dipetik dari: Blog Tentera Dajjal
Ketika Isu Nuklear semakin sejuk dan Russia dengan tekun membantu Iran membikin senjata itu. Media-media barat diluar sana mula memperlihatkan isu-isu yang jarang kedengaran di Malaysia malah tidak menjadi perhatian sama sekali kepada para penganalisis politik Timur Tengah di Malaysia.
Sebelum ini, kebanyakkan para penganalisis begitu bersemangat untuk merealisasikan teori mereka, kononnya - Serangan Amerika Terhadap Iran akan berlaku. Kata-kata sebegini tidak menghairankan saya kerana isu ini sangat popular di Barat bahkan dalam tulisan mereka dengan memetik kata-kata para jeneral Amerika sendiri berapi-api memperkatakan tentang hal itu bahkan menurut pengalisis dan para jeneral barat sendiri sudah menetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk serangan itu. sesiapa yang membaca tulisan mereka pasti terpesona dan mempercayai tarikh berkenaan. Apa yang pasti beberapa tarikh serangan itu kini hanya menjadi jenaka sahaja dan berlalu dengan pembohongan yang nyata.
Benarkah Iran akan diserang? Saya pernah memberi komen dan cuba meng-emailkan kepada RTM dalam diskusi mereka. namun pandangan saya ternyata berlainan dengan umum yang begitu bersemangat untuk melihat kehebatan Iran berhadapan dengan Amerika dalam perang yang bakal berlaku.
Dengan faktor yang berlainan antara Iran dan Iraq, Iran tidak mungkin menghadapi serangan kecualilah bumi Iraq dan negara-negara Arab sudah kekeringan simpanan minyak mereka dan keadaan pada ketika itu semestinya dan hanyalah Iran sahaja yang menyimpan bahan api itu. Itulah faktor terbesar stelah satu persatu hikayat bohong WMD Iraq didedahkan oleh pihak Amerika sendiri.
Berbalik kepada sejarah, tidak pernah berlaku mana-mana kuasa Syiah akan berperang dengan Yahudi Kristian untuk membela dan menstabilkan negara Sunnah yang lain. Salahuddin al-Ayyubi telah merasai perbuatan cela Syiah Fatimiah yang bersekongkol dengan kuasa Kristian dalam siri peperangan Salib. Daulah Uthmaniyyah di Turki begitu lama berperang dengan Syiah Safawiyyah Imamiyyah di utara Iran yang berpusat di Tabriz ketika itu. Safawiyyah sedia bekerjasama dengan Kristian demi berhadapan dengan negara musuh tradisi - Sunnah Uthmaniyyah pada masa lampau. Lihatlah pengkhianatan pemimpin Syiah di benua India terhadap negara muslim sunnah di benua itu ketika itu dengan bekerjasama dengan Inggeris.
Kes Afghanistan dan Iraq sepatutnya menjadi bahan amat berguna kepada para pengkaji dalam mengkaji hubungan antara Iran dan Amerika. Malah lebih mendalam lagi ialah hubungan dengan Iran dengan Israel. Kini pengakuan demi pengakuan mula timbul dalam media mengungkap rahsia disebalik permusuhan sebenar antara Iran dan Amerika/Yahudi.
Bermula satu isu yang menjadi kontroversi sehingga kini di Kongres, Iran-Contra - penjualan senjata Amerika kepada Iran melalui tangan Israel semasa perang Iran-Iraq dahulu, sangat menghairankan tiada seorang pun penganalisis politik mengulas isu yang begitu panas di Amerika yang melibatkan hampir separuh daripada pegawai-pegawai Bush hari ini (termasuk Roberts Gates - SU Negara Amerika terkini). Ia tidak menghairankan kerana ketika itu Saddam merupakan sekutu utama kepada Amerika manakala Iran perlu ditonjolkan sebagai musuh utama Amerika yang sewajarnya tidak pernah berhubungan dengan Amerika. Kejayaan media menonjolkan Khomeini dan Iran sebagai musuh utama langsung menutupi kes “Iran Contra” (Penjualan Senjata Amerika kepada Iran) dan “October Surprise” yang dirangka oleh Ronald Reagan dan Bush Tua bersama pegawai-pegawai Khomeini yang diketuai oleh Presiden Bani Sadr di negara Perancis tempat Khomeini dibuang bagi mengurung tebusan lebih 50 tebusan diplomatik Amerika dalam tempoh yang lama di Teheran untuk kempen Ronald Reagan bagi menewaskan Jimmy Carter dalam pilihanraya Presiden.
