Pages

Tuesday, June 29, 2010

Aduhh..,..!!! member pun nak Saman


15/7
Saman……………….
Kadang-kadang kita perlu menginsafi diri ini…
Suatu Hari…….
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
“Ah, takkan nak brake mendadak,” fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
“Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa…last jumpa masa aku kawen dulu”
“Aku baik je.” Tanpa senyum.
“Alahai…aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah.”
“Oh ye ke?” Nampaknya Jamal ragu.
“Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu ”
“Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau…selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini.”
Harun mesti ganti strategi.
“Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.” Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
“Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan.”

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
“Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.” Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.
———— ——— ——— ——–
“Harun…
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.
Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run” – Jamal
———— ——— ——— ——–
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang
lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.
Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Trauma diserang lanun Asia



KEJADIAN serangan ke atas kapal yang melalui Selat Melaka semakin berkurangan kerana pemantauan dan kerjasama erat kerajaan negara Asia Tenggara.


SEPANJANG tujuh tahun di laut, Afrizal tidak pernah diserang lanun, sehinggalah perkara tidak diingini itu berlaku di satu malam pada bulan lalu. Penyerang bersenjata telah menawan kapal tunda Atlantic 3 di perairan Indonesia dekat Singapura pada 27 April lalu.
Menurut Afrizal dan kapten kapal itu Myint Shwe, kejadian itu seperti yang disifatkan penganalisis sebagai sebahagian peningkatan serangan lanun di kawasan itu.
"Kesemua kami diikat dan diletakkan di dalam sebuah bilik. Mata kami turut ditutup," kata Afrizal, 40, yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
Bilik itu akhirnya menjadi penjara kepada mereka buat beberapa hari sehingga dilepaskan hanyut begitu saja di atas bot kecemasan.
Afrizal yang merupakan seorang daripada enam warga Indonesia dan dua rakyat Malaysia yang menjadi anak kapal, menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya bimbang dibunuh.
"Kami berada dalam ketakutan," katanya ketika ditemui di Vung Tau, selatan Vietnam di mana mereka diselamatkan oleh tentera laut negara itu.
Dihanyutkan bot getah
Kapten kapal itu dari Myanmar, Myint Shwe menyatakan, segalanya bermula selepas mereka berhenti mengisi minyak di Johor. Kapal tunda yang berdaftar di Malaysia itu sedang menunda tongkang kosong dari Thailand ke Indonesia.
Kira-kira 35 batu nautika selepas berlepas dari Johor, kapal tunda itu dinaiki tujuh orang lanun.
"Kami tidak menyedari kehadiran bot mereka kerana ia berlaku pada waktu malam," kata kapten yang berusia 55 tahun itu.
Dia dan Afrizal berkata, kumpulan lanun yang bersenjatakan sepucuk pistol dan parang itu berkomunikasi menggunakan bahasa Indonesia dan Malaysia.
Lanun-lanun itu merampas semua barangan peribadi, malah kasut dan stokin, menyebabkan semua anak kapal tinggal sehelai sepinggang.
Namun, tawanan dibenarkan makan dan merokok sekali-sekala selain dibolehkan ke tandas.
Afrizal menjelaskan, kumpulan lanun itu kemudian membebaskan mereka, namun dalam keadaan yang lebih mengerikan iaitu dibiarkan hanyut dengan bot getah pada waktu malam.
Drama yang mereka lalui bagaimanapun berakhir pada hari berikutnya (3 Mei lalu) apabila sebuah kapal milik tentera laut Vietnam mengesan mereka.

SEMBILAN anak kapal termasuk kapten Atlantic 3 terpaksa menyabung nyawa selepas diserang lanun di perairan Indonesia dekat Singapura.


