ||
Arkitek cipta simen lut cahaya
SEBUAH bangunan yang dibina dengan menggunakan simen lut cahaya dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai, China pada tahun lalu. |
SEBUAH bangunan yang dibina dengan menggunakan simen lut cahaya dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai, China pada tahun lalu.
ROM - Sekumpulan arkitek firma Itali, Italcementi mencipta simen lut cahaya dikenali sebagai i.light, lapor sebuah akhbar semalam.
Simen itu memiliki puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya.
Bahan tersebut berupaya menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat menerangi bangunan pada waktu siang.
Setakat ini, satu-satunya bangunan yang dibina dengan menggunakan simen i.light adalah Pavilion Itali di Ekspo Shanghai, China pada tahun lalu. - Agensi"
Pemilik kedai makan terkejut cicak dalam sos
07/01/2011 11:17am
ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.
Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.
'Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.
'Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.
Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. - Bernama"
Trak terperangkap di 'pulau' kecil
Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas
COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi