Pages

Saturday, March 20, 2010

Dividen KWSP 5.65%




KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, peningkatan 115 mata asas berbanding 4.5 peratus yang dibayar bagi tahun kewangan 2008.
Tan Sri Samsudin Osman
Tan Sri Samsudin Osman
Kadar dividen itu diumumkan selepas KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai iaitu RM19.63 bilion, peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion yang diraih pada 2008.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata tahun lalu adalah tahun yang penting bagi KWSP kerana berjaya keluar daripada krisis kewangan global.

“Walaupun KWSP terus berdepan dengan persekitaran ekonomi kurang memberangsangkan, pelaburan KWSP berupaya memberi prestasi yang kukuh pada tahun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pada tahun dikaji itu, 72.53 peratus pelaburan dilaburkan dalam Instrumen Berpendapatan Tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah diamalkan kumpulan itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebahagian besar iaitu 41.2 peratus atau RM152.96 bilion dilaburkan dalam pinjaman dan bon manakala 25.08 peratus atau RM93.11 bilion lagi dalam sekuriti kerajaan Malaysia.

Katanya, 27.05 peratus atau RM100.43 bilion dalam pelaburan ekuiti, 6.25 peratus atau RM23.21 bilion dalam instrumen pasaran wang dan 0.42 peratus atau RM1.55 bilion dalam sektor hartanah.

Setakat 31 Disember 2009, portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada 2008.

Beliau berkata, pada 2009, pihaknya memerlukan RM3.43 bilion untuk membayar satu peratus dividen kepada ahlinya berikutan pertambahan jumlah ahli yang menyertai kumpulan itu.

Jumlah itu meningkat 7.86 peratus berbanding RM3.18 bilion yang diperlukan bagi membayar satu peratus dividen pada 2008.

Ahli boleh menyemak dividen 2009 yang akan dikreditkan dalam akaun mereka mulai Isnin ini.

“Prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global. Buat masa ini, pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP,” ktanya.

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama



Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’
‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’
‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’
‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Teladan dari kisah mustafa kamal attaturk..


 



Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal
Attartuk.


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden." 

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. 


Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga
seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september
1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. 

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
 
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. 


 

kisah azab kubur




Salam..

Ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri berkenaan dengan kisah azab kubur
ini. Sebelum itu saya minta tuan moderator tlg hilangkan id saya,
kerana kisah ni terjadi pada arwah pakcik saya pada oct 1994.

14 tahun dah berlalu.. tapi masih segar dalam ingatan saya... 1994, saya
berusia 14 tahun.. dari kecil saya dijaga dan dibesarkan bersama arwah
pakcik, walaupun tinggal bersama keluarga. ayah & ibu berniaga dan masa
saya byk bersama arwah.. arwah seorang yg ramah, baik, sukakan kanak2,
kelakar dan disenangi oleh semua..

cuma seperkara.. arwah pakcik saya seorang penagih dadah. mula menagih
dari saya lahir ke dunia sampailah dia meninggal.. meninggal akibat
dadah.. pernah dipenjarakan, dimasukkan ke wad pemulihan beberapa kali,
tapi masih gagal meninggalkan ketagihannya.. beliau hidup seorang dan
tidak pernah berkahwin..

ari khamis malam jumaat, jam 10mlm.. kami dapat call dr keluarga..
pakcik dalam keadaan tenat.. saya sampai & lihat dia terbaring atas
katil.. matanya besar & tajam memandang ke org sekeliling, sesekali ke
atas.. dia rebah lepas "suntikan" yg dia lakukan.. dlm store tempat dia
selalu "port" bersepah perkakasan dia dan kelihatan darah menitik
sehingga ke tempat dia rebah..

dr 10mlm ke 4pg, tak henti2 dia muntah.. berak.. nafasnya semakin kuat
dan kali ni memang senantiasa dia pandang ke atas.. saya sentiasa
disisinya dan membacakan yasin. alhamdulilllah.. saya ajarkan dia
mengucap.. walaupun dia sudah tak boleh berkata, tapi dia cuba.. mukanya
berkerut dan sesekali saya cuba tutupkan matanya agar tidak selalu
melihat ke atas (saya faham apakah disebalik pandangan ke atas tatkala
seseorang itu dalam keadaan sakratul..)