Sumbangan Iran ternyata berkesan dan besar sekali kepada Presiden Amerika atas alasan itu Iran yang bertahun-tahun menjadi paksi kejahatan dan musuh pertama Amerika sehingga hari ini tidak pernah menerima sebiji bom palsu pun daripada Amerika. Sebaliknya kejahatan Saddam terhadap Iran dalam perang teluk dahulu menjadi alasan terkuat bagi Amerika menabalkan kuasa Syiah di Iraq pada 20 April 2003 sehingga hari ini dengan bantuan Iran.
George Bush:
Fakta yang dikemukakan bukanlah omong-omong yang kosong atau ciptaan. Bekas Naib Presiden kepada Presiden Iran Hujjatullah Mohamad Khatami yang bernama Mohd Ali al-Abtahi berkata : "Jika tidak kerana Iran Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ke tangan Amerika".
Pada 2 Februari 2008, Duta U.S ke PBB yang juga bekas Duta U.S ke Iraq yang sangat popular Zalmay Khalilzad -merupakan salah seorang pencatur serangan terhadap Iraq mengakui sumbangan Iran kepada kejatuhan Afghanistan dan Baghdad melalui kerjasama antara Iran dan Amerika, malah beliau sendiri merupakan juru runding antara kedua-dua kerajaan itu.
Kita telah diperdayakan oleh media-media barat kononnya Iran menolong dan melindungi pejuang Taleban dan Al-Qaeda. Tetapi hakikat ini dijelaskan dengan terperinci oleh pegawai-pegawai NATO di Afghanistan bahawa Iran tidak pernah membantu pejuang Taleban. . Saya jelaskan dengan tegas kebencian Iran terhadap Taleban berpunca kerana Taleban Afghanistan merupakan pejuang Sunnah sejati pegangan aqidahnya dan pegangan itu sangat dibenci oleh Iran yang menganut agama Syiah. Sebahagian manusia di luar sana pasti mengatakan fakta ini cuba mengapi-apikan permusuhan Sunni-Syiah. Itu berdasarkan kedangkalan semata-mata dan tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata. Bahkan atas dasar itu Iran memusuhi gerakan al-Qaeda dan sanggup bekerjasama menyerahkan pejuang-pejuang kumpulan itu kepada Amerika demi konsep bersama memerangi keganasan – “War on Terrorisme”.
Sebagai melengkapkan bukti, dalam pertemuan antara Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan Manucher Mottaki, Menteri Luar Iran, Presiden Afghan menjelaskan secara terbuka perbuatan Iran bersama Amerika untuk melenyapkan Afghanistan. kemudiannya Mottaki mengesahkannya dengan terperinci. Satu keadaan agak pelik Iran bermusuhan dengan Amerika tetapi bekerjasama rapat dengan tali barut Amerika Hamid Karzai di Afghanistan dan Nuri al-Maliki di Iraq, termasuk juga dengan kerajaan India bagi kerjasama Nuklear. Perjanjian Bonn atau Bonn Conference telah merekodkan dengan baik kemesraan Amerika dan Iran untuk melenyapkan Taleban Afghanistan.
Di Iraq kerjasama antara Iran dan Amerika tidak menjadi rahsia kepada penganalisis Barat. Bekas Menteri Luar Britain, Jack Straw merupakan penghubung antara Britain/U.S bagi memujuk Hashemi Rafsanjani sebelum serangan 2003. Amerika merupakan penyambung nyawa kepada parti-parti Syiah seperti SCIRI dan Parti Da'wa Islamiyyah begitu juga Kurdis sekular yang nazak semasa Saddam berkuasa . Pemimpin SCIRI, Mohamad Baqir al-Hakim dan saudaranya Abd. Aziz al-Hakim berada dalam buangan di Iran. merekan ditaja oleh Amerika melalui Ahmad Chalabi, Syiah tali barut Amerika di London yang sentiasa berulang alik ke Iran.