"Kami berasa sangat gembira apabila muncul bantuan," ujar Afrizal lagi.
ReCAAP iaitu sebuah agensi pemantauan kegiatan lanun antarabangsa beribu pejabat di Singapura, menyatakan bahawa kapal tentera laut itu bertindak berdasarkan isyarat kecemasan yang dikeluarkan bot kecemasan tersebut.
"Kesemua anak kapal dilaporkan berada dalam keadaan lesu, namun secara keseluruhannya mereka berada dalam keadaan baik," menurut agensi itu lagi.
Siasatan awal menunjukkan mereka dibiarkan hanyut berdekatan Kepulauan Spratly di Laut Cina Selatan, jelas ReCAAP yang ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan kerjasama antara kerajaan bagi menentang aktiviti lanun dan rompakan di perairan Asia.
Ketika ini, usaha sedang dijalankan bagi mengesan lokasi kapal tunda itu serta tongkangnya.
Felo Kanan di S. Rajaratnam School of International StudiesSingapura, Sam Bateman memberitahu, situasi lanun secara keseluruhan di Asia Tenggara dan Selat Melaka semakin berkurangan sejak beberapa tahun lalu.
Serangan ke atas Atlantic 3 mungkin hanya satu siri serangan yang ditujukan lanun atas sebab tertentu.
"Peningkatan jumlah kapal tunda dan tongkang pasir dari negara-negara berjiran ke Singapura akan melalui kawasan tersebut, menjadikannya sasaran mudah berbanding kapal lebih besar kerana pergerakannya yang perlahan," jelasnya.
ReCAAP menyatakan Atlantic 3 merupakan kapal tunda ketiga dilaporkan hilang tahun ini.
Selat Melaka dan Singapura adalah antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, malah pernah menjadi titik panas serangan lanun global.
Dulu kelasi sekarang lanun
Kawalan keselamatan bertambah baik sejak beberapa tahun lalu, sebahagiannya disumbangkan oleh rondaan antara negara yang berkongsi laluan penting tersebut.
ReCAAP merekodkan 25 serangan lanun atau cubaan serangan di Asia dalam tiga bulan pertama tahun ini, berbanding 15 dalam tempoh sama tahun lalu. Kebanyakan kapal yang terlibat adalah kapal yang telah melabuhkan sauh atau berada di pelabuhan.
"Secara umumnya, serangan ini seperti langgar lari yang mana lanun akan menyamun barangan peribadi," ujar Bateman.
Tambahnya, lanun biasanya mempunyai kemahiran sebagai pelaut dan mungkin juga kelasi yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi global yang mana perdagangan dunia yang perlahan menyebabkan beratus-ratus kapal tidak berlayar.
"Terdapat banyak kapal tidak beroperasi sekarang dan ramai pelaut yang tidak mempunyai kerja," ujar Bateman lagi.- AFP

Bayi Aneh di Dunia

 


1. Bayi Terbesar Di Dunia

Kenapa dia boleh disebut sebagai bayi terbesar di dunia?? Kerana melihat bentuk badan bayi ketika dilahirkan seberat 7.75 kg. Aduuhhh teramat besarnya. Apa yang sebenarnya dimakan oleh ibunya sehinggakan berlaku kejadian sedemikian?? Menurut ibu kepada bayi yang lahir pada tahu 2007 itu, beliau hanya makan kentang, mie dan tomat saja. Maklum saja, ibu yang baru saja melahirkan anak ke-12 ini termasuk dalam golongan warga miskin. Bagaimanakah bentuk fizikalnya?? Cuba anda lihat sendiri..



2. Bayi Dengan Kaki Yang Teramat Kecil

Kasihan ya?? Bagaimana cara nak berjalan kalau kakinya sekecil ini?? Bayi berkaki kecil ini lahir pada 24 Oktober 2006. Nama si bayi itu adalah Amillia Taylor . Dia juga termasuk salah satu bayi yang selamat dilahirkan walaupun pada usia kandungan belum belum pun mencecah 23 minggu iaitu secara tepatnya pada usia kandungan ibunya 21 minggu 6 hari dengan berat badannya hanya 10 aun saja iaitu lebih kurang 0.28kg. Jarang sekali, bayi se kecil ini selamat dengan usia sedemikian. Yang pastinyaianya keAgungan Allah..