7am di pagi jumaat.. dia meninggalkan kami dipangkuan saya.. saya
mandikan.. saya tlg kapankan.. dan saya tatap dia untuk kali terakhir..
walaupun saya ketika itu 14 tahun, saya bantu lakukan semuanya.. saya
iringinya dgn van jenazah sehinggalah dia ke liang lahad. dan saya
antara yg terakhir meninggalkan perkarangan kubur selepas selesai bacaan
talkin & doa..

dr malam itu, tiap2 malam saya sedekahkan yassin untuknya.. malah saya
qada' kan solat dengan niat pahala solat saya itu diberikan sepenuhnya
untuk arwah.. saya lakukan ini tanpa henti sehingga berbulan lamanya
(setiap hari dan setiap solat akan saya bacakan surah yasin). Utk
pengetahuan, arwah jarang solat dan puasa ketika hayatnya..

- mlm ke 40 selepas pemergiannya, saya mula bermimpi bertemunya.. tapi
hanya untuk seketika. tiada bicara..
- mlm pertama ramadhan, saya bermimpi dia balik ke rumah.. masuk dari
pintu belakang.. jumpa saya dan terus peluk sehingga saya rasakan
pipinya di pipi saya.. dia cuma mintakan segelas air minuman.

- mlm ke 100 pemergiannya.. ini kali terakhir saya bermimpi bertemu
dia.. dalam mimpi tu jelas dia datang berjumpa saya.. dengan pakaian yg
koyak rabak, mukanya hitam dia memandang tajam ke arah saya.. lalu
dipeluknya saya dan menceritakan kejadian yg berlaku di alam sana..
tidak tertanggung kesedihan saya tatkala menulis email ni, masih segar
diingatan setiap ungkapan yg diucapkan dalam mimpi itu.. dia dipukul
dengan teruk, dibelasah sambil menunjukkan kesan patah riuk dia
badannya.. berpuluh2 kali dia berpesan supaya jgn tinggalkan solat,
jangan tinggalkan puasa dan jgn jadi macam dia.. sebelum dia
meninggalkan saya, dia berpesan lagi "Kau jangannnnlah tinggal
sembahyang.. jangan buat dosa... sakitnyaaaaa......."

itu lah kata2 terkakhir darinya sebelum mimpi saya lenyap dan saya
tersedar dari tidur. tak henti saya menangis, solat dan sedekahnya apa
sahaja yg termampu.. betapa ngerinya wajah dia pada waktu itu tidak
dapat saya gambarkan dalam email ini..

setiap mimpi yg saya lalui ada saya catitkan. sampai ke hari ini, nota
mimpi saya masih saya simpan dalam album.

saya bukanlah bertujuan untuk mengaibkan arwah, tetapi sebagai
pengajaran untuk dikongsi bersama untuk kita sama2 jadikan iktibar
berdasarkan pengalaman saya sendiri melaluinya.. saya sentiasa berdoa
agar Allah mengampunkan dosa silamnya..

Al-quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
 
Riwayat Muslim

Tony Blair didakwa peroleh RM99.2 juta





LONDON - Selama dua tahun, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (gambar) licik merahsiakan satu urus niaga lumayan dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kepentingan di Iraq.
Blair cuba menyembunyikan urus niaga dengan firma minyak Korea Selatan, Perbadanan Tenaga UI daripada pengetahuan umum.
Beliau yang memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya £20 juta (RM99.2 juta) sejak bersara pada Jun 2007, turut merahsiakan kontrak sebagai penasihat keluarga diraja Kuwait yang berjumlah £1 juta (RM4.9 juta).
Bagi tujuan itu, beliau mendesak Jawatankuasa bagi Pelantikan Perniagaan yang memantau pekerjaan bekas menteri Britain supaya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum selama 20 bulan dengan alasan maklumat itu sensitif dari aspek komersial.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar pada Rabu lepas apabila jawatankuasa berkenaan hilang sabar dengan kerenah Blair, lalu menyiarkan semua maklumat tersebut.
Pendedahan urus niaga rahsia itu mencetuskan dakwaan bahawa Blair, 56, menggunakan jawatannya sebagai Utusan Khas Kuartet Damai Asia Barat bagi kepentingan peribadi.
Pendedahan jawatankuasa berkenaan turut memberi jawapan berhubung persoalan bagaimana Blair boleh menjadi amat kaya selepas beliau bersara.
Beliau didapati memperoleh pendapatan lumayan daripada kontrak ucapan, perunding perbankan dan kerajaan asing dan bayaran pendahuluan untuk buku memoirnya selain wang pencen. - Agensi

Pelajar temui fosil dinosaur ganas



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tengkorak Linheraptor yang ditemui di Inner Mongolia, China.