Hari ini majoriti yang berada diatas tampuk pemerintahan Iraq ialah Syiah. Majoriti tenteranya adalah Syiah. Sunnah telah dihalau beratus ribu setiap bulan menurut angka yang dikeluarkan oleh PBB. Pembersihan etnik yang didalangi oleh kumpulan militia maut Syiah dan Tentera Mehdi pasti mensasarkan penduduk Sunnah. media menghebohkan pertembungan antara tentera Mehdi dan tentera penceroboh tetapi yang peliknya yang terbunuh ialah puluhan ribu penduduk Sunnah. Itulah cerita sebenar di Fallujah yang terkenal satu masa dahulu. Dunia melupakan Fallujah itu sebenarnya kawasan ulama'-ulama terbilang ahli Sunnah. Hakikatnya, memang benar tentera Mehdi bertembung dengan tentera penjajah tetapi disusuli dengan campurtangan kerajaan Syiah yang mana pengikut-pengikut Muqtada Sadr merupakan antara kelompok terbesar dalam kerajaan Iraq. Perdamaian menyusuli pertempuran antara mereka tetapi Ahli Sunnah menjadi mangsa yang hakiki. Pengakuan pegawai kerajaan Iraq hari ini bahawa majoriti terbesar dalam penjara Iraq hari ini ialah Ahli Sunnah.
Pokok persoalan ialah kemana pergi Syria yang dimomokkan sebagai paksi kejahatan bersama Korea Utara dan Iran? Kemana pergi yang menyatakan Syria adalah mangsa selepas Iraq? Benarkah Iran adalah mangsa seterusnya setelah Syria lenyap tanpa berita? penulis yang sentiasa mengikuti permainan media dan pencatur-pencatur antara Iran dan Amerika merasa isu ini sangat lucu bila mana Iran mempersendakan resolusi PBB satu persatu berkaitan isu nuklear sementara pihak Amerika pula meneruskan lakonan Charlie Chaplin dengan kata-kata. Iran akan diajar secukupnya, serangan ke atas Iran tidak dapat dielakkan, malah Amerika bersedia menyerang Iran. Peristiwa ini ditutup dengan penahanan 15 mariner Britain di Shatt al-Arab. Penulis melayari akhbar Iran bahawa pelayar Britain yang sebelumnya sudah beberapa kali ditahan sebelum itu tetapi dilepaskan setelah berunding tetapi kali ini kenapa menjadi isu? Tidak berapa lama setelah dipulangkan askar marinnya, Britain pula memujuk Amerika supaya jangan menyerang Iran. Permainan ini cukup hebat memperbodohkan seluruh dunia. Hakikatnya Britain lah negara yang mempelawa Iran melanggar Saddam bagi membalas dendam perang lapan tahun dengan Iraq.
Hari ini keadaan kucar-kacir di Iraq yang mana tentera Amerika dan kerajaan Syiah Iraq terpaksa berhadapan dengan serangan sengit pejuang Sunnah dari kelompok mujahidin Daulah Islamiah Iraq yang bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq telah membuka mata semua pihak betapa Iran dan Syria itu bukan musuh sebenar bagi Amerika. Mereka telah bertemu banyak kali bagi mendapatkan sokongan Iran dan Syria membela kerajaan Syiah Iraq diatas faktor keselamatan Iraq dan kebebasan rakyat Iraq dari serangan pengganas. Serangan yang bertalu-talu dari kumpulan al-Qaeda telah banyak merugikan Amerika. Bagi mempertahankan kerajaan sedia ada Amerika berharap Iran dan Syria menyokong tentera kerajaan dan Syiah untuk berhadapan dengan pejuang Sunnah yang berasal dari muslim sunnah Iraq, Sudan, Ikhwan Syria, jordan, Mesir dan Libya yang berjuang di pihak barisan al-Qaeda di Iraq. Iran diperlukan bagi mengekang percubaan Muqtada Sadr yang kononnya ingin memerintah Iraq bagi menggantikan Nuri al-Maliki yang akan merombakkan sistem demokrasi di Iraq dan mengakibatkan kerugian Amerika untuk membolot telaga-telaga minyak. Hakikatnya Muqtada Sadr ini sebagai pelakon tambahan kepada proksi Iran ditampilkan bagi menggambarkan kepada dunia kononya Muqtada Sadr yang sangat rapat kepada Iran kononya berseteru dengan tentera penceroboh. Muqtada Sadr dan ulama’-ulama’ Syiah Iraq yang lain disokong oleh Amerika sebenarnya tidak pernah bermusuh antara satu sama lain.