3. Bayi Mirip Katak

Waaaah.ada juga bayi yang dilahirkan dikatakan semirip katak?? Agak aneh juga ya. Bagaimana bentuk matanya?? Lihat sendiri saja..Benar sekali! Matanya begitu besar seakan-akan terkeluar dari kelopaknya dan lehernya seakan bersatu dengan kepalanya. Yaaa..agak mirip dengan seekor katak, bukan?? Bayi ini lahir dari kandungan seorang ibu bernama Suntali Karki yang bertempat tinggal di Charikot,Dolakha di Nepal. Bayi ini dilahirkan dengan berat 2 kg, namun sayangnya hidupnya begitu singkat. Kerana beberapa hari setelah dilahirkan di rumah sakit Gaurishnkar di Charikot pada tahun 2006 itu, bayi tersebut meninggal dunia.


4. Bayi Cyclop

Apa yang dimaksudkan dengan bayi Cyclop ini?? Saya rasa ramai orang sudah boleh menjangkakan. Bayi ini lahir hanya dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan dan tidak memiliki hidung, dan otaknya terletak pada satu belah saja. Bayi perempuan ini dilahirkan pada tahun 2006. Staff medikal mendiagnoskan bahawa kelahiran bayi ini disebabkan oleh kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia . Tapi sayang sekali, nasibnya sama seperti bayi yang terlahir mirip seperti katak itu.



5. Bayi 20 Kilogram

Alaaaamak!!! Betul ke ada bayi seberat itu? Kesihan dia, bagaimana ye?
Oooo awal ceritanya bayi ini sebenarnya adalah normal dan tidak sebesar itu. Menurut ibubapanya, bayi mereka lahir dengan berat yang normal iaitu 3.6 kilogram, tapi setelah itu mereka memberitahu bahawa anak mereka ini tidak pernah berhenti makan setiap jam. Doktor-doktor Iran masih belum menemukan jawapan atas keanehan nafsu makan bayi ini.

Budak 13 tahun sehebat Spiderman


15/7

HIBIKI KONO menunjukkan kemahirannya memanjat dinding dengan menggunakan peralatan yang dicipta daripada mesin hampagas di King’s College School, Cambridge baru-baru ini.


CAMBRIDGE – Impian seorang budak lelaki untuk menjadi hebat seperti wira pujaannya, Spiderman tercapai setelah dia mencipta sejenis alat yang dapat membantunya memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu, Hibiki Kono, 13, memanjat dinding sekolahnya baru-baru ini dengan menggunakan pad pelekap yang direka daripada mesin pembersih hampagas yang dibeli di sebuah pasar raya.
Hibiki menghabiskan masa lima bulan untuk menghasilkan peralatan tersebut di kelas rekaan teknologi di sekolahnya, King’s College School di sini, Britain. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Gadis 21 tahun jadi doktor


15/7

RACHEL FAYE HILL

LONDON – Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachael ‘merampas’ gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.
Tempoh pengajian pula memakan masa selama enam tahun menyebabkan graduan bidang itu biasanya berusia 23 atau 24 tahun.
Namun, Rachael dibenarkan untuk mengikuti pengajian perubatan hanya beberapa minggu selepas ulang tahun kelahiran ke-17.
Tidak lama lagi, Rachael akan memulakan latihan selama dua tahun di Hospital Royal Preston.
“Ibu saya merupakan seorang doktor veterinar. Tetapi saya rasa lebih sesuai membantu manusia. Akhirnya saya memohon menyertai sekolah perubatan di England ketika berusia 15 tahun,” jelasnya.
Pada mulanya, Rachael belajar di Kolej Colegio Hispano Britanico di Lanzarote sebelum guru-gurunya mengenal pasti potensi dan membenarkannya untuk ‘lompat kelas’ selama beberapa tahun. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Misteri objek bulatan di ladang gandum