LONDON - Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.
Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.
Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter.
Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.
Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam.
Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. - Agensi

Kuda paling tinggi akan dipamerkan



JANE memegang tali kuda paling tinggi di dunia di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan.
Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa.
Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei depan.
Pemilik kuda itu, Jane Greenman membeli haiwan itu semasa ia berusia enam bulan dari sebuah ladang ternakan kuda di Queensland.
Greenman berkata, dia tidak menjangka kudanya itu akan menjadi kuda paling tinggi di dunia. - Agensi

Kalau gula naik laporkan kerajaan bagus demi untuk kesihatan rakyat









NAJIB Tun Razak menyampaikan anugerah Wartawan Terbaik 2010 NPC – Scomi kepada Zaini Hassan di Kuala Lumpur, malam tadi.




KUALA LUMPUR 19 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan dalam usahanya mentransformasi Malaysia ke arah negara yang lebih makmur dan harmoni.
Perdana Menteri berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan adalah peranan media sebagai pendidik masyarakat terutama berkaitan dengan polisi serta dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Sebagai contoh katanya, keputusan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini yang sepatutnya dilaporkan dari sudut yang positif.
“Media sebenarnya mampu mempengaruhi pemikiran rakyat. Oleh itu dalam melaporkan kenaikan harga gula, media bagi saya harus bersama kerajaan dalam usaha kita mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat.
“Langkah kerajaan ini juga berkaitan dengan usaha kita menjaga kesihatan rakyat. Ringkasnya apa yang kita lakukan ini telah memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada malam penganugerahan Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC)-NAZA di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Sebanyak enam anugerah diberikan pada malam ini dan salah satu penerimanya ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Mohd. Zaini Hassan.
Dalam pada itu Najib berkata, sebelum harga gula dinaikkan harganya di Malaysia adalah 60 sen lebih murah daripada negara jiran dan sudah tentu kenaikan bahan itu memberi kesan kepada ekonomi negara.
“Inilah antara tanggungjawab yang harus dipikul oleh media kerana ia memberi faedah bukan sahaja kepada rakyat malah kepada ekonomi negara.
“Sehubungan itu saya kira tidak seharusnya media melaporkan kenaikan harga gula ini dalam perspektif negatif,” ujarnya.
Sementara itu beliau menyifatkan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa tiada kebebasan media di negara ini sebagai tidak berasas.
Beliau berkata, perkara itu jelas kerana liputan mengenai pihak pembangkang turut disiarkan di media tempatan khususnya media arus perdana selain terdapat banyak berita-berita mengkritik kerajaan.
“Walaupun media arus perdana mempunyai tanggungjawab dalam melaporkan berita-berita mereka pada satu standard yang ditetapkan itu, bukan bermakna mereka tidak mengamalkan kebebasan media,” katanya.

Nelayan tunda ‘yu’





IKAN yu gergasi seberat lebih dua tan dipercayai dari spesies purba ditemui terdampar oleh nelayan di sebuah pulau berhampiran perairan Kuala Besar dekat Kota Bharu, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 19 Mac – Jeti Pengkalan Kekal Lestari iaitu kawasan pendaratan ikan di Tok Bali dekat sini menjadi tumpuan ramai apabila sebuah bot nelayan menunda masuk seekor ikan dipercayai spesies yu seberat kira-kira dua tan metrik dan sepanjang tujuh meter kira-kira pukul 11 pagi ini.
Ia merupakan kali pertama ikan sebesar itu didaratkan di jeti tersebut sejak ia mula beroperasi.
Ikan itu hanya berjaya diangkat kira-kira pukul 5 petang ini menggunakan kren bot nelayan tersebut selepas beberapa kali cubaan berbuat demikian gagal.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai berpusu-pusu di jeti tersebut untuk melihat ikan berkenaan.
Tekong bot itu, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan itu ditemui mati dan terapung berhampiran sebuah pulau di sekitar perairan Kuala Besar dekat Kota Bharu yang kemudiannya ditunda ke Tok Bali sejauh 20 batu nautika.
Dia yang juga seorang warganegara Thailand berkata, ikan itu terpaksa diikat dan ditunda kerana khuatir botnya yang sudah sarat dengan hasil tangkapan itu tidak dapat menampung berat ikan tersebut dan boleh menyebabkan ia karam.
“Ketika keluar dari kawasan perlindungan (pulau) kerana laut bergelora dan angin kencang malam tadi, kami temui ikan ini kira-kira pukul 8 pagi tetapi ia sudah mati.
“Berat ikan menyebabkan bot kami bergerak amat perlahan sehingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai ke jeti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan negeri, Azhar Jusoh berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti jenis ikan itu tetapi berdasarkan pengamatan awal ia mungkin dari spesies yu.
Katanya, bangkai ikan itu akan ditanam bagaimanapun selepas dua minggu pihaknya akan mengorek semula tulangnya untuk tujuan kajian.
“Melalui kajian ini kita akan dapat mengetahui jenis ikan ini dan kenapa ia boleh sesat ke perairan negara ini serta sebab kematiannya,” katanya.