Kerjasama dengan Iran pasti menjadi keutamaan Amerika. Ia adalah jawapan utama Bush apabila disoal oleh media dan ucapan-ucapan beliau di kongres. katanya, Diplomasi adalah pilihan utama kita dalam berhadapan dengan Iran. Kata-kata ini telah lama dikumandangkan sejak isu nuklear tercetus disebalik kata-kata para jeneral perang yang ingin melaksanakan perang terhadap Iran. Terbaru, laporan akhbar Independent 13/4/2008, Robert Gates berkata – “tidak mungkin kami akan menyerang Iran”. Akhbar yang sama bertarikh yang sama telah mendedahkan betapa kerjasama antara kedua-dua negara secara rahsia telah berlaku di banyak tempat. .
Adalah menjadi perkara sangat pelik disebalik isu nuklear yang sangat besar nilai kesannnya kepada dunia dan keutamaannya kepada masyarakat dunia, kedua-dua negara sanggup ketepikannya demi keselamatan di Iraq.
Dari satu keadaan, kita timbulkan persoalan tidakkah ia memberi peluang kepada Iran menyiapkan dengan segera senjata nuklearnya sebelum Amerika menyerangnya atau bahasa kampungnya mengapakah bodohnya Amerika nak tunggu nuklear siap baru nak serang Iran bukankah mereka tidak ketahui yang membina senjata Iran itu ialah Russia dan China yang berfahaman komunis dan merupakan musuh tradisi mereka zaman berzaman. Penulis ada jawapan lain kebenarannya ialah ucapan Bush, Khalilzad dan Roberts Gates bahawa - Amerika tidak akan menyerang Iraq dan akan utamakan diplomasi ketika berhadapan dengan Iran.
justeru senjata nuklear Iran itu untuk siapa? Khalilzad berkata Amerika bersedia bekerjasama dengan Iran jika berlaku negara-negara Arab memulaukan Iran dalam isu berkaitan Iraq . Apakah senjata itu untuk negara-negara Arab ? Apakah penguasaan Syiah di Lubnan hari ini yang sedang bergolak menandakan titik mula penguasaan Amerika bersama Iran di Timur Tengah ? Wallahu A'lam !
Pages
▼
Thursday, March 25, 2010
Yahudi Akan Lari Dari Negara Israel
Dipos oleh Syed Azaharul
Distorykan oleh Bro Ibnu Yaacob:
Laporan terbaru keputusan undian online mendapati, 1 daripada 4 orang yang ditemuramah telah membuat keputusan untuk keluar meninggalkan Israel jika mendapati Iran telah disahkan membina bom nuklear seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Melalui temuramah itu, mereka percaya jika Iran sudah mempunyai bom nekluar maka keselamatan negara Israelsudah tiada jaminan kerana Iran amat patuh pada ikrar mereka yang mahu memadamkan Israel dari peta dunia.
Masyarakat Israel amat terpengaruh dengan dakyah tersebut walaupun Presiden Iran menafikan pernah menyebut tentang kenyataan ”memadam Israel dari peta dunia”.
Masyarakat Israel amat terpengaruh dengan dakyah tersebut walaupun Presiden Iran menafikan pernah menyebut tentang kenyataan ”memadam Israel dari peta dunia”.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Tel Aviv mendapati 85 peratus percaya Iran akan menggunakan bom nuklear bagi menghalang Israel merampas Palestin. Manakala 57 peratus yang lain pula percaya bahawa kerajaan Amerika akan mengambil langkah-langkah diplomasi bagi menghalang perkara tersebut dari berlaku.
(Gambar) Prof. David Menashri, Universiti Tel Aviv
Menurut Prof. David Menashri dari Universiti Tel Aviv, ketakutan ancaman Iran menggunakan bom nuklear tersebut sepatutnya tidak wujud kerana Presiden Iran tidak pernah menyatakannya. Menashri percaya ketakutan itu berpunca daripada provokasi media dan pemimpin-pemimpin politik terhadap setiap ucapan Presiden Iran.
Tingkah laku drastik yang bakal diambil rakyat Israel itu menunjukkan hampir seluruh umat Yahudi di Israel amat takutkan gertakan dunia Islam. Pada saat ini, hanya sebuah negara Islam yang menggertak Yahudi dengan bom nuklear iaitu Iran.