15/7

GAMBAR menunjukkan 193 bulatan di sebuah ladang gandum tidak jauh dari Warminster, Britain.
LONDON – Hampir 200 bulatan objek misteri ditemui di sebuah ladang gandum terbaru tidak jauh dari Warminster, Wiltshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 193 bulatan dihasilkan dalam satu bentuk formasi seperti bulan dan matahari di Wiltshire yang lebih dikenali sebagai ibu kota objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di Britain.
Bulatan itu mengandungi 193 bentuk seperti cincin, termasuk enam bulatan utama dan tujuh bulatan di bahagian tengah.
Pakar Lakaran Bulatan Ladang Gandum Karen Alexander berkata: “Ia merupakan bulatan yang lebih kompleks pada tahun ini.
“Formasi ini berlaku dekat perkampungan Mere. Kejadian seperti itu pertama kali berlaku di kawasan tersebut sejak 1997,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Makan setiap 15 minit tapi masih kurus


15/7

GAMBAR menunjukkan Lizzie Velasquez duduk di atas meja dipenuhi dengan makanan ringan.

AUSTIN – Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.
Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.
“Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram,” kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.
“Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia,” tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Agensi
kredit : kosmo.com.my

Bangun wahai anakku.....




http://www.awda-dawa.com/photos/image/01200240208.jpg
وفاء حسين ، أم عراقية ، تحاول ان توقظ ابنا لها 6 أعوام وهو قد مات بالفعل في شمال شرق بغداد، ايلول / سبتمبر 16. الصبى أصيب برصاصة على متن حافله للنقل العام من قبل ضال
Seorang ibu yang tidak boleh menerima kenyataan tentang kematian anaknya... menggerakkan anaknya yang telah syahid agar bangun untuk meneruskan kehidupan...
Betapa pilunya melihat nasib umat Islam yang menjadi permainan amerika dan yahudi, yang diberi kemewahan akan leka dan dibuai mimpi indah dalam istana...
yang disembelih sebagai habuan kepada Nabi Isa ...(aqidah yahudi) akan merana jiwa dan jasad.
yang dilaga dan di batu apikan akan terus berbunuhan sesama sendiri..
Begitulah hebatnya permainan yahudi dan syaitan dalam merosakkan manusia dan isi bumi.

Artis mesir yang menjual tubuh dalam chanel 10 TV yahudi


http://www.milad.ps/arb/images/archive/19_912186007.jpg
israeil membayar dengan bayaran yang mahal kepada artis-artis Islam dari negara-negara Islam yang sanggup berbogel dalam chanel 10 TV yahudi.
Kebanyakkan artis-artis mesir yang sanggup menayang tubuh mereka kepada bangsa yahudi.
ميلاد
الإسرائيلي قضية الكليبات العارية لدى المطربات العربيات ومدى تقبل المجتمعات العربية لهذا النوع من الفن، ويتحدث البرنامج عن الكليب العاري للمغنية ساندي والذي يحمل عنوان "اياك".
وزعم الموقع الإسرائيلي "القناة العاشرة" أن الكليب أثار أزمة كبيرة في مصر، ونوه موقع اليوم الاربعاء عن موعد بث الحلقة الساخنة لنموذج من الفنانات المتحديات للموروث الثقافي العربي.
ولم يكتف الموقع الإسرائيلي بتناول الكليب الفاضح ولكنه وضع رابطا مباشرا للكليب على "اليوتيوب" لمشاهدة الكليب.
يذكر أن الرقابة على الكليبات في قناة "ميلودي" اعتراضت من قبل على الكليب، وطلبت من ساندي حذف بعض المشاهد حتى تتمكن من عرضه وخاصة أن ساندي تظهر في الكليب شبه عارية .