Jika hanya sebuah negara Islam sahaja mampu menakutkan 85 peratus Yahudi Israel, bagaimana jika 10 buah negara Islam menggertak Israel. Tiada ungkapan yang sesuai melainkan berlakunya huru-hara dikalangan masyarakat Yahudi itu sendiri. Mungkin hanya pokok Gharqad untuk mereka menyorok.
Rujuk dengan lebih lanjut perihal mereka menjadikan Gharqad sebagai tempat menyorok
Kajian tersebut tamat pada 22 Mei 2009 dan dilaporkan oleh Ofri Ilani dari akhbar Haaretz.
p/s: Jika 10 negara Islam menggertak Israel....fham2 jelah...
40 Peratus Arab-Israel Percaya Holocaust Tidak Berlaku
Menurut laporan wartawan Israel, Fadi Eyazat, tinjauan yang dibuat melalui undian secara online (Online Poll) pada akhir Mei 2009 mendapati hampir 40 peratus rakyat Israel berketurunan Arab tidak mempercayai tentang kejadian Holocaust. Mereka percaya bahawa Holocaust tidak pernah berlaku.
Undian yang dijalankan oleh Universiti Haifa itu berakhir pada Ahad lepas. Menurut pengurus pengundian tersebut iaitu Prof. Sami Samuha, terdapat juga keputusan lain yang amat mengejutkan.
Menurutnya, sebanyak 41 peratus masyarakat Arab-Israel berpendapat negara Israel tidak berhak untuk wujud di atas bumi Palestin. Manakalanya selebihnya menyokong kewujudan negara Israel tersebut.
Keputusan untuk tidak menyokong ini mungkin berpunca daripada perang-perang yang dilakukan oleh Israel ke atas Lubnan dan Palestin sejak 40 tahun dahulu.
Misteri Kota Vatican
Dipos oleh Syed AzaharulKomen Pembaca (0)
Timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?
Lokasi Vatican
Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom
Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.
Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)
Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.
Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?
Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri
Zaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.
Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.
Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?
Contoh gambar patung-patung telanjang:
Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.
Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.
Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;
1 – Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan
------------------------------------------------------------------
2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan
------------------------------------------------------------------3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan
Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.
Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.
Obelisk di Vatican City
Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.
Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.
Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi
Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.
Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.
Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.
Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;
“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”
Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103
p/s: Kita masih mahu bertegang leher, berpuak2, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara2 ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu
Masjid Saddam di Iraq
Dipos oleh Syed AzaharulKomen Pembaca (0)
Salam semua. Ni ada banyak update pasal masjid2 Saddam ni. Lepas berceloteh pasal menara masjid2 yang condong, ni ada satu lagi cerita pasal masjid. Kali ini pasal Masjid Saddam di Iraq. Walaupun penghujung hayat Saddam di tali gantung, namun Saddam juga ada meninggalkan beberapa monumen penting..iaitu Masjid yang hebat2 di Iraq..masjid apa pulak ni? Sentiasa ada update..
1. Masjid Jamek Saddam, Iraq
(Saddam Great Mosque/ Masjid Al-Rahman)
Masjid Saddam dalam pembinaan
Dinamakan sebagai Saddam Jama'a Kabir, masjid separuh siap ini dimulakan pembinaan pada tahun 1999. Masjid ini, yang memakan kos sebanyak $1 billion ini (wow!), akan menjadi pencapaian terhebat Allayarham Saddam, dibina di atas Muthena Airport, yang dimusnahkan tentera Amerika pada Perang Teluk Pertama. Dibina atas tanah 100 ekar, seluas dua padang bola, setinggi 20 tingkat, dengan 64 kubah! Menaranya dibina setinggi 280 meter (wow!), supaya masjid tersebut "dekat dengan Allah". Agak hebat bukan?
Selepas Projek Iraqi Freedom (ala..penjajahan Amerika 2003 tu), nama Masjid Saddam telah ditukar kepada Masjid Al-Rahman. Selepas siap dibina, masjid ini akan menjadi masjid ketiga terbesar dunia selepas Masjidil Haram di Mekah dan di Madinah. Orang2 Syiah Hawza telah menguasai masjid itu (yg masih dlm pembinaan), sejurus selepas rejim Saddam tumbang.
Setelah siap dibina:
Eh..nanti dulu..ada lagi satu masjid yang Saddam buat..masjid ni dh mcm masjid perang dh..iaitu masjid..
2. Masjid Umm al-Ma'arik
(Masjid Mother of All Battles, Masjid Ibu Segala Perang!)
Walaupun bangunan tersebut adalah sebuah masjid, namun ia juga menjadi monumen perang Saddam di Iraq. Mother of All Battles di sini merujuk kepada Perang Teluk 1991.
* 4 menara petak masjid ini melambangkan: Magazine Rifel Kalashnikov
* 4 menara putih tinggi lagi melambangkan: Scud missiles yang dilancarkan ke Israel
Peluru Scud 'Al-Husein' inilah yang dihantar ke Israel pada tahun 1991....kebabom Israel!
* Menara2 masjid setinggi 43 meter melambangkan: 43 hari konflik US-Iraq dlm Desert Storm
Pesawat pejuang ketika Operation Desert Storm
* Satu menara setinggi 37 meter: melambangkan tahun kelahiran Saddam, tahun 1937
Kerajaan Iraq membantah yang menara2 masjid tersebut melambangkan peluru Scud yang dilancarkan ke Israel pada tahun 1991. (p/s: Kalau betul pun, bagus jugak, mana ada lagi negara yang berani hntr peluru2 ni ke Israel...) Walaupun masjid ini didedikasikan kepada Perang Teluk di Iraq, namun tiada satu pun monumen merujuk kepada 100,000 askar Iraq yang terkorban dalam perang...
-----------------------------
1. Masjid Jamek Saddam, Iraq
(Saddam Great Mosque/ Masjid Al-Rahman)
Masjid Saddam dalam pembinaan
Dinamakan sebagai Saddam Jama'a Kabir, masjid separuh siap ini dimulakan pembinaan pada tahun 1999. Masjid ini, yang memakan kos sebanyak $1 billion ini (wow!), akan menjadi pencapaian terhebat Allayarham Saddam, dibina di atas Muthena Airport, yang dimusnahkan tentera Amerika pada Perang Teluk Pertama. Dibina atas tanah 100 ekar, seluas dua padang bola, setinggi 20 tingkat, dengan 64 kubah! Menaranya dibina setinggi 280 meter (wow!), supaya masjid tersebut "dekat dengan Allah". Agak hebat bukan?
Selepas Projek Iraqi Freedom (ala..penjajahan Amerika 2003 tu), nama Masjid Saddam telah ditukar kepada Masjid Al-Rahman. Selepas siap dibina, masjid ini akan menjadi masjid ketiga terbesar dunia selepas Masjidil Haram di Mekah dan di Madinah. Orang2 Syiah Hawza telah menguasai masjid itu (yg masih dlm pembinaan), sejurus selepas rejim Saddam tumbang.
Setelah siap dibina:
Eh..nanti dulu..ada lagi satu masjid yang Saddam buat..masjid ni dh mcm masjid perang dh..iaitu masjid..
2. Masjid Umm al-Ma'arik
(Masjid Mother of All Battles, Masjid Ibu Segala Perang!)
Walaupun bangunan tersebut adalah sebuah masjid, namun ia juga menjadi monumen perang Saddam di Iraq. Mother of All Battles di sini merujuk kepada Perang Teluk 1991.
* 4 menara petak masjid ini melambangkan: Magazine Rifel Kalashnikov
* 4 menara putih tinggi lagi melambangkan: Scud missiles yang dilancarkan ke Israel
Peluru Scud 'Al-Husein' inilah yang dihantar ke Israel pada tahun 1991....kebabom Israel!
* Menara2 masjid setinggi 43 meter melambangkan: 43 hari konflik US-Iraq dlm Desert Storm
Pesawat pejuang ketika Operation Desert Storm
* Satu menara setinggi 37 meter: melambangkan tahun kelahiran Saddam, tahun 1937
Kerajaan Iraq membantah yang menara2 masjid tersebut melambangkan peluru Scud yang dilancarkan ke Israel pada tahun 1991. (p/s: Kalau betul pun, bagus jugak, mana ada lagi negara yang berani hntr peluru2 ni ke Israel...) Walaupun masjid ini didedikasikan kepada Perang Teluk di Iraq, namun tiada satu pun monumen merujuk kepada 100,000 askar Iraq yang terkorban dalam perang...
-----------------------------